Beach Cleaning Programme at Teluk Kemang, Port Dickson

Assalamualaikum….

Banner Programme

23rd October 2009, about 40 students from Ethics, Policy and Environmental Law class had conduct a beach clean up programme as an effort to save the environment at Teluk Kemang, Port Dickson.

The bus was ready to leave and arrived at 8.15 am in Port Dickson. As we all arrived there, we have to set up the place to begin the launching ceremony. Some of the students were busy hanging the banner, some were busy helping with the PA system, and also some were busy making sandwiches for the whole class and serving food for the VIPs.

About 9.30 am, all were done and we were ready for the ceremony. Dr. Pozi Milow as the representative for Head of Institute Science Biology was our most important guest, followed by the representative from DOE Negeri Sembilan, Malaysia Nature Society, MPPD and tutors. The ceremony begins with project manager’s speech then followed by launching speech from Dr. Pozi Milow. After that, all the guests were invited to have some breakfast and all the representative get a souvenir. The souvenir is a small tree planted in a pot which, we believe would helps our environment if we really grow them well.

By 10.00 am, all the students were divided into 3 groups. Each group will clean up different site of the beach. Teluk Kemang beach ahs a very long shores, which make us a little tired even we already divided them into 3 sites. But as we clean the beach, we found there are no plastics, paper thrown at the shore. Most of the wastes that we collect are green waste.

We believe that MPPD is doing their job well as there is no waste thrown at the beach. This might be the attitude of the people themselves, or the ‘fine’ that MPPD would charge them of throwing waste in the beach. While doing the clean up, we talked to the representative from MPPD about what they are doing with the waste that they collect as most of the waste are green waste which can be composed. But then, the answer is frustrating as they only throw the waste without doing any composting process.

This beach cleaning programme also has a small exhibition at the launching area conducted by the DOE Negeri Sembilan and also by the MNS. Besides that, there also some students who selling their stuff in ways to gain money to help in any environmental programme. 10% of the profits will be given to the MNS. Other than that, we all collect fund from the visitors at the beach. For each money they gave us, they will get an ‘origami’ bird. The exhibition was end at 3 pm.

By that time, most all the students were having fun at the beach playing and swimming. Some of students use the free time to buy souvenirs and having lunch at the food court area. About one hour playing at the beach, we all have to get ready for going back to KL.

We love, We care, We go for Green Environment…

Some Pictures :

Bus TimeStudents very happy to go PD

Greennn...beach cleaning..

Go For Green...chaiyok2..

what are u looking for??my friends

I & PMZul & I

CIMG4120CIMG4122

ceremony timeCIMG4073

speech by Programme ManagerSpeech by Dr. Pozi Millow

 

Categories: Personal

Tolak E-undi: BANTAH sandar harapan pada Naib Canselor

LOGO BANTAHGabungan Mahasiswa Bantah E-Undi (BANTAH) kini menyandarkan harapan kepada Naib Canselor setiap universiti untuk tidak meneruskan hasrat melaksanakan sistem undian elektronik (E-Undi) pada pilihan raya kampus akan datang.  Ianya berikutan beberapa bantahan dan memorandum yang dihantar pihak mereka kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak mendapat perhatian sewajarnya.

Jurucakap BANTAH, Mohd Shafie Hashim menggesa Naib Canselor mengkaji semula pro dan kontra sistem undian baru itu. KPT sebelum ini memutuskan tetap melaksanakan E-undi di seluruh kampus dan memberi jaminan ianya akan berjalan dengan telus dan adil. Manakala BANTAH pula berpendirian sistem baru tersebut mampunyai ruang yang sangat besar untuk dimanipulasi pihak berkepentingan.

“BANTAH hari ini menggesa pihak Naib Canselor setiap universiti yang akan melaksanakan sistem ini agar mengkaji semula baik dan buruk sistem ini dan kesannya kepada demokrasi kampus serta pemimpin mahasiswa yang akan lahir kelak,”

“Sistem E-Undi yang baru diperkenalkan ini dilihat banyak mempunyai kelemahan dan mudah dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu.

“Disamping itu, ketelusan pengundian juga diragui apabila tidak munasabah seandainya berlaku keraguan di dalam pengiraan undi, pengundian akan dijalankan semula kerana ia tidak dapat dikenal-pasti melalui sistem komputer. Ia berbeza dengan pengundian secara manual,”

Sehubungan itu mereka meletakkan harapan kepada Naib Canselor seluruh kampus membuat pendirian serupa seperti mana dilakukan Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Dato’ Zaini Bin Ujang. Zaini sebelum ini memutuskan UTM tidak akan melaksanakan E-undi kerana didakwa bimbang berlaku ketidakadilan dan masih belum bersedia sepenuhnya.

“Keputusan Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Dato’ Zaini Bin Ujang yang tidak melaksanakan sistem ini kerana bimbang berlaku ketidak telusan dan masih belum bersedia sepenuhnya, amat wajar dicermati dan BANTAH sangat peka akan perkara ini,”

BANTAH pada waktu ini masih meneruskan kempen kesedaran kepada mahasiswa bagi menarik sokongan ramai membantah sistem undian elektronik tersebut. Mereka bertemu mahasiswa dan menerangkan kenapa e-undi perlu dibantah melalui penerangan biasa dan edaran risalah.

Categories: Mahasiswa

Jangan ‘rogol & liwat’ Demokrasi Kampus

bantah E-Undi

Proses Demokrasi sudah sinonim dengan jiwa rakyat Malaysia dan pendekatan inilah yang digunapakai oleh Universiti di seluruh negara untuk memilih pemimpin-pemimpin di peringkat kampus. Sistem inilah yang digunapakai sejak dahulu lagi. Tetapi, mutakhir ini, pentadbiran Universiti mula mengubah cara dan pendekatan atau methodologi sistem demokrasi di peringkat kampus dengan perlaksanaan Sistem E-Voting.

Apa Itu E-Voting???

Sedikit pengenalan tentang sisitem E-undi iaitu sistem pembuangan dan pengiraan undi yang menggunakan aplikasi elektronik sebagai alternatif kepada sistem pemangkahan undi melalui kertas (ballout paper). Sistem seumpama ini telah digunapakai secara meluas di beberapa negara maju seperti Amerika Syarikat, Australia dan Brazil. Dalam sistem e-undi, terdapat beberapa kaedah mengundi secara elektronik termasuk mesin mengundi (mesin elektronik rekod terus DRE),Internet, telefon mudah alih, pembantu digital peribadi dan televisyen digital.

Ringkasnya boleh dirumuskan di sini bahawa sistem ini secara keseluruhannya menggunakan komputer yang dibina melalui perisian dan kerana ingin mengikut arus kemajuan semasa kononnya, sistem ini dijana sedemikan rupa dan akan dikuatkuasakan di dalam Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa pada sesi kali ini.

Kenapa E-Voting Di BANTAH

Umum mengetahui bahawa sesuatu sistem akan tidak akan sempurna dan akan terdapat lompang-lompang yang disedari atau tidak dan mungkin juga direka-reka oleh pihak tertentu bagi memenangkan sesuatu kumpulan. Desakan demi desakan telah dibuat, maka itu tertubuhnya Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi (BANTAH) bagi memberikan penerangan yang jelas kepada seluruh mahasiswa tentang kepincangan yang didapati jika sisitem E-Undi ini dilaksanakan secara total di peringkat Universiti.

Di sini, kita perlu kembali kepada sistem yang sedia ada dan memikirkan signifikan-signifikan yang perlu dan mengapa pihak Universiti beria-ria sangat untuk melaksanakan sistem ini sedangkan kita dapat melihat perbandingan yang amat ketara kerana di peringkat Piliharaya Umum Malaysia sendiri, tidak pernah dan tiada bunyi-bunyi yang mengatakan akan mengubah sistem memangkah di atas kertas undi kepada sistem E-Undi. Mana mungkin di peringkat Persekutuan yang mengadakan pilihanraya yang besar tiada langsung menjurus kepada sistem pengundian berkomputer tetapi di peringkatUniversiti, ini yang ingin mereka laksanakan kononnya sebagai suatu Transformasi dan sebagainya.

Kedua, saya juga melihat perkara ini perlu dipandang serius oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan jangan menunggu isu ini menjadi semakin ‘panas’ tanpa sebarang action daripada pihak KPT yang bertanggungjawab menyelesaikan segala permasalahan di peringkat Mahasiswa. Tetapi amat malang, sehingga kini, tiada sebarang jawapan daripada pihak Menteri Pengajian Tinggi berkenaan isu ini sedangkan memorundum bantahan dan soalan yang perlu Menteri jawab sudah seminggu dihantar.

“Saya mengingatkan pihak Kementerian khususnya Menteri dan Pentadbiran Universiti..Jangan bermain api berkenaan dengan isu Pilihanraya Kampus ini”

Jika hari ini Mahasiswa sudah menerima sistem yang sedia ada(sistem manual) dan ketelusannya sudah menyakinkan Mahasiswa tentang keadilan dan keberkesanan walaupun di sana terdapat tompok-tompok hitam yang mengaburi sepanjang sekian lama Demokrasi Kampus diadakan tetapi jangan sangka Mahasiswa tiada kuasa untuk merubah ketidakadilan dan kepincangan Demokrasi yang akan dirogol dan diliwat jika sistem E-Undi ini membangkitkan kemarahan mahasiswa dan sudah pasti mahasiswa tidak akan percaya lagi terhadapt pemilihan atau pilihanraya kampus yang akan diadakan dengan sistem yang pincang, tidak adil dan tidak telus ini.

Demokrasi yang adil dan saksama dituntut oleh seluruh Mahasiswa yang peka terhadap isu ini dari Universiti Malaya sehinggalah kepada Universiti di Sabah dan Sarawak untuk membantah sekeras-kerasnya pelaksanaan sistem E-Undi yang dianggap sebagai bertanding di atas padang yang tidak sama rata!! Pihak Pentadbiran Universiti perlu memberi jaminan yang tepat dan telus mengenai keberkesanan sistem ini sebelum dipraktikkan di dalam Pilihanraya kali ini. Tidak perlu beralasankan memacu teknologi jika perlaksaan sistem ini menmbawa seribu macam persoalan tentang ketelusan dan keadilan buat Mahasiswa.

Mahasiswa juga tidak mahu pemimpin yang dipilih adalah Pemimpin Sistem atau Pemimpin Komputer tetapi pemimpin yang ingin dilahirkan adalah pemimpin yang menang dengan kredibiliti dan berdasarkan seratus peratus dipilih oleh Mahasiswa bukan dipilih oleh sistem atau komputer buatan manusia. Pemimpin yang dipilih adalah pemimpin yang menangnya tanpa diragui dan tidak dipengaruhi oleh tangan-tangan kotor yang memenangkannya. Saya ulang sekali lagi, jangan bermain api terhadap isu pilihanraya kampus ini!!

Oleh itu, saya mengatakan di sini bahawa perlaksanaan Sistem E-Undi ini TIDAK PERLU dilaksanakan di dalam Pemilihan Pimpinan baru atau Pilihanraya Kampus pada kali ini dan BANTAH menyarankan beberapa cadangan kepada Pihak Kementerian Pengajian Tinggi dan juga Pentadbiran Universiti seperti berikut ;

  • Memohon untuk mengadakan satu jawatankuasa kajian khusus untuk Pilihan Raya Kampus bagi mengkaji sejauh mana keberkesanan sistem ini. Perkara ini kerana, system ini merupakan percubaan kali pertama di Universiti Malaya dan ia sewajarnya dikaji secara telus dan adil untuk kepentingan di masa hadapan.
  • Calon dan ejen calon dibenarkan untuk berada di kawasan pembuangan undi dan melihat bagaimana sistem pengiraan undi dilakukan.
  • Memastikan wujudnya badan bebas atau NGO ( SUHAKAM,SPRM dan dll) untuk memantau,membuat penilaian dan audit terhadap sistem e-undi.
  • Memastikan sistem tidak dimanipulasi oleh mana-mana pihak yang berkepentingan.
  • Calon atau agen calon diberi taklimat khusus dan lebih terperinci tentang sistem yang akan digunakan,termasuklah bagaimana mengenal pasti sesuatu server itu kosong sebelum pengundian dijalankan.
  • Jaminan tiada sebarang gangguan teknikal semasa proses pengundian dilaksanakan. (Cth : bekalan elektrik terputus, gangguan system wireless dll).
  • Perlunya “standard procedure” ditetapkan oleh organisasi tertentu yang ditubuhkan supaya tafsiran berkaitan e-undi dan perjalanan sistemnya adalah sama di seluruh kampus bagi mengelak daripada dimanipulasi oleh mana-mana pihak.
  • Memohon untuk diadakan simulasi perjalanan e-undi, bermula daripada fasa pengundian sehingga ke fasa pengiraan undi.
  • Cadangan supaya pelaksanaan secara e-undi ditangguhkan jika persediaan terhadap pelaksanaan masih belum sempurna. Hal ini merujuk kepada sejarah Negara-negara yang menggunakan sistem ini, mereka beberapa kali melakukan pembaikan terhadap pelaksanaan e-undi dan hal ini melibatkan kos yang sangat tinggi.

Mohd Ridzuan Bin Othman

JURUCAKAP BANTAH

Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi

Categories: Mahasiswa

Solat Istikharah untuk Mencari Jodoh???

perkahwinan

Didalam kehidupan kita banyak yang kita ragu-ragu untuk memutuskan sesuatu perkara tidak kiralah dari benda yang kecil sehingga yang besar. Seseorang yang menghadapi sesuatu soal yang bersifat mudah, sedang ia sendiri masih ragu-ragu mana sebaiknya dilakukan, maka disunatkan mengerjakan solat yang bukan termasuk wajib. Solat itu boleh saja di waktu mengerjakan sunat Rawatib atau Tahiyatul-masjid dan boleh pula di waktu malam atau pun siang, sedang bacaan sehabis Al-Fatihah dapat dipilih sekehendaknya. Solat ini adalah sebaiknya juga dilakukan sebagai amalan sunat seharian kita.

Istikharah sebenarnya berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud meminta pilihan yang baik. Biasanya solat istikharah dilakukan apabila seseorang itu ingin melakukan sesuatu perkara tetapi dia tidak pasti apakah perbuatan atau tindakannya itu membawa kebaikan ataupun tidak kepada dirinya.

Maka untuk itu, dituntut baginya supaya melakukan solat sunat istikharah. Pelaksanaannya sama dengan solat-solat sunat yang lain. Dalam sebuah hadis daripada Jabir bin Abdullah berkata, Rasulullah s.a.w. pernah mengajar kami cara untuk meminta petunjuk Allah Taala dalam beberapa urusan yang penting.

Baginda bersabda, Apabila salah seorang di antara kamu menghendaki pekerjaan, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian ia berdoa:

Ya Allah, sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dengan pengetahuan-Mu, dan aku minta diberi kekuatan dengan kekuatan-Mu. Aku minta kemurahan-Mu yang luas, kerana sesungguhnya Engkau yang Maha Kuasa sedang aku tiada berkuasa. Engkau mengetahui sedang aku tidak tahu, dan Engkau Maha Mengetahui yang ghaib.

Sesungguhnya manusia diciptakan oleh Allah Taala dalam keadaan lemah. Kelemahan yang ada pada manusia itu menyebabkan apa jua rancangan dan tindakan yang kita lakukan kadang-kadang sudah diyakini baiknya, tetapi belum tentu baik bagi Allah Taala. Begitu juga apa yang kita rancang dan kita lakukan sudah diyakini kesan buruknya, tetapi belum tentu buruk menurut penilaian Allah. Dalam hal ini kita harus mengakui bahawa daya fikir dan akal manusia sangat terbatas. Untuk itu kita dianjurkan beristikharah.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

Kamu diwajibkan berperang, sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi (pula) kamu suka kepada sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah jualah yang mengetahui, sedang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah: 216)

Sebenarnya amal ibadah yang mengandungi unsur-unsur tilikan dan bergantung kepada mimpi semata-mata bukanlah daripada ajaran Islam. Malah Nabi s.a.w. tidak pernah mengajar umatnya agar mencerap petunjuk Allah menerusi mimpi. Fenomena menilik nasib atau jodoh melalui mimpi di kalangan masyarakat kita, lebih-lebih lagi bagi sesetengah wanita perlu diperbetulkan semula. Amalan ini dikhuatiri boleh menyebabkan berlakunya dosa syirik kepada Allah s.w.t.

Hal ini kerana manusia bukanlah tuhan yang boleh meramal apa yang berlaku. Perbuatan meramal atau menilik mimpi adalah amalan dan budaya jahiliah yang sangat ditegah oleh Islam. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Wahai orang yang beriman, bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib adalah semata-mata amalan kotor daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (Al-Maidah: 90)

Perlu dijelaskan di sini bahawa tidak semua mimpi manusia itu benar. Mimpi manusia biasa pada kebiasaannya adalah mainan tidur yang berpunca daripada pengaruh iblis dan syaitan yang datang mengganggu.

Kita tidak boleh menyamakan antara mimpi manusia biasa dengan mimpi para nabi dan rasul-rasul. Mimpi bagi nabi dan para rasul adalah wahyu dari Allah Taala. Kisah Nabi Ibrahim a.s. sebagai contoh, telah diperintah oleh Allah untuk menyembelih anaknya, Ismail a.s. yang datang melalui mimpi baginda. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

Maka apabila anak itu sampai (kepada peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi, bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai bapaku, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insya-Allah ayah akan mendapatiku daripada orang-orang yang sabar. (Al-Soffat: 102)

Kesimpulannya mimpi kita itu tidak mengandungi kebenaran mutlak. Kemungkinan kebenaran yang terlihat itu lebih berdasarkan kepada kebetulan sahaja atau unsur-unsur daripada mainan syaitan yang bertujuan untuk menyesatkan manusia. Itulah sebabnya, jangan menyandarkan segala keputusan kepada mimpi. Sebaliknya berfikirlah dengan lebih rasional.

Dalam kes di atas, seandainya pertimbangan akal diletakkan pada tempat yang sewajarnya, maka memadai dengan sedikit soal selidik dan mengkaji latar belakangnya sudah dapat menentukan ciri-ciri pasangan yang menepati kehendak Islam. Maka ketika itu, dia tidak perlu lagi beristikharah dan terus menerus menunggu mimpi. Atau sekiranya beliau berada dalam situasi antara dua pilihan, yang satu berakhlak mulia sedang yang kedua kurang baik agama dan akhlaknya, maka pilihannya ketika itu sewajarnya kepada yang pertama. Kaedah pertimbangan dan penilaian seperti itu tidak perlu melalui solat sunat istikharah.

Mimpi itu bukanlah satu-satunya jalan yang memimpin manusia kepada petunjuk Allah s.w.t. Kadang-kadang petunjuk Allah Taala datang melalui buah-buah iman yang masuk menyerap ke dalam hati sehingga menerbitkan keyakinan dan rasa hati yang kuat melalui keyakinan untuk memilih salah satu di antara beberapa pilihan.

Jika kita mempunyai kecenderungan untuk memilih salah satunya, maka itu merupakan isyarat kuat daripada Allah. Pilihlah dulu terimalah seadanya, kemudian solatlah istikharah dan ketika itu pohonlah kepada Allah Taala moga pilihan kita tersebut tepat dan terbaik yang boleh membawa kebaikan dunia dan akhirat. Hal ini diperjelaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam sebuah doa yang bermaksud:

Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini, baik bagi agama dan kehidupanku dan hari kemudianku, maka berikanlah ia kepadaku, dan mudahkanlah ia bagiku, dan berkatilah ia kepadaku. Jika Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini buruk bagiku, buruk bagi agamaku, penghidupanku dan hari kemudianku, maka jauhkanlah aku daripadanya, dan berikanlah bagiku kebaikan di mana pun juga adanya, kemudian jadikanlah aku orang yang redha dengan pemberian itu. – (Riwayat Bukhari)

Niat Solat Istikharah :

niatistikharah

Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta’ala


Doa Solat Istikharah :

solatistikharah2

“Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini……..baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu.”

istikharah

Categories: Tazkirah

Memorandum kepada SUHAKAM bagi kes UM

1.0 Pengenalan

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) merupakan sebuah pertubuhan mahasiswa yang dianggotai oleh Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (DEMA), Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa/i (JKMI), Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA), Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indenpenden (KAMI) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). SMM memandang serius terhadap tindakan tatatertib yang dikenakan terhadap 8 mahasiswa UM.

Tindakan yang dilakukan oleh pihak Universiti Malaya (UM) adalah tidak profesional. Pihak Universiti Malaya telah mengenakan tindakan Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelaja-Pelajar) di bawah Akta Universiti dan Universiti Kolej (AUKU) terhadap 8 aktivis mahasiswa kerana mengundang ‘pihak luar’ menghadiri acara di UM. Jika didapati bersalah oleh pihak universiti, 8 orang mahasiswa boleh dikenakan tindakan, antaranya diberi amaran keras, denda tidak melebihi RM200, digantung atau dipecat daripada universiti berkenaan. Jika mereka gagal hadir ke prosiding tersebut, mereka boleh dikenakan tindakan penggantungan dengan serta-merta.

Tujuan utama memorandum ini adalah bagi mendedahkan pencabulan hak asasi oleh pihak universiti dalam menjalankan tugas di kampus. Justeru memorandum ini disediakan sebagai bukti kesungguhan mahasiswa dalam memeperjuangkan hak asasi mahasiswa. Sehubungan itu, memorandum ini diserahkan kepada pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia untuk diambil perhatian dan tindakan yang sewajarnya bagi menjamin masa depan dan hak asasi mahasiswa.

2.0 Tajuk Memorandum:

Ketidakpuasan terhadap tindakan Universiti Malaya (UM) mengenakan tindakan tatatertib ke atas 8 aktivis mahasiswa.

3.0 Latar Belakang

3.1) Saw Yee Fung dan 5 mahasiswa PBCUM

Saw Yee Fung dan 5 mahasiswa yang dikenakan oleh tindakan tatatertib merupakan pemimpin and ahli Persatuan Bahasa Cina UM (PBCUM). Mereka dikenakan tindakan dalam Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelaja-Pelajar) di bawah Akta Universiti dan Universiti Kolej (AUKU) atas sebab mengundang ‘pihak luar’ menghadiri acara di UM.

Kronologi

Tarikh Insiden
8hb September 2009 Aktivis-aktivis PBCUM telah menganjurkan pertandingan debat dalam bahasa Cina berjudul ‘Antara Pakatan Rakyat dan BN: Yang Mana Lebih Menggelisahkan?’ Mereka telah mengundang Teresa Kok (EXCO kanan Selangor), Wong Nai Chee (ahli jawatankuasa pusat MCA) dan Koh Kok Wee (DJ Radio 988) untuk mengadili program debat tersebut. Selain itu, Teoh Nie Ching  yang merupakan wakil rakyat DAP Serdang dan Victor Gu, seorang pemimpin MCA Selangor juga dijemput sebagai pendebat di acara itu.Sebelum pertandingan debat bermula, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) telah menelefon pihak panganjur PBCUM untuk memberi amaran. Alasan yang dibagi adalah kerana aktiviti yang dianjurkan mempunyai unsur politik. Tetapi pertandingan debat itu masih dapat diteruskan tanpa sebarang masalah.
7hb Oktober 2009 Saw Yee Fung dan 5 mahasiswa dipanggil untuk menghadiri satu prosiding yang ditetapkan pada 12hb Oktober 2009 pada pukul 11.30am. Tujuan prosiding tersebut adalah untuk menentukan sebarang tindakan yang akan dikenakan ke atas mereka atas pelanggaran sebarang tatatertib universiti, manakala tuduhan yang dikenakan adalah mengundang ‘pihak luar’ menghadiri acara di UM.
12hb Oktober 2009 Prosiding terhadap mahasiswa UM yang dituduh telah ditangguh tanpa pemberitahuan tarikh. Tiada sebarang alasan yang kukuh diberi untuk penangguhan tersebut.
13 Oktober 2009 Notis kepada mahasiswa-mahasiswa terlibat dikeluarkan oleh sekretariat jawatankuasa tatatertib pelajar UM. Tuduhan juga diubah daripada mengundang ‘pihak luar’ manghadiri acara di UM kepada membenarkan ‘pihak luar’ menghadiri aktiviti di UM. Prosiding telah ditangguh ke 20hb Oktober 2009 dan akan dijalankan di fakulti kejuruteraan Universiti Malaya pada jam 10.30 pagi.

3.2) Muhammad Haafizuddin Abererah dan Abu Ubaidah Amir Abdul Malik

Muhammad Haafizuddin Abererah dan Abu Ubaidah Amir Abdul Malik meruapkan ahli-ahli Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM). Mereka dituduh menjemput setiausaha kepada menteri besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad untuk melibatkan diri dalam mesyuarat agung persatuan tersebut.

Kronologi

Tarikh Insiden
14hb Mac 2009 Nik Nazmi Nik Ahmad yang merupakan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia dijemput oleh PMIUM bagi merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan serta memberikan ucapan dalam program berkenaan. Mesyuarat Agung tersebut diadakan di Auditorium Kejuruteraan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya dan bermula pada pukul 9.30 pagi.
7hb Oktober 2009 Muhammad Haafizuddin Abererah dan Abu Ubaidah Amir Abdul Malik dipanggil untuk menghadiri satu prosiding yang ditetapkan pada 12hb Oktober 2009 pada pukul 11.30am. Tujuan prosiding tersebut adalah untuk menentukan sebarang tindakan yang akan dikenakan ke atas mereka atas pelanggaran sebarang tatatertib universiti, manakala tuduhan yang dikenakan adalah mengundang ‘pihak luar’ menghadiri acara di UM
12hb Oktober 2009 Prosiding terhadap mahasiswa UM yang dituduh telah ditangguh tanpa pemberitahuan tarikh. Tiada sebarang alasan yang kukuh diberi untuk penangguhan tersebut.
13 Oktober 2009 Notis kepada mahasiswa-mahasiswa terlibat dikeluarkan oleh sekretariat jawatankuasa tatatertib pelajar UM. Tuduhan juga diubah daripada mengundang ‘pihak luar’ manghadiri acara di UM kepada membenarkan ‘pihak luar’ menghadiri aktiviti di UM. Prosiding telah ditangguh ke 20hb Oktober 2009 dan akan dijalankan di fakulti kejuruteraan Universiti Malaya pada jam 10.30 pagi.

4.0 Antara perkara yang menindas hak asasi manusia:-

Kebebasan Bersuara Mahasiswa

Universiti Malaya (UM) merupakan sebuah institusi pengajaran awam yang dihormati di Malaysia. Malah, university tersebut telah diiktiraf sebagai universiti yang ke-180 terbaik di dunia pada tahun 2009 oleh Times Higher Education. Sebagai university yang cemerlang, ia mempunyai tanggungjawab untuk mematuhi dan menghormati Artikel ke-10 Perlembagaan Malaysia serta Artikel ke-19 dalam Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia (UDHR) yang memperuntukkan kebebasan bersuara.

Tindakan tatatertib yang dikenakan terhadap 8 orang mahasiswa yang hanya mengadakan aktiviti perbincangan bersifat ilmiah dan intelek jelas mencabuli hak mahasiswa. Selain itu, tindakan tersebut juga tidak mencerminkan kebebasan akademik oleh universiti. Universiti sepatutnya mempunyai tanggungjawab dalam menyediakan keadaan konduksif yang menggalakan penglibatan mahasiswa dalam perbincangan isu-isu semasa negara.

Universiti juga perlu menggalakkan mahasiswa-mahasiswa menglibatkan diri secara aktif dalam dialog yang merangsang pemikiran mahasiswa dengan menjemput pendebat atau tokoh yang berilmu dan terkenal. Ini dapat menggalakkan pertukaran pendapat yang sihat dan berfaedah untuk semua mahasiswa.

Pihak Universiti Malaya tidak seharusnya menghadkan sebarang aktivism mahasiswa atas alasan berunsurkan politik. Sebaliknya, pihak universiti perlu menggalakan mahasiswa berkomunikasi dan berinteraksi dengan setiap lapisan masyarakat tanpa mengira faham politik dan ideologi. Dengan menghadkan sebarang perbincangan secara intelek akan memberikan kesan yang buruk terhadap kredibiliti universiti.

Tuntutan-tuntutan:

1) Membatalkan semua tuduhan dan tindakan tatatertib terhadap 8 orang mahasiswa serta-merta dan tanpa sebarang syarat.

2) Menghormati autonomi mahasiswa dalam mengadakan aktiviti serta menghentikan segala intimidasi terhadap mahasiswa-mahasiswa.

3) Mematuhi dan menghormati kebebasan bersuara mahasiswa seperti yang terdapat dalam Artikel-19 Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia dan Artikel-10 Perlembagaan Malaysia.

Daripada

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)

Tarikh: 16 October 2009 (Jumaat)

Categories: Mahasiswa

Bingkisan Motivasi Diri 5 :Akibat Tangan-Tangan Manusia…

pencemaran

Assalamualaikum w.b.t.,

Salam Motivasi Diri buat semua…

Eh, kenapa buang sampah di tepi dinding? Tong sampah ada di hadapan tu Tegur zul kepada seorang temannya.

Tak apa ada yang kutip (merujuk kepada tukang sapu). Dah terbiasa, ramai yang buat Katanya sambil tersenyum.

Habis tu kamu tak hafal ayat Quran yang ada menyentuh tentang kebersihan? Inilah padah bila mata hati buta, jauh dari penghayatan Suara zul sedikit tinggi sambil menggelengkan kepala.

Di mana puncanya, kalau tangan manusia sendiri yang membinasakan ciptaan warna alam-Nya. Bila sudah jadi trend orang ramai, susah untuk tunjuk baik, apatah lagi mengubah sikap tersebut.

Iman jauh dari hati…

Kalau kita rasa kesedaran dan kebenaran itu ada untuk menjaga alam sekitar, mainkan peranan kita di penjuru masing–masing dalam menyelamatkan alam sekitar. Ia bukan hanya soal penjagaan kebersihan dan tidak membuang sampah di merata–rata, tapi soal lain yang merangkumi keseluruhan pengurusan alam sekitar itu sendiri. termasuk langkah pencegahan yang wajar kita lakukan. namun konflik alam sekitar ini tak pernah selesai dari hari ke hari. Acap kali, bahkan setiap hari kita selalu di hadapkan dengan berita-berita kejayaan tangan-tangan manusia yang memusnahkan alam.

Isu penjagaan alam sekitar sebenarnya menentukan sejauh mana maju sesebuah negara tu. Malaysia masih dalam tahap dunia ketiga dari segi ini. Dan bukankah cara utama menyukat samaada sesebuah negara itu maju adalah melalui tabiat dan mentaliti rakyatnya? Selagi rakyat Malaysia tidak terkehadapan dalam isu alam sekitar (dan juga keselamatan jalan raya, kebebasan bermedia, dan sebagainya), selagi itulah tanah air tidak akan mencapai status negara maju.

Antara negara-negara Eropah, negara yang paling tinggi taraf hidup (Sweden, Norway, Finland, Switzerland, Jerman, Ireland, Iceland) memang mempunyai tahap alam sekitar kelas pertama.

Benarlah kata Saidina Umar ra, Iman itu menaikkan taraf hidup manusia.

Jangan lupa, bahawa antara isu penting yang ingin saya ketengahkan di dalam bingkisan kali ini ialah, isu PENJAGAAN ALAM SEKITAR juga adalah isu Islam, sama pentingnya dengan isu-isu yang lain.

punca pencemaran

  1. Ikan mati kerana air kotor.
  2. Kekotoran di sungai : akibat pembuangan sisa kilang.
  3. Pencemaran bahan buangan kilang.
  4. Pencemaran bunyi.
  5. Asap dari kilang.
  6. Asap dari lori balak.
  7. Asap dan pencemaran bunyi dari kapalterbang atau jet.
  8. Sampah haram / bau busuk.
  9. Pembakaran sampah secara terbuka.
  10. Muzik dari kawasan kediaman melebihi had.
  11. Kebakaran terbuka di kawasan rumah.
  12. Jerebu : pencemaran udara.
  13. Asap kenderaan.
  14. Kekurangan pokok / tumbuhan.
  15. Pembalakan / penebangan pokok.


SEMPURNA IMAN MENYEMPURNAKAN SYARI-‘AT

Tidak dinafikan negara kita memang pesat membangun dari sudut material, dan sudah menyaingi pembangunan negara-negara maju di seluruh dunia. Bangunan-bangunan pengcakar langit memenuhi setiap ruang bandar di seluruh negara. Namun yang menyedihkan dan menjadi topik utama bicara penulis ini, adalah kesedaran masyarakat kita terhadap penjagaan alam sekitar yang masih di tahap membimbangkan.

Bandar-bandar utama yang menjadi pusat tumpuan pelancong bertaraf dunia masih dibelenggu imej kotor sama ada di persekitaran bandarnya mahupun tabiat segelintir penjaja makanan yang dilihat boleh menjejaskan masa depan sektor pelancongan di negara ini.

Aspek kebersihan di negara ini semakin merosot kerana dicemari dengan persekitaran yang kotor khususnya di kawasan sungai, belakang bangunan dan sistem perparitan. Ini diburukkan lagi dengan tabiat penjaja tepi jalan dan pengusaha restoran yang kurang menitikberatkan kebersihan selain bangunan usang terbiar peninggalan pra-Perang Dunia Kedua.

Dalam menjalani kehidupan seharian, Islam mengambil perhatian yang sangat berat terhadap penjagaan kebersihan dan pemeliharaan alam sekitar kerana ianya berkait rapat dengan kesihatan dan kesejahteraan hidup manusia sejagat khususnya, dan keseluruhan kehidupan lain di bumi ini.

Penjagaan kebersihan membawa kepada kesempurnaan Iman sepertimana yang ditegaskan di dalam hadith baginda s.a.w:

النَّظَافَةُ تَدْعُو اِلَى الْاِءيْمَانِ وَالاِءيْمَانُ مَعَ صَاحِبِهِ فِى الْجَنَّةِ

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Kebersihan itu dapat mengajak manusia kepada Iman. Dan Iman akan bersama pemiliknya di dalam Syurga” (Hadith Riwayat at-Tabrani)

Di atas dasar itulah tanggungjawab menjaga kebersihan dan kecerian alam persekitaran merupakan satu tuntutan yang tidak dapat dielakkan oleh setiap muslim, sama ada kebersihan tubuh badan, tempat tinggal, makanan, minuman, dan alam sekitar.

Kebersihan alam sekitar melambang keperibadian muslim yang cukup tinggi dan merupakan salah satu cabang ibadah yang dititikberatkan dalam al-Quran dan sabdaan baginda s.a.w.

اِنَّ اللهَ يُحِبُّ التَّوَّابِيْنَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِيْنَ

Allah Taala berfiman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah Menyukai hamban-Nya yang bertaubat, dan menyukai hamba-Nya yang bersih” al-Baqarah (222)

Alam sekitar adalah pemberian Allah Taala yang diamanahkan kepada manusia menjaganya di samping dapat mengambil manfaat darinya dari sudut kesihatan dan keindahan pemandangan, yang lainnya mendidik jiwa menjadi tenang. Persekitaran yang indah, selesa dan selamat akan memberi peluang kepada masyarakat menikmati kualiti hidup lebih baik, sihat, produktif, dan berwawasan.

Islam juga mendidik umatnya supaya sentiasa memelihara dan menjaga kebersihan bumi yang kita diami dengan sebaik mungkin demi kesejahteraan makhluk seluruhnya. Kita dilarang membuat kerosakan sesuka hati kerana khuatir akibat buruk itu akan kembali kepada kita semula.

Ingatkah kita pada satu peristiwa tragedi gempa bumi yang sungguh tragis telah berlaku pada tanggal 29 september lepas? Masih segar diingatan kita bila mana tragedi malang tersebut telah meranapkan ratusan rumah dan bangunan yang megah berdiri sebelumnya dan mengorbankan ratusan nyawa yang tidak berdosa.

Apakah ini tiada kaitan dengan keperihatinan kita terhadap alam sekitar?

Apakah tiada rasa tanggungjawab kita untuk muhasabah di atas apa yang ingin disampaikan oleh Tuhan Pencipta melalui tanda-tanda kerosakan ini?

ISU-ISU DALAM QURAN ISU SEJAGAT

Allah Taala menciptakan manusia di atas satu konsep yang cukup penting supaya perjalanan hidup semasa di dunia, dipandu oleh satu sistem yang menjamin masa depan mereka agar tidak terus alpa kerana akan tiba suatu saat kelak, mereka pasti dijemput untuk menerima buku amal catatan dan pembalasan di atas apa yang mereka kerjakan.

Konsep menyembah (dengan melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang) dan bertindak sebagai khalifah di muka bumi merupakan dua agenda penting yang harus dipikul oleh manusia sebagai suatu amanah besar dalam kehidupan yang sementara ini, dan bukan untuk berseronok semata-mata. Bahkan manusia tidak dijadikan hanya untuk hidup di dunia yang kecil dan binasa ini sahaja, tetapi mereka dijadikan untuk kehidupan yang kekal abadi, iaitu di akhirat.

Apabila kita memperkatakan tentang Islam sebagai sistem hidup yang lengkap, sistem itu bukan hanya pada undang-undang. Manusia tidak boleh hidup di dunia ini jika mereka hanya dihidangkan dengan undang-undang.

Manusia perlukan air yang bersih, mereka perlukan udara yang bersih. Di sisi pendidikan yang baik dan undang-undang yang menjaga.

Tidakkah di dalam al-Quran dan as-Sunnah itu penuh dengan arahan memelihara alam sekitar? Tidakkah kita perasan betapa kaedah membina rumah pun, diperincikan oleh Syari-‘at. Ketinggian bangunan jangan sampai menyekat cahaya matahari dari rumah jiran. Bagaimana saluran air longkang patut dialirkan dalam hal penggunaan tanah jiran dan tanah awam?

Semua itu ada di dalam Islam. Dan ia sebahagian daripada Islam sebagai sistem hidup yang diperjuangkan.

Maka perjuangan Islam dan dakwah tidak boleh terhenti setakat leteren terhadap hal-hal yang bersifat konsep dan retorik. Penjagaan alam sekitar mesti diterima sebagai sebahagian daripada dakwah dan jihad di jalan Allah.

Pencemaran alam adalah berkala dengan pencemaran Islam. Jika alam di sekeliling kita terus tercemar, air diniagakan hingga mencetuskan kesusahan, rumah terus kotor dan halaman seperti kediaman Yahudi sebagaimana yang diingatkan oleh baginda s.a.w, maka Islam yang dilaungkan hanyalah retorik yang kosong.

Lebih kuat Iman, lebih kuatlah kita menjaga alam persekitaran.

Salam Motivasi Diri dari saya..Fikir-fikirkan..Motivasikan Diri..Majukan Ilmu

Categories: Motivasi, Personal

Kem KOK yg Best!!!

Salam pertemuan untuk hari ini..Sempat juga dapatkan CD gambar-gambar semasa Program KOK yang diadakan di Pusat KOK UM di Ulu Gombak pada 3 & 4 hb 10 yang lepas..Walaupun kesibukan agak memenatkan sedikit kerana pada 2hb itu terpaksa menghadirkan diri untuk menjadi penceramah motivasi di Banting, tetapi keran program KOK ini wajib..Maka terpaksalah menghadirkan diri jugak..Apa-apa pun..Program KOK ini memang best la..

Mana-mana student UM yang nak mengalami apa yang saya sudah alami selama 2 hari program KOK ini berlangsung, maka pilihlah subjek KOK yang ade kem macam ini. Anda akan merasai keriangan dan kepuasannya nanti.Penat..Tetapi tetap menggembirakan hati. Apa yang penting?? Lulus subjek KOK menjadi target..hehe

Program sebegini adalah untuk melatih menjadi FC yang berkesan dan sistematik dengan penetapan tugas-tugas sebagai FC dan sebagainya. Bukan senang nak jadi FC yang berkesan, banyak kena belajar..Jadi, bagi yang minat nak jadi FC yang baguss..Sila-silahlah mengambil subjek ini untuk hidup anda..


Gambar-Gambar Kenangan :

di antara peserta2 kemwajah2 ceria peserta kem

wajah ceria si Ridzuan...my group..

piece...sblm terjun dlm lumpur...

syoknye..tgh berendam dlm lumpur..huhu

kotornye baju sorg2...kenangan semua dgn lumpur...

bessttt..mandi air terjunkenangan bersama...

gembira2..lelaki shj...

Selamat Tinggal KOK…


Categories: Personal