Archive

Archive for the ‘Wanita’ Category

Wanita Solehah 2

WANITA SOLEHAH

Wanita Beriman Serta Beristiqomah Dalam Melakukan Amal-amal Kebajikan.

1.      Wanita yang memiliki iman yang mantap

-          Dalam menjalani kehidupan bermasyarakat yang berbilang bangsa, para muslimah sentiasa terdedah kepada cabaran iman di samping cabaran dan godaan dari syaitan. Oleh itu kaum wanita perlulah melengkapi dan mengisi jiwa mereka dengan keimanan yang kukuh untuk mengelakkan diri mereka dari godaan-godaan tersebut.

2.      Wanita yang rajin beribadat

-          Setiap individu sama ada lelaki atau perempuan yang terbaik amal ibadatnya maka mereka layak untuk memasuki syurga Allah.

3.      Wanita yang mempunyai sifat taqwa

- ianya merupakan satu sifat yang mulia yang mana bermula dengan sifat malu. Sabda Rasulullah s.a w., “Malu itu sebahagian dari iman”. Maksud malu disini ialah :-

-          Malu kepada Allah s.w.t. dalam setiap gerak-geri sama ada dari perkataan, perbuatan serta pengakuan. Malahan niat kita mestilah mengarah kepada matlamat bahawa Allah itu Maha Melihat, Maha Mengetahui dan Maha Mendengar, tidak ada sesuatu pun yang berlaku kecuali semuanya ada di dalam ilmuNya.

-          Malu kepada Rasulullah s.a.w. dengan melakukan segala bentuk amal soleh dan mengikut segala sunnahnya demi untuk membalas jasa Rasulullah yang bersusah payah menegakkan Islam di bumi ini.

Read more…

Categories: Tazkirah, Wanita

Wanita Solehah Mengatasi Paras Rupa

Sabda Rasullah s.a.w:


“Dunia itu adalah kenikmatan dan sebaik-baik kenikmatan dunia ialah wanita yang solehah.” – Riwayat Muslim, Kitaab al-Ridha.


Agama merupakan faktor terpenting dalam mendapatkan kebahagiaan rumah tangga. Namun, tidak ramai di kalangan 979464644l11umat manusia pada zaman ini yang meneliti dan mengambil faedah daripada panduan agama dalam memilih calon isteri. Ramai di kalangan kita yang masih tidak menyedari bahawa faktor ini berupaya memberikan kebahagiaan dan keuntungan dunia dan akhirat.

Wanita yang beragama sentiasa mentaati ALLAH dan Rasul-NYA. Menjaga maruah diri dan ibu bapa, menundukkan pandangan di hadapan lelaki yang bukan mahram, berusaha menuntut ilmu, memahami dan mengamalkan apa yang difahaminya. Sentiasa bertaubat dan mendekatkan diri kepada ALLAH dengan melakukan pelbagai amalan wajib dan sunat.

Wanita yang terdidik dengan agama akan sentiasa memastikan dirinya bersih, kemas dan cantik. Ini kerana agama memerintahkan dia melakukan demikian. Semua itu dilakukan ikhlas kerana ALLAH berserta keyakinan bahawa dia akan dibalas dengan pahala di sisi TUHANnya.

Dia sentiasa memelihara diri dan menutup aurat dari pandangan lelaki yang bukan mahram. Percakapan yang lembut dan tepat seringkali menjadikan dirinya disukai dan disayangi oleh sesiapa sahaja yang mengenalinya. Masa yang terluang sentiasa dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah dan demi kebaikan diri serta agama.

Read more…

Categories: Wanita

” Wanita Solehah “

Wanita Solehah,
penghibur hati
wanita solehah
sentiasa tenang jiwanya..

Lantaran sentiasa mmebesarkan Allah dalam solatnya
Dan sunnah RasuluLlah menjadi jalan hidupnya
KalamuLlah adalah akhbar dan hiburan
Janji-janji Allah adalah jaminan ketenangan.

Sumber jiwanya beroleh kekuatan
Agar sabar merintangi musibah
Istiqamah dalam mujahadah
Berteguh menjunjung hukum-hakam Allah.
Read more…

Categories: Wanita

BuatMu Wanita Solehah…

Khas Buat Wanita Tercinta – Kenapa Mesti Wanita
Menutup Aurat? (33:59)

Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-
anak perempuanmu dan isteri-isteri orang
mukmin: “Hendaklah mereka berjilbab (bertudung
dan berpakaian labuh) menutupi tubuh mereka.”
Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah
untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu.
Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang. (33:59)

Read more…

Categories: Wanita

Seloka Muslimah…

Tutup aurat adalah satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib ditekankan,
Kalau tidak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tidak perlu pun ‘make up’.

Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tidak berani mengorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian modern(?) memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakai pun nampak pusat.

Berseluar ketat baju pun ketat,
Jarangnya pula boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilakhnat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.

Apa yang cantik bila dipandang,
Lengan pendek tetapi bertudung,
Kelihatan seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung

Amatlah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia menjawab: fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda lelaki sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilakhnat tiada guna sesen.

Kalau nak “Make Up” biarlah berpadan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia akan melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian si lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang lelaki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa ditayangkan jambul,
Kecantikan tidak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tidak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah berniat jahat,
Cuma ingin memperingat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau ingin ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh, ubahlah diri,
Benda yang baik tidak perlu diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak  bila wanita diperli,
Keluarga kita tidak terkecuali,
Terutama sekali anak dan isteri.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh besok anda mulai.

P/s : Kepada seluruh Muslimah yang di Disayangi Allah S.W.T sekalian, ambillah pengajaran dan renungan daripada seloka ini supaya menjadi suatu pedoman dan iktibar yang baik untuk membentuk seorang Muslimah Solehah dan Sejati di dunia ini dan akhirat menjadi Kekasih Allah S.W.T yang sejati…InsyaAllah

595897222l


Categories: Wanita

6 Pesanan tuk Wanita

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Dilampirkan 6 pesanan khas untuk kaum Hawa, juga tidak ketinggalan secara umumnya untuk kaum Adam. Sama-sama kita amalkan, insya Allah:-

1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun dan tidak dapat solat, duduklah di atas tikar sembahyang supaya anak-anak tidak lihat si ibu yang diharamkan mendirikan solat dalam tempoh tersebut.

2. Hidupkan bacaan hadith Nabi SAW di rumah dengan keluarga. Dianjur baca hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah  zaman Nabi SAW sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya sepotong ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan  mencium Al Quran dan muhasabah ‘Ya  Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab-Mu pada hari  ini.”

4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar  anak-anak dari kecil bermula dengan  doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi  saw seperti doa tidur, bangun tidur,  makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak  membebankan suami. Setiap hari malaikat  akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup  sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadizikir mohon keampunan kepada Allah swt atas  wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas  Agama Allah. Seorang isteri yg menggalakkan suaminya untuk solat berjemaah di masjid akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

Categories: Wanita

Perkahwinan Adalah Fitrah

Jalan Mencapai Perkahwinan yang Diredhai

Sebagai seorang insan, Allah Subhanahu wa Ta’ala telah bekalkan pelbagai keinginan di dalam diri manusia. Ia merupakan keinginan semulajadi, yang datang tidak diundang dan keinginannya tiada siapa yang mendorong.

Di antara banyak keinginan semulajadi manusia itu ialah ingin berkahwin. Tiada makhluk di muka bumi ini menidakkan kenyataan ini. Haiwan yang membuas di hutan belantara dan yang hidup melata di muka bumi ini pun berkahwin apatah lagi manusia yang dibekalkan oleh Subhanahu wa Ta’ala nafsu dan perasaan, sesungguhnya itu ia amat berkeinginan.

Tetapi apabila ada orang yang mengatakan dia lebih seronok membujang atau ‘mendara’, hakikatnya dia telah menentang fitrah hatinya. Orang yang bersifat demikian jiwanya akan tertekan. Kadang-kadang situasi ini akan membuatkan dia mengambil keputusan yang sukar dipertimbang malahan ia mudah sekali melakukan dosa dan kejahatan.

Oleh kerana jalan itu adalah bahaya dan kesannya amat dipandang hina maka manusia berusaha untuk mencari pasangan hidupnya untuk dinikahi.

Buktinya orang lelaki akan berusaha untuk dapatkan pangkat dan kekayaan dengan tujuan agar mudah dapat calon isteri. Di bangku sekolah lagi keinginan untuk kahwin sudah kelihatan. Iaitu bila yang lelaki sudah pandai berkenalan dengan murid perempuan. Berutu-utus surat, kononnya untuk bertukar fikiran dalam pelajaran. Tetapi niat sebenarnya ialah kerana ada kecenderungan hati pada wanita. Minat pada wanita sudah bangkit dalam jiwanya. Walhal kalau hendak bertukar-tukar fikiran dengan kawan lelaki pun boleh. Tetapi lebih suka cari yang perempuan.

‘Perkenalan Lelaki & Perempuan yang Membelakangkan Syariat’

Begitu juga di pihak perempuan. Masuk belasan tahun mulalah pasang badan. Mula pandai berhias-hias dengan make-up dan baju cantik dan suka diri dipandang cantik. Dengan harapan adalah lelaki yang terpikat. Kerana minat pada kaum yang berlainan jenis telah bercambah. Bermulalah api cinta.

Perkenalan lelaki perempuan yang membelakangan syariat akan menuju kepada kehancuran dan dosa. Akan mudahlah berlaku perkara yang menyebabkan maruah ternoda gara-gara cinta nafsu muda. Kerana apabila berdua-duaan antara lelaki dan perempuan maka syaitan akan jadi orang ketiga yang akan mencetuskan api berahi hinggakan berlakulah zina mata, zina tangan, zina badan dan hingga membawa kepada zina sebenarnya.

Perkahwinanlah jalan keluar untuk menyelamatkan manusia daripada godaan nafsu syahwat. Imam Al-Ghazali menyatakan tujuan perkahwinan ialah untuk memberitahu manusia akan nikmat di akhirat. Dengan merasakan nikmat yang sedikit manusia sepatutnya lebih berhajat kepada nikmat yang lebih besar di akhirat, yakni syurga dengan melakukan ketaatan kepada Allah sehingga ia layak sampai ke sana.

‘Bila Kahwin Tidak Berkat, Mudahlah Hati Pecah & Retak…’

Janganlah disebabkan tidak cukup belanja maka perkahwinan jadi terhalang. Walhal  nafsu syahwat sudah tidak terkendalikan dan bila-bila masa sahaja boleh mendorong tuannya kepada maksiat. Mengenakan hantaran atau belanja beribu-ribu ringgit sehingga membantut atau melambatkan saat perkahwinan adalah hal yang sangat tidak patut. Kerana sikap yang begini boleh menyebabkan ada yang nanti sanggup hidup bersekedudukan lelaki perempuan tanpa nikah.

Selalunya ibu bapalah yang sibuk mengenakan hantaran belanja yang tinggi, untuk menunjuk-nunjuk pada orang lain yang bakal menantunya orang kaya, berjawatan tinggi, bolehlah dia berbangga-bangga. Itulah ciri-ciri orang yang sombong akan menjerumuskan tuannya ke neraka. Salah siapa kalau anak kahwin lari? Sudah dipinang tidak dapat, dibawalah lari. Ibu bapa juga yang putih mata.

Ramai ibu bapa yang suka pilih menantu yang bergaji besar, pangkat besar tetapi tidak peduli sama ada bakal menantu punya iman besar atau tidak. Kadangkala ibu bapa menolak lamaran lelaki yang bergaji rendah walaupun akhlak yang baik, kerana bimbang masa depan anaknya gelap bersuamikan lelaki miskin. Mereka tidak bergantung kepada rezeki dari Allah.

Sikap ibu bapa yang suka mengenakan hantaran tinggi mestilah diubah. Agar perkara itu tidak menjadi penghalang perkahwinan dan punca maksiat. Yang penting dalam perkahwinan adalah akad nikah dan mas kahwin. Mas kahwin yang ditetapkan oleh pihak yang bertanggungjawab insya-Allah mampu dibayar oleh pihak lelaki. Walaupun begitu sekiranya pihak perempuan sanggup menerima mas kahwin dalam bentuk yang lain dari itu pun dibolehkan misalnya, mas kahwin yang berupa sebentuk cincin, ayat Al-Quran dan sebagainya.

Oleh sebabnya sulit berkahwin, kini terdapat lelaki yang memuaskan nafsu dengan lelaki, perempuan dengan perempuan. Perbuatan kaum Lut dahulu dipopularkan kembali. Walhal kaum Lut dahulu telah menerima bala’ dari perbuatan mereka. Allah terbalikkan bumi kerana murkanya Allah dengan perbuatan itu. Kita bimbang kalau amalan ini dibiarkan berlaku terus menerus maka Allah akan balakan semua orang yang ada dalam masyarakat itu, kerana membiarkan maksiat didepan mereka sedangkan perbuatan itu termasuk dalam dosa-dosa besar, dan jalan ke arah yang halal disusahkan.

Berkahwin boleh mengatasi masalah itu. Sebelum berkahwin pilihlah pasangan yang mempunyai pendidikan agama, yakni bukan setakat memiliki ilmu agama bahkan ilmu itu boleh lahir dalam akhlak dan perbuatannya. Wanita-wanita yang beragama sahaja yang boleh sabar dengan ujian hidup berumah tangga. Mampu hidup susah, sanggup menjaga maruah diri dan suami. Akan meletakkan suami orang yang mulia dalam rumah tangga.

Sebagaimana sabda Rasulullah Salallahu Allaihi wa Sallam:

“Perolehilah olehmu wanita yang memiliki agama, nescaya engkau berbahagia.”

Ada lelaki yang dirinya tidak baik, kaki zina, kaki arak dan kaki perempuan atau kaki maksiat, tetapi bila hendak berkahwin ia mau cari anak gadis yang baik dan beriman.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala yang bermaksud:

“Lelaki yang berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik.” [An-Nur:3]

Ertinya, lelaki fasik yang padan baginya ialah perempuan fasik. Lelaki alim akan mencari gadis alim. Tidak peliklah kalau gadis alim juga akan menunggu pinangan orang alim. Lantaran itu bila datang pinangan lelaki fasik walau berjawatan tinggi dan berpangkat besar mereka akan menolak walaupun keluarga berkeras mahu menerimanya. Sebaliknya keluarga yang cinta dunia, bila datang lelaki alim dan tidak punya jawatan tinggi meminang, ditolak. Menderitalah si gadis berdepan dengan keluarga yang begitu. Tidak sanggup dipaksa kahwin dengan lelaki fasik yang mana dia tahu kalau berlaku juga perkahwinan itu imannya akan tergadai. Justeru itu ada yang sanggup lari meninggalkan keluarga untuk selamatkan iman.

Perkahwinan juga dikira sebagai ibadah dan amal soleh yakni berpahala sekiranya aturan perkahwinan dapat dibuat mengikut syariat islam. Sebaliknya akan mendatangkan dosa sekiranya dibuat mengikut adat dan membelakangkan syariat. Hari ini berapa ramai orang yang berkahwin, yang membuatkan syaitan tergelak besar dengan perkahwinan itu. Sepatutnya syaitan sedih dan menangis tetapi yang berlaku adalah sebaliknya.

Syaitan gembira kerana bila buat majlis perkahwinan, bercampur aduk lelaki perempuan. Ada muzik, ada majlis persandingan yang ditonton oleh ribuan mata. Pakaian penganti yan mendedah aurat dan mahal serta membazir. Buat majlis yang besar sehingga ada yang memakan masa berhari-hari untuk meraikan sesuatu majlis perkahwinan sampai tertinggal solat fardhu, lalai dengan Allah. Maka perkahwinan ini bukannya mendapat berkat sebaliknya mendapat lakhnat dari penduduk langit.

Janganlah kerana berlebihan duit buat majlis kahwin besar-besaran. Sehingga melalaikan orang. Yang lebih lalai ialah pengantin. Macam mana hendak solat kalau kat tangan sudah penuh inai dan kuitex. Senantiasa bermake-up, bersanggul, pakai baju cantik. Rosaklah make-up, rambut yang sudah diset kalau mengerjakan solat. Begitulah perkahwinan yang melalaikan manusia pada tuhan. Tiada berkat malah tiada pahala disisi Allah. Tidak peliklah kalau usia perkahwinan tidak panjang. Indahnya perkahwinan hanya semasa berbulan madu. Lepas itu mulalah nampak belang pasangan masing-masing.

Bila kahwin tidak berkat mudahlah hati pecah dan retak. Perkara kecil boleh dipertengkarkan hingga jadi besar. Bila sudah selalu sangat bergeser, maka suami pun mula luntur kasihnya pada isteri. Mulalah suami nampak perempuan lain lebih cantik dan lebih baik dari isterinya. Apabila bila perut isteri sudah memboyot ada suami yang pikat gadis lain berpinggang ramping. Di pihak isteri pun begitu juga. Mula rasa suami tidak hebat. Lelaki di tempat kerja lebih baik dan bergaya dari suami. Bila masing-masing tidak bersefahaman maka jalan keluar yang paling cepat ialah berpisah.

Inilah gara-gara perkahwinan yang tidak berkat. Ada campur tangan syaitan yang menyebabkan rumah tangga sering berada dalam kegoncangan dan kepanasan.

Sepatutnya setiap perkahwinan di antara dua insan, syaitan akan menangis, akan kalahlah syaitan, tetapi sebaliknya syaitan yang menang dan gembira akibat kita membelakangkan syariat dan ketetapan Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Categories: Wanita
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.