Home > Personal > Guru…Budimu Kekal Abadi

Guru…Budimu Kekal Abadi

16 Mei senantiasa diingati dan disambut dengan penuh kesyukuran. Bila sampai tarikh ini seluruh sekolah di Malaysia akan menyambut hari yang mana si anak didik akan memberikan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada guru-guru tanda budi dan jasa yang tidak dapat dihitung dalam mendidik dan membimbing para pelajarnya.

Guru BudiMu Kekal Abadi

Seorang guru tidak pernah meminta jasanya dibalas. Dan tidak pernah menagih simpati anak-anak muridnya. Hatta tidak pernah mengimpikan hadiahdi Hari Guru. Tetapi seorang Guru yang jalan juangnya untuk mendapt Redha Illahi. Sayang seorang Guru kepada anak muridnya tanpa mengenal erti penat lelah dan kecewa.

Anak didik yang dididiknya seakan-akan menjadi anaknya sendiri tanpa mengira agama, bangsa dan kaum. Guru mengajar ilmunya buat semua yang bergelar pelajarnya.Kasih sayang seorang Guru bukan pada rotan yang memukul anak didiknya tika kenakalan pelajarnya tetapi kasih sayang Guru ingin melihat anak-anak didiknya berjaya suatu hari nanti.

Guru tidak pernah kekok mencurahkan segala ilmu yang ada padanya. Kerana seorang Guru sedar ilmu yang bermanfaat yang diberikan kepada anak didiknya akan memberikan keberkatan kepada dirinya tika berjumpa dengan Allah S.W.T.. Guru mengimpikan anak-anak didiknya berjaya lebih padanya.

Lahirnya seorang Pemimpin, Ketua dan orang-orang besar adalah bermula dari seorang Guru. Tetapi Guru yang mendidik itu tidak pernah meminta diberikan balasan dengan apa yang telah diberikan dahulu. Oleh itu, kita semai dalam diri ini betapa Budi seorang Guru amat bernilai sekali buat insan-insan seperti kita.

Guru Adalah Pembimbing Anak Murid.. Guru Amanah Allah untuk mendidik manusia.

Saya dedikasikan khas Ucapan Terima Kasih dan Selamat Hari Guru buat guru-guru saya di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1, Sekolah Menengah Kebangsaan Panji Alam, Sekolah Menengah Agama Sheikh Abdul Malek, Terengganu Darul Iman. Halalkan segala ilmu yang dikau curahkan dan doakan anak didikmu ini.

Terima Kasih Guru…JasaMu hingga Keakhirnya


Categories: Personal
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.
You must be logged in to post a comment.
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.