Archive

Archive for March, 2010

Resolusi Bersama Front-front SMM

Resolusi Selepas Kongres Gerakan Mahasiswa Nasional 2010

1) Semua front akan berpegang kepada 5 prinsip untuk terus memastikan kebersamaan dalam Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)

Prinsip perjuangan SMM ialah:

-Independence
-Intellectual
-Integrity
-Responsive
-Progressive

2)Membawa kebersamaan semua front di peringkat SMM &… dibumikan peringkat kampus berdasarkan 5 prinsip perjuangan.

3) Meluaskan skop perjuangan mahasiswa meliputi aspek Nasional & Internasional secara  holistik & integral.

Categories: Mahasiswa

Kongres Gerakan Mahasiswa Nasional 2010

Muhammad Hilman Idham (KAMI), Shazni Munir (SMM), Idris Yusoff (GAMIS), Abu Qassim (PKPIM), Abdullah Omar (KARISMA), Hei Lung (DEMA), Mohd Shafie (Pro M Nasional)

Kongres Gerakan Mahasiswa Malaysia 2010 telah berlangsung dengan lancar pada pagi semalam bermula jam 9.30am hingga 5.00pm di Dewan Banquet Majlis Perbandaran Petaling Jaya dianjurkan oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

Majlis dimulakan dengan pembentangan front gerakan mahasiswa di bawah SMM iaitu GAMIS, PKPIM, DEMA, KARISMA dan KAMI. Seterusnya, SMM yang dipengerusikan oleh saudara Shazni Munir Mohd Ithnin telah membentangkan orientasi gerakan SMM. Beliau menghuraikan sejarah SMM yang ditubuhkan pada Mac 2004 yang mana Saudara Mohd Khairol Anwar Mat Zuki sebagai Pengerusi SMM yang pertama. Penubuhan SMM sebenarnya adalah suatu lanjutan atau kesinambungan pada aktivisme Gerakan Mahasiswa Mansuhkan ISA (GMMI)-tahun 2001/2002 dan Gerakan Mahasiswa Anti Peperangan (GEMPAR)-tahun 2002/2003.

Shazni Munir berkata ketika pembentangannya, “Orientasi gerakan ini sangat dinamik dan sering mengambil sisi mencabar dan berbahaya dalam konteks mahasiswa biasa. Lebih menarik, gerakan kaolasi ini tidak bergerak di peringkat kampus semata-mata; tetapi bergerak di pentas nasional dan global.”

Menurut beliau lagi, SMM memegang prinsip independen, intelektual, integriti, responsif dan progresif sebagai prinsip pergerakan dan idealisme perjuangan SMM adalah demokrasi, keadilan, hak asasi manusia dan kepimpinan anak muda.

“Kita telah melihat betapa mahasiswa kini tidak lagi takut dan gentar dengan segala bentuk kecaman dari pihak yang tidak mahu melihat mahasiswa bangkit. Adapun sehinggalah berlaku penangkapan-penangkapan mahasiswa dalam memacu keadilan hak asasi mahasiswa dan juga masyarakat. Namun, ia tidak sedikit pun menggentarkan dan melunturkan roh perjuangan dalam diri setiap aktivis, ” syarahnya ketika perbentangan.

Seterusnya, majlis perasmian diadakan bermula dengan ucapan oleh saudara Muhammad Hilman Idham (Pengerusi KAMI) selaku pengarah program. Dalam ucapannya, beliau melahirkan rasa kesal kerana terdapat pihak yang berkali-kali membuat cubaan untuk menghalang kongres ini daripada diadakan untuk menghimpunkan mahasiswa dari seluruh pelusuk walaupun jauh iaitu dari Sabah, Johor, Kedah. Malahan, wakil gerakan mahasiswa dari Pattani (Thailand) dan Singapura juga turut hadir. Wakil-wakil dari parti-parti politik juga turut serta menjadi pemerhati kongres. Kekangan yang berlaku adalah bermula dari Chinese Assembly Hall, bertukar pula ke Dewan Centrum Setiawangsa, dan akhirnya pertukaran tempat secara adhoc pada petang hari sebelum program ke Dewan Banquet MBPJ. Dalam keadaan suntuk dan kekangan, kongres akhirnya dapat dijalankan di dewan berhawa dingin itu dalam keadaan duduk bersila.

Beliau juga menjelaskan kontroversi yang timbul kerana menjemput Nurul Izzah Anwar sebagai perasmi kongres. Katanya, perasmi pertama yang dijemput adalah YB Saifuddin Abdullah selaku Timbalan Kementerian Pengajian Tinggi yang sangat signifikan dengan gerakan mahasiswa ketika beliau di kampus. Namun disebabkan pembatalan beliau selaku perasmi akibat tuntutannya ke kawasan parlimen beliau, pihak penganjur memutuskan untuk menjemput YB Nurul Izzah kerana sejarahnya yang menyertai gerakan mahasiswa di kampus.

Beliau juga menyatakan bukti bahawa pendirian SMM sebagai ‘check and balance’ bagi kerajaan dan juga parti pembangkang, “Kita berpegang kepada prinsip yang telah kita persetujui bersama. Sebagai contoh, satu demonstrasi yang telah dianjurkan oleh UMNO di Kelantan dan Pulau Pinang, dan ketika itu pemuda PAS dan Angkatan Muda Keadilan telah membuat laporan polis. Di pihak SMM telah pun membuat kenyataan berupa mengecam tindakan pemuda PAS dan Angkatan Muda Keadilan.”

Selepas perasmian oleh YB Nurul Izzah, sidang media telah diadakan di kalangan dif-dif jemputan dan pimpinan gerakan mahasiswa. Pada sesi petang pula, pembentangan diteruskan oleh Saudara Mohd Shafie Hashim selaku Pengerusi Pro Mahasiswa Nasional telah menjelaskan sejarah penubuhan pertubuhan Pro M.

Tegasnya juga, “Perjuangan Pro M telah diperluas ke semua kampus-kampus termasuklah di Borneo, pantai timur, utara, selatan selain di kampus lembah kelang. Ianya berteraskan 4 paksi iaitu demokrasi, integriti, intelektual dan kebajikan mahasiswa.

Majlis diteruskan lagi dengan sesi soal jawab antara pimpinan gerakan mahasiswa dengan para aktivis dan diteruskan lagi dengan perbentangan dari wakil Gabungan Mahasiswa Bantah E-voting (BANTAH) oleh Mohd Ridzuan Othman selaku Jurucakap BANTAH. Berikutan dengan penggunaan e-voting dalam pilihanraya kampus di UM, beliau telah menceritakan bagaimana usaha BANTAH dalam menolak sistem e-undi yang korup.

Menurut beliau, “E-undi di kampus-kampus merupakan ‘pilot test’ bagi pelaksanaan e-undi di peringkat Pilihanraya Umum (PRU) yang akan datang. Ini merupakan suatu pencabulan demokrasi ke atas mahasiswa, malah akan diteruskan pencabulan ini ke PRU nanti. “

Seterusnya, ucapan dari saudara Mohd Ridzuan, mantan pengerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN). Ucapan beliau sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat para aktivis khususnya para MPP memandangkan MPMN merupakan pertubuhan MPP Mahasiswa yang menang bertanding di kampus-kampus.

Usai saja ucapan beliau, Majlis Watikah Perlantikan diadakan. Pengerusi MPMN yang baru iaitu saudara Mohd Syafiq A. Aziz, MPP Mahasiswa UKM tampil menerima watikah perlantikan daripada mantan pengerusi MPMN. Kongres berakhir dengan slot resolusi yang dipersetujui bersama pada kira-kira jam 5.00pm.


Categories: Mahasiswa

Perubahan Tempat Kongres Gerakan Mahasiswa Nasional 2010!!!

MAKLUMAT PENTING !!!
PERUBAHAN TEMPAT KONGRES GERAKAN MAHASISWA NASIONAL 2010

TEMPAT : DEWAN CENTRUM SETIAWANGSA, JALAN SETIAWANGSA 13, TAMAN SETIAWANGSA, 54200 KUALA LUMPUR. ( berhampiran Sekolah Kebangsaan Setiawangsa & Medan Selera Taman Setiawangsa )

PERASMI KONGRES : YB NURUL IZZAH ANWAR.

Pelan ke lokasi terbaru Kongres Gerakan Mahasiswa Nasional 2010


Categories: Mahasiswa

Sorotan Perjuangan BANTAH (1)

PENGENALAN

Pasca Pilihanraya Kampus di seluruh Universiti sudah berakhir. Kumpulan yang ‘menang’ akan terus menaburkan bakti dan khidmat selaku ‘hamba mahasiswa’ dalam memberikan khidmat bakti buat mahasiswa. Tetapi di dalam menyoroti liku-liku perjuangan di dalam pilihanraya kampus yang lepas, mahasiswa dikejutkan dengan penubuhan gerakan baru yang mengelarkan diri sebagai BANTAH!!. Apa yang sebenarnya BANTAH perjuangkan sehingga mencetuskan beberapa polimek yang hebat sekaligus menarik perhatian ramai pihak baik Mahasiswa, Ahli Politik, Pentadbiran Universiti, Kerajaan dan termasuklah juga Masyarakat Malaysia.

BANTAH ditubuhkan atas dasar kelompangan yang bakal menanti mahasiswa di dalam pilihanraya kampus terutamanya apabila pengumuman pihak universiti untuk mengadakan Sistem E-Voting di dalam pilihanraya kampus. Dalam merencanakan agenda-agenda kearah ketulenan dan pemurnian sistem pilihanraya kampus, BANTAH telah merangka beberapa dasar dan sasaran kepada mahasiswa untuk menyatakan pendirian tegas BANTAH di dalam pelaksanaan sistem E-Voting ini.

OBJEKTIF BANTAH

  1. —Memberi kesedaran kepada mahasiswa akan sistem e-undi dan isu-isu ketelusan di dalamnya
  2. —Mendidik mahasiswa mengenai kepentingan memilih kepimpinan yang bersih, amanah, dan kompetan
  3. Menyedarkan mahasiswa akan kebobrokan dan penipuan di dalam PRK akan datang

Signifikan-signifikan yang digarap di dalam perjuangan BANTAH ini bagi melihat Demokrasi Kampus masih lagi bersinar dan menyubur di bumi Universiti yang tercinta ini. Perjuangan yang didokong oleh Saudara Mohd Aizat  Salleh dan Saudara Mohd Ridzuan Othman telah sedikit sebanyak membuka ‘benak’ mahasiswa tentang pengertian E-Voting dan sejauhmana E-Voting itu akan membunuh dan merosakkan Demokrasi Kampus yang sedia ada ini.

Secara dasarnya, BANTAH bukanlah memihak kepada mana-mana kumpulan mahasiswa tetapi BANTAH ini ibarat kapal yang menjadi penunjuk jalan kepada seluruh mahasiswa tentang peri pentingnya untuk bersama-sama memBANTAH pelaksanaan sistem yang boleh mematikan Demokrasi Kampus ini seluruh universiti.

Penolakan dan bantahan yang dibuat bukan sahaja melalui cara BANTAHAN semata-mata, walhal pihak BANTAH memberikan penerangan secara terus-terusan kepada mahasiswa tentang kenapa perlunya membantah sistem E-Voting ini. Bukan Bantah kerana takutkan kekalahan tetapi bantah untuk meneruskan kehidupan Demokrasi Kampus yang semakin hari semakin ingin diluputkan di dalam pemikiran mahasiswa.

TITIK TOLAK PERJUANGAN BANTAH

Bermula daripada tertubuhnya Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi (BANTAH) ini, siri-siri penerangan dan diskusi telah dilakukan secara bersama dengan beberapa front mahasiswa yang lain termasuklah Kumpulan Pro-Mahasiswa Nasional bahkan di dalam siri ini juga, pihak BANTAH pernah mempelawa pihak Penggerak Mahasiswa untuk duduk bersama bagi membincangkan permasalahan sistem yang baru diperkenalkan ini tetapi amat malang, mereka menolak invitation BANTAH.

Satu demi satu pihak BANTAH merangka dan melakukan kajian dan perbincangan bersama sehingga tercetuslah idea untuk mengadakan Forum E-Undi dan demokrasi Kampus. Penolakan mahasiswa di dalam pelaksanaan sistem e-voting ini adalah bukan kerana menolak sistem dan teknologi secara seratus peratus tetapi mahasiswa melihat kepincangan di dalam pengurusan dan urus tadbir yang telah dilakukan oleh pihak-pihak tertentu di dalam pilihanraya kampus yang terkemudian daripada ini yang mengunapakai sistem manual pun bermasalah ini kan pula sistem e-voting yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Pilihanraya silap mata tetapi mata tidak silap melihat segala kebobrokan yang berlaku samada pada pilihanraya tahun-tahun lepas bahkan perlaksanaan sistem yang baru ini memenatkan dan mematikan lagi proses Demokrasi Kampus yang diimpikan oleh mahasiswa agar bebas daripada pengaruh pihak-pihak yang berkepentingan. Namun begitu, penubuhan Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi (BANTAH) ini sejajar dan kena pada tempatnya apabila mahasiswa mula terkapai-kapai dengan tindak tanduk pelaksanaan sistem e-voting ini. Mahasiswa perlukan sesuatu bagi mereka meluahkan rasa ketidakpuashatian mereka lebih-lebih lagi berkenaan dengan hak-hak mahasiswa.

MAMPUKAH BANTAH MENJADI WAKIL MAHASISWA?

BANTAH amat baru di kalangan Mahasiswa di kampus bahkan penubuhan BANTAH ini adalah manifestasi yang dilihat sebagai platform baru kepada mahasiswa untuk menyatakan pandangan dan pendapat tentang pelaksanaan sistem e-voting yang melanda kampus-kampus di dalam arus teknologi ini. BANTAH mula mengerakkan idea dan pemikiran dengan dokongan daripada mahasiswa dan masih awal jika kita merumuskan tahap perjuangan BANTAH ini.

Antara universiti-universiti yang telah melaksanakan sistem e-voting di dalam pilihanraya kampus mereka adalah UM, UPM, UMT, UIA. UM masih tahun pertama dijalankan sistem ini dan perlu diingat bahawa pada peringkat awal pelaksanaan sistem ini di kampus-kampus lain memperlihatkan tentangan yang hebat daripada mahasiswa begitu jugalah di UM.

…….Bersambung……..

Categories: Mahasiswa

Mahasiswa boleh kritik kerajaan- Saifuddin

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah mengingatkan mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) agar sentiasa memperbetul setiap perkara yang dilihat salah bukan sahaja di universiti malah dalam pentadbiran negara.

Bercakap dalam satu forum anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di Fakulti Sastera Sains Sosial Universiti Malaya malam tadi,  Saifuddin berkata, ianya memerlukan keberanian dalam diri setiap mahasiswa dan mereka harus bertindak secara berjemaah.

Mahasiswa juga tegasnya boleh melontarkan kritikan kepada kerajaan dan kerajaan pula tidak seharusnya melabelkan pengkritik sebagai pembangkang.

“Mahasiswa boleh mengkritik Kerajaan, dan Kerajaan tidak boleh cop pengkritik sebagai pembangkang,” katanya di hadapan lebih 150 mahasiswa yang hadir.

Menyentuh mengenai sudut pidato yang dihidupkan semula di IPT selepas 20 tahun ianya dihentikan, Saifuddin berkata, sudut pidato merupakan satu platform yang sesuai untuk mahasiswa melontarkan idea mereka melalui pengucapan awam.

Bagaimanapun, beliau yang mengakui mahasiswa mempunyai potensi untuk menggugat pentadbiran universiti mahu Hal Ehwal Pelajar (HEP) agar meletakkan halatuju yang betul dan memahami matlamat sudut pidato dihidupkan semula.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak universiti tidak mengenakan terlalu banyak peraturan terhadap penuntut yang ingin membuat pengucapan awam di sudut pidato sebaliknya memberikan kebebasan kepada mahasiswa untuk mengendalikannya.

“Apa maksud mahasiswa menggugat? Mengugat apa? Menteri? Organisasi, HEP, atau KPT?Amalan buruk, rasuah, kebejatan, kebobrokan?

“Melalui sudut pidato. mahasiswa ada potensi menggugat. Sebab itu HEP perlu ada halatuju yang betul dan faham matlamat sudut pidato. Tak perlu banyak undang-undang dan arahan dalam sudut pidato. Biarkan mahasiswa bebas mengendalikan sudut pidato.

“Mahasiswa boleh berfikir dan menentukan halatuju kampus sendiri,” katanya.

Sudut pidato kembali diwujudkan di UM selepas lebih 20 tahun ia diharamkan apabila Akta kolej dan Universiti (AUKU) diperkenalkan.

Dua lagi panelis forum ‘Mahasiswa Menggugat: Antara Realiti dan Fantasi’ itu, Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial UM, Prof. Dr. Redzuan Osman dan bekas bekan fakulti berkenaan, Prof. Datuk Paduka Mohamad Abu Bakar yang juga penulis buku ‘Mahasiswa Menggugat’.

-harakahdaily.net-

Categories: Mahasiswa

Kongres Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)

Categories: Mahasiswa

Masih menggugatkah mahasiswa?

“Masihkah mahasiswa itu menggugat pihak berkuasa?” Mungkin itulah antara barisan persoalan dan deretan pertanyaan pada 11 Mac nanti dalam forum ‘Mahasiswa Menggugat: Realiti atau Fantasi’.

Bertempat di Dewan Kuliah F, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (UM), forum itu menampilkan barisan panelis; Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial UM Prof Datuk Dr Ridzuan Othman, termasuk penulis buku ‘Mahasiswa Menggugat’ Prof Datuk Paduka Mohammad Abu Bakar.

Forum yang dijangka berlangsung pada 8 malam itu akan dipengerusikan Naib Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia Abu Qassim Nor Azmi.

Di samping itu, menyentuh perkembangan isu pelajar hari ini, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, pihaknya melihat mahasiswa hari ini perlu melebarkan gerakan mereka kepada gerakan kebudayaan.

“Kita melihat, gerakan mahasiswa hari ini tidak perlu banyak tertumpu dalam kegiatan politik sahaja, sebaliknya, mereka juga perlu mengambil bahagian dalam bidang-bidang lain juga,” kata beliau ketika dihubungi erapakatan.com baru-baru ini.

Yang lebih penting, tambah beliau, mahasiswa hari ini perlu menumpukan kepada usaha ke arah mengukuhkan akar budaya rakyat Malaysia yang baharu.

“Misalnya penjelasan ke arah menuju Malaysia Baru itu bukan cuma terhad kepada usaha memerangi rasuah, tapi ia mencakup kepada usaha membentuk akar budaya Malaysia yang baharu.

“Pada saya, Malaysia baru bukan hanya ditakrifkan sebagai negara yang bebas rasuah, tapi ia mesti pergi lebih jauh daripada itu, ia melibatkan pembentukan budaya baru yang dicipta oleh sarjana-sarjana, para cendekiawan dan ahli bijak pandai dalam masyarakat,” katanya.

-Erapakatan-

Categories: Mahasiswa

Kongres Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)

SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA (SMM)

KENYATAAN MEDIA SEMPENA KONGRES GERAKAN MAHASISWA NASIONAL 2010

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) atas kerjasama seluruh front mahasiswa yang bernaung dibawah SMM akan mengadakan sebuah kongres yang yang dinamakan sebagai Kongres Gerakan Mahasiswa Nasional 2010. Kongres ini akan dilangsungkan pada 20hb Mac 2010, bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH). Kongres selama sehari ini dianggarkan akan melibatkan hampir 1500 orang aktivis mahasiswa daripada seluruh negara termasuk daripada Sabah dan Sarawak.

Kongres ini menandakan bahawa Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) hari ini kembali sebagai satu wadah gerakan mahasiswa yang tersusun di peringkat nasional. Kongres ini juga adalah bertujuan untuk menyatukan kembali seluruh kumpulan mahasiswa anak muda dengan dengan satu wadah perjuangan untuk masa depan Malaysia.

Dengan bertemakan “Menjana Gerakan Baru Mahasiswa”, kongres ini bertujuan menyusun semula struktur gerakan mahasiswa di peringkat nasional serta menyusun semula agenda perjuangan mahasiswa. Kongres ini juga adalah medan pertemuan seluruh aktivis mahasiswa yang terselerak diseluruh negara untuk disatukan dalam usaha membangunkan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) sebagai sebuah gerakan mahasiswa yang kritikal dan progresif.

Justeru, Solidariti Mahasiswa Malaysia menjemput seluruh aktivis mahasiswa dan sosial, serta NGO tempatan dan luar negara untuk menghadiri yang kongres bersejarah ini. Diharapkan agar kongres ini memberi impak yang besar bukan sahaja kepada para aktivis mahasiswa, tetapi juga kepada masyarakat Malaysia.

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)

Categories: Mahasiswa

E-Undi ‘Liwat’ Universiti..

Hishamuddin Rais, iaitu bekas aktivis mahasiswa era 1960-an berkata, sistem e-undi yang diperkenalkan di beberapa universiti sebelum ini merupakan suatu eksperimen ke atas mahasiswa sebelum kerajaan melaksanakan sistem tersebut ke atas sistem Pilihan Raya Umum (PRU) kelak.

Telah saya katakan kepada awam bahawa mekanisme mempertahankan diri yang digunakan oleh United Malays National Organization (Umno) itu supaya kuasa daulah (kerajaan) terus di tangan mereka,” jelas Hishamuddin, selaku salah seorang panel.

Jelas beliau lagi, sejak menjadi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menandatangani suatu perjanjian dengan melantik pusat teknologi informasi (IT) di India untuk menjalankan penyelidikan berhubung sistem e-undi itu.

“Kalau saudara masih ingat, Najib Tun Razak (Perdana Menteri) telah pergi ke India sebanyak dua kali dan saudara mesti ingat di mana dia berhenti (iaitu) pusat IT India, di mana di situ tempat sistem e-undi sedang dikaji (serta) bagaimana nak dilaksanakan e-undi di Malaysia.

“Pada ketika ini, telah ada perjanjian-perjanjian yang dibuat antara kerajaan Malaysia dan India (dan) ingat saya begitu yakin bahawa e-undi akan dilaksanakan,” jelas beliau.

Menurut beliau lagi, sistem yang bakal diperkenalkan di Malaysia itu membolehkan pengendali sistem menentukan jumlah angka majoriti-minoriti pengundi bagi satu-satu Dun atau Parlimen kerana pihak terbabit menguasai surver sistem itu.

“Lihat di Florida (Amerika Syarikat) lima tahun lalu, George W. Bush boleh memenangi pilihan raya (Datuk Bandar) sebelum dipilih menjadi Presiden Amerika Syarikat kerana pengendali sistem di situ dikendalikan oleh seorang penjawat kerajaan, iaitu adiknya sendiri,” jelas beliau di depan lebih 400 hadirin.

Sehubungan itu, Dr. Azmi Shahrom, iaitu Ahli Akademik dari Fakulti Undang-Undang dari Universiti Malaya pula mempersoal motif di sebalik insitif pentadbiran universiti, khususnya bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang dilihat ghairah campur tangan dalam aktiviti PRK.

“Saya sendiri pun tidak campur tangan dalam sistem pilihan raya kampus, maka mengapa HEP campur tangan dalam sistem pilihan raya mahasiswa,” soal beliau.

Tambahnya lagi, tindakan campur tangan oleh HEP itu akhirnya mengakibatkan sistem demokrasi dan sistem e-undi itu sendiri tidak lagi dipercayai oleh mahasiswa.

“Ini bukan isu demokrasi semata-mata, tetapi isu kepercayaan kepada e-undi itu sendiri,” jelasnya.

Dalam nada yang jenaka, beliau berkata, mungkin disebabkan para pegawai HEP tidak mampu mencari kerja di tempat yang lain, maka mungkin mereka terpaksa bersungguh-sungguh memenangkan satu-satu pihak di kalangan mahasiswa.

Berkongsi pengalaman menjadi mahasiswa di Britain, beliau menjelaskan bahawa mahasiswa tidak dihalang untuk menjelaskan warna politik kepartian masing-masing dalam pilihan raya kampus di sana.

Yang menarik, menurut beliau, walaupun ada mahasiswa secara terbuka bertanding atas tiket Parti Konservatif dan Parti Buruh, namun kebanyakan calon yang memenangi pilihan raya kampus adalah calon-calon Bebas.

“Mereka (mahasiswa Britain) bukan nak lihat calon parti-parti itu, mereka nak seorang calon yang Bebas yang diyakini boleh mewakili mereka.

“Apa yang nak saya katakan di sini, mereka (mahasiswa Britain) tidak dihalang untuk menunjukkan warna sebenar parti masing-masing (dalam pilihanraya kampus), tidak seperti kita (di Malaysia),” jelasnya.

Bercakap dalam forum yang sama di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), Shazni Munir Mohd Ithin menjelaskan bahawa HEP di kebanyakan universiti langsung tidak mengambil pandangan mahasiswa sebelum melaksanakan sistem e-undi.

Tidak cukup dengan itu, beliau mendakwa, HEP telah menggunakan dana universiti untuk memenangkan calon proksi mereka, iaitu calon yang bertanding atas tiket pro-universiti atau Aspirasi.

Seperti di Universiti Malaya, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (Hepa) bukan sahaja tidak berani untuk berdepan dengan siri demontrasi mahasiswa, malah menolak suatu konsultan yang dicadangkan oleh mahasiswa untuk membuat pengabsahan ke atas sistem e-undi universiti.

Pun begitu, beliau berharap kerajaan Malaysia segera melaksanakan sistem e-undi dalam PRU ke-13 kelak, supaya seluruh rakyat pula bangkit mempersoal demokrasi di tanah air, sebagaimana mahasiswa mempersoal tindakan HEP meliwat demokrasi universiti.

-Harakahdaily.net-

Categories: Mahasiswa

Universiti Diliwat

Categories: Mahasiswa
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.