Isu UM : Syazni Munir sila tampil jernihkan nama PMIUM
Dengan kekalutan suasana di Universiti Malaya pada masa ini dengan isu penangkapan 2 Mahasiswa UM yang disyaki terlibat dengan kes contengan ‘anti-rosmah’ di Dewan Utama Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaya memberi impak dan tamparan yang hebat terhadap Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM). Ini berikutan, 2 mahasiswa yang ditahan pihak polis adalah ahli PMIUM dan ini sekaligus memberikan ‘contengan‘ dan gambaran yang buruk kepada PMIUM.
2 Mahasiswa ini belum lagi ditentukan kesalahannya di Mahkamah Syeksyen dan tidak bersalah selagi belum diputuskan tetapi pihak polis masih lagi mencari 3 orang lagi Mahasiswa termasuklah “KETUA PMIUM” itu sendiri. Sedang 2 orang mahasiswa di dalam kesusahan, ketua PMIUM ini hilang entah kemana tanpa berita.
“Saya ingin mencabar Syazni Munir agar tampil berhadapan dengan pihak Polis agar memberikan gambaran yang jelas kepada seluruh ahli PMIUM dan juga mahasiswa di seluruh UM bahawa PMIUM tidak terlibat dengan kes ini”
Tanpa penjelasan daripada Presiden PMIUM itu sendiri, ahli PMIUM dan mahasiswa seluruhnya akan menunding jari terhadap kepimpinan PMIUM dan persatuan ini seluruhnya kerana melakukan jenayah dan tindakan yang diluar batas Gerakan Mahasiswa.
Syazni Munir harus menunjukkan kejantanannya dalam menangapi isu besar ini bagi mengelakkan tohmahan dan tuduhan terhadap PMIUM. Biarlah undang-undang dan kehakiman yang menentukan siapa salah dan tidak perlu melarikan diri seperti ini.























Recent Comments