Archive

Archive for June, 2009

Tuan Aziz Calon BN DUN Manek Urai

Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, 14 Julai ini.

Pemilihan Tuan Aziz yang juga Pengurus Pemantauan dan Penyelarasan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), diumumkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin di hadapan kira-kira 5,000 penyokong BN di Pusat Operasi BN Manek Urai, Sungai Sok Luar di sini, jam 5.15 petang semalam.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Tuan Aziz dipilih berdasarkan kemampuan, pengalaman, kelulusan tinggi serta hubungan eratnya dengan masyarakat setempat, terutama sekitar Manek Urai yang selama ini didampingi selaku pegawai Kesedar.

calon BN

Categories: Politik

Fauzi calon PAS di Manek Urai

fauzi 2Seorang peniaga, Haji Mohd Fauzi Abdullah, 50 diumumkan sebagai calon PAS bagi mempertahankan Dun Manek Urai malam tadi. Pengisytiharan itu dibuat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat pada ceramah di Kampung Manek Urai Lama, yang sendat dengan ribuan manusia.

Hadir sama Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Kawasan padang bola Manek Urai Lama sesak sejak petang lagi apabila penduduk tempatan dan petugas parti bertali arus menuju ke tempat ceramah.

Ketika diumumkan nama calon tersebut, suara takbir sambut menyambut mengiringi pengisytiharan tersebut. Kelihatan ramai yang setuju dengan ketokohan yang ditampilkan. Biarpun Mohd Fauzi tinggal di Guchil, namun mempunyai keluarga yang ramai di Dun Manek Urai.

fauzi1


Categories: Politik

Universiti Malaya pantau virus H1NI dalam kampus

Berita dari UM :

Universiti Malaya kini memantau penularan virus Influenza A(H1N1) di kampusnya yang menempatkan lebih daripada 27,000 pelajar, termasuk 3,000 pelajar antarabangsa.

Naib Canselor UM Profesor Ghauth Jasmon berkata universiti itu akan memantau semua pelajar terutama penuntut dari negara berisiko tinggi seperti Amerika Syarikat, Kanada, Filipina, Australia, Mexico, New Zealand, Singapura dan Thailand.

Ia juga mewajibkan semua pelajar semester 1 bagi sesi pengajian tahun 2009/2010 mengisi Borang Deklarasi Kesihatan.

Selain itu, katanya UM turut menubuhkan Jawatankuasa Bertindak H1N1 bagi memantau dan menyediakan pelan tindakan yang berkenaan.

Klinik Kesihatan Pelajar dan Pusat Perubatan Universiti Malaya juga sentiasa diletakkan dalam keadaan bersedia bagi menerima kes H1N1, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Categories: Isu Semasa, Mahasiswa

Pakatan Rakyat Tolak “Kerajaan Perpaduan”

KENYATAAN AKHBAR MAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT

22 Jun 2009- Pendirian Pakatan Rakyat Berkenaan Isu Kerajaan Perpaduan

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini Isnin 22 Jun dan mengambil keputusan berikut:

1. Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang akan datang.

2. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO / Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat.

3. Pada masa yang sama Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Barisan Nasional bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi, meningkatkan kualiti pendidikan, mengembalikan semula integriti institusi kehakiman, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, skandal RM 12.5 bilion projek PKFZ, salahguna kuasa kepimpinan polis sementara kes jenayah semakin meningkat, membanteras rasuah dan menjana urustadbir yang baik, menjalankan pilihanraya yang bebas dan adil, membubarkan DUN Perak serta menjalankan pilihanraya dengan segera bagi menyelesaikan krisis rampasan kuasa negeri Perak.

YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
YB Dato’ Seri Abdul Hadi Awang
YB Lim Kit Siang

pc p kp1

Categories: Politik

11 Jenis Manusia Didoa Malaikat…

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”


2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

“Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”


3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”


4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”


5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

“Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”


6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”


7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

“Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. “Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”


9. Orang yang membelanjakan harta (infak).


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”


10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”


11. Orang yang sedang melawat orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”

Categories: Tazkirah

Status ke IPTA lepasan STPM, Matrikulasi diketahui hari ini

Status keputusan permohonan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi program pengajian lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Matrikulasi atau setaraf sesi akademik 2009/2010 boleh disemak hari ini.

Ketua Pengarah Pengajian Tinggi, Prof. Datuk Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi berkata, pelajar boleh membuat semakan itu menerusi laman web http://upu.mohe.gov.my, talian hotline 03-88835858 atau melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT diikuti nombor kad pengenalan dan hantar ke 15888.

Categories: Mahasiswa

Sambutan Hari Lahir ke-22 dan Perpisahan..

Assalamualaikum w.b.t

Salam Perjuangan buat semua teman-teman dan sahabat-sahabat.. Alhamdulillah dipanjangkan umur dan usia untuk IMG_1778menyambut tarikh lahir yang ke-22 (17/6/2009). Banyak suka duka dan kenangan sepanjang 21 tahun hidup di atas muka bumi Allah ini dan pengalaman mengajar segala-galanya tentang erti kehidupan.

Buat semua rakan-rakan yang menyampaikan salam ingatan sempena Hari Lahir, saya mengucapkan terima kasih banyak-banyak di atas tanda ingatan anda semua. Semoga kalian juga di Rahmati dan Dipanjangkan usia oleh Allah S.W.T..

Buat rakan-rakan Praktikal di Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), terima kasih banyak-banyak. Semoga anda semua mendapat kerja nanti dan buat Kak Nor, terima kasih atas kek yang paling best dan sedap..Harga pun boleh tahan jugak..hehe..Jumpa lagi jika ditakdirkan Tuhan..Maaf atas segalanya.

CIMG4244

IMG_1781



Categories: Personal