Archive

Archive for May, 2009

PKR Pertahan DUN Penanti

MANSOR OTHMAN / DUN PENANTITimbalan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Mansor Othman, 59, memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti dengan majoriti 5,558 undi. Beliau mendapat 6,052 undi.

3 calon bebas – Aminah Abdullah mendapat 392 undi, Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56). Kesemua mereka hilang wang deposit RM5,000.

Mansor Othman : 6052

Aminah Abdullah : 392

Khan Ari : 494

Kamarul Ramizu : 56


n12



Categories: Politik

SPM Hanya 10 Subjek Tahun Depan

MUHYIDDIN HAJI MOHD YASSINKerajaan telah menetapkan kaedah baru dalam proses penggredan SPM dengan menghadkan calon-calon SPM tahun hadapan hanya dibenarkan 10 subjek sahaja. Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan bahawa Kerajaan telah memututuskan perkara tersebut.

‘‘Kita akan mengehadkan 10 subjek sahaja untuk peperiksaan SPM pada tahun 2010 dan kementerian perlu membuat beberapa perubahan dalam penggredannya”

Beberapa perkara dinilai sebelum kaedah ini diputuskan antaranya ialah ;

  1. Memberikan impak positif dalam kaedah pengajaran guru di sekolah kerana mereka boleh menumpukan khusus kepada 10 subjek berkenaan sahaja
  2. Mengurangkan kos kepada ibu bapa yang terpaksa menghantar anak mengikuti kelas tuisyen kerana pengajaran dalam subjek pilihan tidak dibuat secara konsisten di sekolah

Tetapi, keputusan ini masih diperhalusi dengan melakukan kajian oleh sekelompok golongan akademik bagi melihat kerelevenan perkara ini dari segi kecemerlangan akademik pelajar dan penggredan skor A dalam sistem pembelajaran yang baru ini.

spm

Categories: Mahasiswa

9 sikap wanita yang disukai lelaki

1.    Keibuan

Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan,lembut,mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan anak baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.

2.    Keanak-anakkan

Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

3.    Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

4.    Menghargai
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai,dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuatlelaki berasa bangga.

5.    Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman,pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

6.    Pandai berbicara
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.

7.    Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru,wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

8.    Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

9.    Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona.

Categories: Tazkirah

Jangan Longlai Untuk Hadapi Pilihanraya Kampus Akan Datang

Semakin hari, mahasiswa semakin kurang aktif dalam aktiviti kampus kerana mereka berada di dalam keadaan ’senang’ dengan kemenangan yang telah dikecapi pada PRK yang lalu. Secara tidak sedar, perkara ini berlaku di setiap Kampus Perdana di Malaysia ini khususnya kampus yang masih ‘muda’ mengecapi kemenangan. Ini termasuklah Universiti Malaya yang sekian lama tidak dimenangi oleh Pro-M tetapi tahun lalu dengan usaha yang berterusan maka Allah S.W.T menganugerahkan kemenangan yang besar.

Tetapi, perlu diingat bahawa kemenangan itu bukan sekadar kemenangan untuk mendapat mandat daripada warga kampus tetapi mandat itu untuk pemimpin melaksanakan tanggungkawab sebagai wakil mahasiswa/i. Para pemimpin yang dipilih jangan leka dan alpa dan jangan pula masih berhibur dengan kemenangan kerana tersilap langkah dan perkiraan akan membawa padah dan tidak dapat mengekalkan kemenangan pada PRK akan datang. Ini adalah lumrah bagi sistem demokrasi. bilamana mahasiswa/i melihat pemimpin yang dipilih pada sesi kali ini tidak dapat membawa suatu perubahan yang besar berbanding kepimpinan yang dahulu, maka PRK Kampus akan datang kita dapat menyaksikan bahawa akan berlaku perubahan Kepimpinan yang baru!!!.

Pemimpin jangan leka dan longlai dengan situasi semasa tetapi perlu bekerja untuk Mahasiswa/i di dalam Kampus. Perlu memberi penekanan untuk Kebajikan Mahasiswa di dalam Kampus dan setelah itu barulah mengambil peduli isu-siu yang berlaku di luar kampus dalam konteks isu global dan semasa. Memang benar..Isu-isu tersebut amat penting dalam konteks kita sebagai Mahasiswa/i tetapi perlu disedari kini bahawa, Mahasiswa/i mengundi anda sebagai Pemimpin adalah untuk membawa “Perubahan” di dalam Kampus.

Awas!! Kerana pihak-pihak tersebut akan menggunakan segala macam isu untuk menggodam pemimpin yang sedia ada walaupun pada dasarnya isu tersebut hanya direka-reka untuk meraih simpati dan undi kepada mereka. Ini budaya biasa bagi golongan ini untuk merampas kuasa..Bila berkuasa mereka membuat semahu-mahunya. Pimpinan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya perlu sedar bahawa di kolej-kolej kediaman, yang memegang jawatan adalah keturunan mereka secara total. Jadi, segala isu yang berlaku di dalam kolej kediaman, hendak atau tidak akan mereka tutup kerana mana mungkin seorang yang berak di tengah jalan akan mengaku !!!

Di Kolej Kediaman lah tempat tinggal Mahasiswa/i dan hanya segelintir sahaja yang menetap di rumah-rumah sewa. Bilamana berlaku beberapa isu dan masalah, jika Pimpinan MPMUM tidak mengambil tindakan sewajarnya maka isu ini akan dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu untuk menggodam MPMUM dengan pelbagai tuduhan yang tidak waras lebih-lebih lagi pada musim PRK nanti.

MPMUM jangan leka dan longlai dengan isu-isu kecil yang berlaku dan jangan melenting bila dituduh tidak melakukan kerja, yang paling penting setiap masalah yang melibatkan Kebajikan Mahasiswa/i perku diatasi dengan seberapa segera kerana perkara itu telahmenjadi dasar di dalam manifesto PRK yang lepas. Jangan mengambil mudah perkara dan dengan sentimen Kebajikan Mahasiswa/i kerana sentimen inilah yang telah menukarkan ASPIRASI kepada PRO-M di Universiti Malaya pada PRK yang lepas.

Antara isu-isu yang perlu diambil berat ialah :

  1. Pembuangan Mahasiswa/i di Kolej Kediaman

  2. Yuran Pengajian Semester Mahasiswa/i di UM

  3. Yuran Kolej Kediaman yang agak mahal

  4. Kebajikan Mahasiswa/i Luar Kampus

  5. Perkhidmatan Shutter Bas di UM

Inilah di antara isu-isu besar yang perlu digarap oleh kepimpinan MPMUM yang sedia ada ini agar menjadi tonggak kepada slogan Hope And Change yang dicanang-canang sewaktu PRK dahulu. Kotakan janji anda sebelum anda diubah kepada kepimpinan yang lain kerana belum tentu kepimpinan yang diubah nanti lebih baik daripada kepimpinan yang sedia ada ini. Kita tidak mahu pemimpin yang memegang jawatan hanya tahu menjaga kedudukan diri sendiri sahaja dengan pihak pentadbiran tetapi masalah-masalah yang dihadapi oleh Mahasiswa/i hanya sekadar Melepas Bantut di Tangga dan jangan sesekali menjadi pemimpin yang hanya pandai Memagar diri Bagai Aur.

Categories: Mahasiswa

Banyak kesan negatif penyiaran filem seram

ustazharondinBersama Dato’ Tuan Guru Haron Din

SOALAN: Akhir-akhir ini, siaran televisyen, banyak menyiarkan filem atau drama yang menyeramkan seperti Susuk, Rafik, Puaka Nian, Jangan Pandang Belakang, Pontianak Harum Sundal Malam dan The Seekers. Apakah filem-filem ini membawa kebaikan kepada masyarakat umum, terutama sekali kanak-kanak? Mohon pandangan Dato’.

bgkeliwon1 Read more…

Categories: Isu Semasa, Tazkirah

Cinta Luar Biasa!!!

Cinta luar biasa..

Cinta seorang kekasih kpd umatnya

Hingga pd hembusan nafasnya yg terakhir

Lidah Rasulullah menuturkan tanpa henti

Ummati.. ummati.. ummati..

Cinta luar biasa..

Kisah cinta Handzalah

Meninggalkan isteri di malam pernikahan

Lantaran menyahut seruan jihad

Akhirnya syahid di medan perjuangan

Cinta luar biasa..

Seteguh kasih Khadijah

Tak pernah jemu memberikan sokongan

Rela mengorbankan segala kemewahan

Di saat Rasulullah dan Islam dipinggirkan

Cinta luar biasa..

Kisah kesetiaan Abu Bakar

Kasih seorang sahabat yg tiada tandingan

Insan yg sentiasa membenarkan

Sewaktu kata-kata Rasulullah dipersendakan

Cinta luar biasa..

Kisah ketabahan Hajar

Ditinggalkan di tanah yg gersang bersama Ismail

Bukti kasih seorang ibu yg berlarian mencari air

Tatkala mendengar tangisan si anak kecil

Cinta luar biasa..

Umpama keberanian Ali

Di malam penghijrahan Nabi

Menggantikan Rasulullah di tempat tidurnya

Walaupun jiwa menjadi taruhan

Cinta luar biasa..

Cinta Asiah, Masyitah dan Sumayyah

Menggadaikan nyawa demi mempertahankan

aqidah

Iman di dada tak sedikit pun goyah

Kerana keyakinan yg teguh atas segala janjiNya

Kisah cinta luar biasa..

Insan pilihan yg berada di atas jalanNya

Betapa tulusnya kasih, teguhnya jiwa

Redha dan sabar menempuh segala ujian

Merekalah insan yg memahami erti kemanisan

iman

Mampukah diri ini meraih cinta luar biasa..??

Ya Tuhan kami.. Beri keampunan kpd kami dan

saudara2 kami yg tlh beriman lbh dahulu dr kami,

dan jgnlah Engkau membiarkan perasaan hasad

dlm hati kami terhadap org2 yg beriman.. Ya

Tuhan kami.. Sesungguhnya Engkau Maha

Penyantun lagi Maha Penyayang.. (al-Hasyr: 10)

Categories: Tazkirah

4 Penjuru di Penanti

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti 31 Mei ini menyaksikan pertandingan empat penjuru dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berdepan tiga calon Bebas.

penanti2Calon PKR, Mansor Othman, 59, dicabar calon Bebas, Aminah Abdullah, 56; Nai-Khan Ari, 41; dan Kamarul Ramizu Idris, 42.  Pencalonan bagi seorang lagi calon Bebas, Mohd Saberi Othman, 49, bagaimanapun ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Pilihan raya kecil itu diadakan selepas penyandangnya Mohammad Fairus Khairuddin mengosongkan kerusi itu dengan alasan mahu melanjutkan pengajian ke peringkat pasca ijazah.

DUN Penanti mempunyai 15,384 pemilih berdaftar – 72.68 peratus daripadanya pengundi Melayu, 24.22 peratus Cina, 2.39 peratus India dan 0.71 peratus lain-lain bangsa.

calon penanti

Categories: Politik