Archive

Archive for April, 2009

Teruskan Perjuangan…

Setiap Pertemuan..

Akan Berakhir dengan Perpisahan..

Peperiksaan sudah mula hendak melabuhkan tirai.. Masing-masing sudah mula mengemas barang untuk berkemas pulang ke kampung-kampung halaman masing-masing. Bagi mereka yang akan meninggalkan UM yang dicintai ini, terasa di hatinya sangat sayu hendak meninggalkan kawan-kawan seperjuangan. Tetapi, apakan daya..Setiap pertemuan itu mesti ada perpisahannya.

Dalam banyak-banyak kenangan, kenangan bersama rakan-rakan seperjuangan adalah kenangan yang amat manis dan sukar untuk dilupakan..Hendak meninggalkan rakan-rakan itulah yang paling sayu dan sedih kerana masing-masing akan pergi membawa haluan masing-masing.Mungkin sukar hendak bertemu lagi..Mungkin sukar juga untuk berhubung lagi.

Di kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua senior-senior saya sepanjang dalam perkenalan kita ini banyak melakukan kesalahan dan kesilapan. Saya mengucapkan selamat berjuang di dalam lapangan masing-masing. Semoga di mana sahaja anda berada, kalian berada dalam Kerahmatan Allah S.W.T dan berjaya di alam pekerjaan nanti.

Moga kita semua akan berjumpa lagi di suatu masa nanti. InsyaAllah..

rakan


Categories: Personal

-Dari Sahabat Sejati Kepada Sahabat Sejati-

Doa untuk sahabat…
Segala puja dan puji itu hanya milikmu wahai Tuhan penentu segala takdir. Selawat dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman, Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabatnya yang umpama bintang-bintang bergemerlapan.

Ya Allah…
Dalam perjalanan kehidupan ini telah Engkau jadikan bagiku seorang teman. Sedangkan ia adalah diluar jangkaan dan sangkaan hambaMu ini. Aku tetapkan baginya satu peraturan yang hanya Allah yang akan menentukan segalanya.

Ya Allah…
Dalam kekalutan begini, dia pergi menyendiri dan hanyalah dititipkan suatu pesanan buatku. Dimanakah salahku wahai Tuhan dan tunjukkanlah dimana silapku. Jangan Engkau biarkan aku begini tanpa diketahui apakah kesalahan yang telah aku lakukan terhadapnya.

Ya Allah…
Walau apa pun takdirMu keatasku, maka disaat ini aku tahu dia perlukan pertolongan. Oleh itu wahai Tuhan, aku dengan penuh rasa kehambaan yang penuh kehinaan memohon padaMu bagi pihaknya, kerana dia adalah sahabatku yang sejati.

Ya Allah…
Ampunilah daku dan sahabatku dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang.

Ya Allah…
Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan. Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya. Tiada suatu dukanya melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya. Tiada suatu hutangnya melainkan telah Engkau bayarkannya. Tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkannya. Tiada suatu hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah Engkau redhai dan tepat untuknya melainkan telah Engkau tunaikan segalanya baginya wahai Tuhan yang Maha Penyayang.

Ya Allah…
Lindunglah sahabatku dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu dan mendadaknya seksaMu dan berbagai macam murkaMu.

Ya Allah…
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu tabahkanlah dia dalam menghadapi segala urusan dan kekuatan dalam menerima petunjukMu.

Ya Allah…
Kurniakanlah kepadanya jiwa ketaqwaan dan sucikanlah. Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya.

Ya Allah…
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu bagi pihaknya dengan sabaik-baik permintaan, sebaik-baik permohonannya, sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya. Tetapkanlah untuknya, beratkanlah timbangan kebaikannya. Mantapkanlah imannya, tingkatkanlah darjatnya, terimalah solatnya dan ampunkanlah dosa-dosanya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu tingkat yang tinggi di syurga. Ya Allah perkenankanlah permohonanku.

Ya Allah…
Sungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku perlihatkan, maka ampunkanlah kealpaan dan kelalaiannya. Dan Engkau mengetahui segala hajatnya, maka kabulkanlah permohonannya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu keimanan yang selalu mendampingi hatinya, dan keyakinan yang kuat sehingga dia mengerti bahawasanya tidak akan menimpa dirinya kecuali apa yang telah Engkau tentukan baginya dan bahawasanya apa sahaja yang telah menimpa dirinya bukanlah semata-mata yang meluputkannya. Dan apa sahaja yang telah meluputkannya bukanlah yang semata-mata menimpa dirinya.

Ya Allah…
Aku bermohon baginya kepadaMu iman yang dia buat cari kebenaran. Cahaya yang dia jadikan ikutan dan rezeki yang dirinya cukupkan. Ya Allah…jadikanlah dia cinta kepadaMu dengan hatinya seluruhnya dan rela kepadaMu dengan segala kemampuan dirinya seluruhnya. Ya Allah… jadikanlah cintanya seluruhnya hanya kepadaMu dan amal perbuatannya seluruhnya hanyalah untuk mencari keredhaanMu.

Ya Allah…
Apa sahaja yang Engkau jauhkan darinya dari hal-hal yang dia cintai, jadikanlah hal itu sebagai penguat untuknya mencintai apa yang Engkau cintai dan jadikanlah cintanya kepadaMu sebagaimana Engkau mencintai.

Ya Allah…
Cukuplah diriMu bagiku, tiada Tuhan selain Engkau. Hanya kepadaMu aku bertawakal. Dan Engkaulah Tuhan yang memiliki arasy yang agong.

-Dari Sahabat Sejati Kepada Sahabat Sejati-

Categories: Personal

“Satu Penerbangan”…


Ukhwah Bertaut

Senyuman Mengurai

Ikhlas Nawaitu

Jalinan Persahabatan


SATU PENERBANGAN…

Bila kita akan berangkat dari alam ini (Dunia) ianya ibarat

penerbangan ke sebuah negara lain iaitu – Kubur dan Akhirat.


Di mana maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang


Brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith.

-Di mana penerbangan bukannya melalui Air Asia atau

AirJordan, tetapi Al-Jenazah.

-Di mana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi

amalan yang tiada caj lebihan berat, atau tiada caj lebihan

berat ianya atas kesudianPencipta kita.

-Di mana bajunya bukan Pierre Cardin, Dunhill atau setaraf

dengannya tetapi kain putih kotton.

-Di mana pewanginya bukan Channel atau Paco Rebone, tetapi

air mawar dan cendana.

-Di mana pasport kita bukan Malaysia, British atau American,

tetapi Al-Islam.

-Di mana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi

‘Lailaillah’.

-Di mana pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail dan

lain-lain.

-Di mana layananya dalamnya bukan lagi kelas business atau

ekonomi, tetapi sekadar kain yang diwangikan.

-Di mana destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow

Airport atau Jeddah International, tetapi tanah perkuburan.

-Di mana ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan

permaidani, tetapi bilik 6 kaki dalam gelap gelita.

-Di mana pegawai imegresen bukanlah pihak Kastam, tetapi

adalah Munkar dan Nakir. Mereka hanya memeriksa

samada kita layak ke destinasi yang diidamkan bukan

Disneyland, Paris atau London tetapi samada Syurga atau

Neraka.

-Di mana tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan

-Di mana lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh.

-Di mana destinasi terakhir samada Syurga yang mengalir

sungai di bawahnya atau Neraka Jahannam.

-Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya.. Ianya percuma,

jadi simpanan (savings) anda tidak akan dihabiskan

-Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak perlu

bimbang. Sebarang sajian tidak akan disediakan, oleh itu

tak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haram makanan

-Jangan risaukan delays, penerbangan ini sentiasa tepat

waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya.

-Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda

telah hilang selera bersuka-ria.

-Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah

sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu anda lagi.

Ya! Berita Baik!!

Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda. Anda

adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini Oleh itu

bergembiralah selagi boleh! Dan sekiranya anda boleh!

Hanya ingat!! Penerbangan ini datang tanpa

‘amaran’ Cuma perlu ingat! Nama anda telah

ditempah untuk penerbangan

ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT???


Categories: Tazkirah

Semakan Panggilan Temuduga Kursus Perguruan Lepasan SPM Ambilan Julai 2009

banner

SEMAKAN BOLEH DIBUAT MELALUI LAMAN WEB DI BAWAH :

http://apps.emoe.gov.my/kplspm/tdugapismp/

Categories: Mahasiswa

AL-QUR’AN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT

alquranAbu Umamah r.a. berkata : “Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur’an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur’an.” Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur’an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya.”

Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, “Kenalkah kamu kepadaku?” Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : “Siapakah kamu?”


Maka berkata Al-Qur’an : “Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari.”


Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur’an itu : “Adakah kamu Al-Qur’an?”. Lalu Al-Qur’an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.


Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : “Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?”


Lalu dijawab : “Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur’an.”

quran

Categories: Tazkirah

Kem Paling Happening..Touching & Feeling..

Tepuk..Tepuk..Tepuk..Semangat!!!

Itu lah salah satu aktiviti pembakar semangat adik-adik di dalam kem yang saya ikuti pada 25-26 April yang lalu. Memang cukup meriah dan kadangkala membuatkan hati ini tersentuh dengan modul yang disediakan lebih-lebih lagi tentang Ibu Bapa yang tersayang. Bergelinang air mata membasahi pipi bilamana Ayah dan Emak menjadi taruhan. Begitu besar pengorbanan emak dan ayah..Begitu hebat Insan yang bergelar Ibu Bapa.

Kem ini diadakan di SRA Hidayatul Mustaqimah,Jinjang Utara,Kepong, Kuala Lumpur. Sebuah sekolah yang bertaraf Agama Rakyat. Murid-murid yang mengikuti kem ini daripada darjah 5 dan 6. Pelbagai aktiviti yang membina untuk menyedarkan adik-adik ini betapa pentingnya Ibu Bapa, Keluarga, Guru-guru dan Kawan-kawan. Dengan kelincihan di usia muda mereka, mereka masih lagi dalam keadaan tawa hilai dan tidak mengerti apa itu Kejayaan!!!

Paling terusik hati ku bilamana pada hari akhir program, apabila diumumkan seorang Anak Solehah iaitu adik Syakila, menitis air mata ini melihatnya kerana betapa kesungguhannya dalam menjalani aktiviti ini tetapi hati ini juga tersentuh kerana Ibu Bapanya tidak hadir untuk memberikan Hadiah Anak Solehah sendiri kepadanya. Di mana emak dan ayah bilamana anak memerlukan perhatian??..Tangisannya membuatkan ku sedar bahawa, sejahat-jahat atau senakal mana pun anak-anak, Ibu bapa perlu membimbing dan memberikan perhatian yang sewjarnya kerana kita tidak tahu bila anak-anak akan berubah!!

cimg18622 cimg1863

cimg1864 cimg1868

cimg1876cimg1871

cimg1879cimg1888


Categories: Personal

Iran beri amaran kepada Israel

nuklear-iranbushehr

Televisyen Iran hari ini melaporkan Speaker Parlimen negara itu, Ali Larijani, sebagai memberi amaran kepada Israel supaya tidak bertindak menyerang kemudahan nuklear negara itu.

“Iran akan bertindak balas secara yang mereka tidak akan lagi dapat tidur nyenyak,” Ali Larijani dipetik sebagai berkata.

Larijani membuat kenyataan itu pada mesyuarat pendakwa raya kanan negara Islam yang mencari jalan untuk menangkap dan mendakwa pemimpin Israel atas jenayah perang semasa serangan terhadap Gaza awal tahun ini.

Minggu lalu, Presiden Israel, Shimon Peres, menolak kemungkinan Israel merancang serangan terhadap kemudahan nuklear Iran.

war

Categories: Isu Semasa