Archive

Archive for February, 2009

Roadshow MPMUM di Kolej 10

cimg1606

Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) bagi sesi 2008/2009 telah melakukan sesi jelajah di seluruh Kolej-kolej Kediaman bagi memperkenalkan Ahli-ahli Majlis Tertinggi dan Exco-exco yang memegang tampuk pemerintahan bagi sesi kali ini. Pada 25/2/2009 (Rabu), MPMUM telah tiba ke Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi (Kolej 10) bagi mendengar luahan dan masalah yang dihadapi oleh Mahasiswa dan Mahasiswi khususnya di Kolej 10 ini.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Universiti Malaya dan seterusnya Ucapan daripada YDP MPMUM sesi 2008/2009, sdr. Ridzuan Bin Mohammad yang juga bekas penghuni Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi ini. Majlis cimg1612tersebut diteruskan dengan sesi dialog bersama pimpinan MPMUM yang menyebabkan ‘kehangatan’ majlis mulai terasa dengan komen, kritikan dan juga luahan hati penghuni-penghuni kolej rentetan daripada beberapa isu dan masalah yang berlaku di dalam kolej ini.

Setiap ketidakpuashatian penghuni kolej telah diluahkan dengan rasa penuh profesional dan ini memperlihatkan kepada seluruh Kepimpinan MPMUM dan juga JTK bahawa Mahasiswa/i Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi berani menyuarakan segala permasalahan yang berlaku di dalam kolej ini. Antara isu atau masalah yang diutarakan untuk mendapat pemerhatian daripada Pihak MPMUM ialah;

1) Isu Internet

2) Isu Polisterin

3) Masalah ASTRO

4) Kafe

5) Pengangkutan Bas yang tidak mengikut jadual

6) Permasalah Klinik Kesihatan Pelajar

7) Lelaki memasuki blok perempuan(Spotcheck)

Selain itu, terdapat juga masalah-masalah yang berbangkit antaranya tentang ketiadaan penyediaan air bagi peserta SUKMUM, barang rampasan, MGS dan sebagainya. Isu-isu ini merangkumi ruang lingkup tugasan JTK di peringkat kolej sahaja tetapi mahasiswa/i tetap menyatakan hak masing-masing terus kepada Pihak MPMUM agar permasalahan ini dapat dipantau dengan baik.

Rintihan dan luahan rasa setiap penghuni kolej perlulah diambil iktibar secara serius oleh pihak berwajib kerana sudah cimg1636menjadi tugas, amanah dan tanggungjawab untuk membantu dan menyelesaikan segala permasalahan secara bijaksana demi kebajikan semua Mahsiswa/i khususnya.

Diharapkan segala permasalahan dan isu yang berbangkit dapat diselesaikan oleh pihak berwajib dengan memberikan keselesaan dan mengutamakan kebajikan setiap penghuni kolej dan itu sahajalah yang dipohon oleh setiap penghuni kolej agar mendapat pembelaan sewajarnya selama mana menginap di kolej yang tercinta ini.

cimg1633cimg1655

cimg1596cimg1599

cimg1630cimg1658

Categories: Mahasiswa

Nilai-Nilai Kepimpinan Islam yang Unggul

“Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.” (Kata hikmah Khalifah Abdul Malik bin Marwan)

Di sini, kita mendapat beberapa pengajaran..

1) Merendah diri ketika berkedudukan tinggi

2) Memiliki sikap pemaaf saat mampu membalas dendam

3) Bersikap adil ketika kuat dan berkuasa

Sebenarnya, ketiga-tiga nilai dan adab kesopanan seseorang penguasa ini sangatlah sukar untuk dilaksanakan. Ketiga-tiga nilai itu adalah merendah diri, pemaaf dan adil.

Merendah diri pada kedudukan tinggi

Mari kita teliti bersama. Pada ketika seseorang penguasa itu berada pada kedudukan yang sangat tinggi, mudahkah dia merendah diri?

Mungkin ada yang masih dapat merendah diri, tapi tak ramai penguasa yang boleh dengar pandangan orang ketika mereka sudah berada di puncak kekuasaan. Rata-ratanya, mereka melihat pandangan orang bawahan itu bagaikan sampah.

Turun padang tidak menggambarkan sikap merendah diri. Pada zaman ini, politikus hebat berlakon. Penguasa turun padang, beramah mesra dan berjabat tangan dengan rakyat. Hal ini masih belum menunjukkan mereka merendah diri.

Merendah diri itu bukanlah dengan jalan tunduk, terbongkok-bongkok di hadapan tetamu, bersuara lembut dan lunak kepada khalayak. Tetapi, ia dinilai dalam mesyuarat dan syura antara komuniti masyarakatnya. Adakah mereka boleh dengar pendapat bawahan?

Jadi, jalan turun padang, bersalaman dengan orang-ramai seperti yang ditunjukkan dalam tv itu bukan kayu ukur yang kuat, untuk mengesahkan sikap, af’al merendah diri.

Memaafkan musuh ketika berdaya membalas

Sikap kedua ialah, memaafkan musuh ketika berkuasa. Jika hal ini terlaksana, rakyat kita pasti bertambah lega dan aman. Ini kerana, telah wujud kecenderungan di pihak penguasa untuk menghukum rakyat apabila mereka tidak dipilih oleh rakyat.

Dalam mana-mana keadaan, kita dapat melihat bahawa kebanyakan penguasa berdendam dengan rakyatnya. Dan dengan sebab itulah rakyat jadi berdendam dengan penguasa.

Tidak dapat tidak, kita mesti mengakui bahawa sahabat-sahabat nabilah antara yang amat baik dijadikan contoh teladan dalam hal ini. Saidina Ali k.w misalnya pernah dalam suatu peperangan, beliau hampir membunuh seorang Yahudi.

Demi melihat Yahudi itu meludah ke arah wajahnya, maka Ali tak jadi membunuh. Maka hal itu tentu sahaja membenihkan pertanyaan dalam dadanya.

“Apa yang menyebabkan engkau tidak jadi membunuhku?” tanya lelaki itu.

Maka, jawab Ali, “Kami diperintahkan berperang di jalan Allah. Tapi, saat kau meludahi wajahku, aku khuatir membunuhmu kerana dendam dan bukan kerana Allah.”

Terpesona dengan perawakan dan kejernihan hati si sahabat yang dibina peribadinya oleh madrasah Rasulullah itu, maka si Yahudi pun mula lembut hatinya memeluk Islam.

Sebelum dilantik sebagai khalifah, Sayyidina Ali k.w telah menunjukkan sifat mulia, iaitu memaafkan musuhnya ketika beliau terdaya membalasnya.

Ternyata, ada riwayat gelap dalam sejarah Islam menjelang berlakunya bertukaran antara Bani Umaiyyah dan Bani Abbasiyyah. Habis kawasan perkuburan khalifah-khalifah Bani Umaiyyah dimusnahkan setelah Bani Abbasiyyah berkuasa.

Antara yang terselamat dalam gempuran itu ialah kubur Umar Abdul Aziz. Oleh kerana pemerintahannya adil, maka golongan Abbasiah menghormatinya selepas kematiannya. Ternyata, ketika berkuasa memang sulit menahan diri daripada membalas dendam.

Bersikap adil ketika kuat dan berkuasa

Sikap ketiga ialah adil ketika kuat dalam menjalankan pemerintahan. Dalam contoh yang terjadi dalam negara kita ialah bentuk hubungan kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Jadi, oleh kerana perbezaan politik, kerajaan pusat lazimnya tidak dapat berlaku adil.

Apatah lagi, jika hal itu melibatkan wang, agihan ekonomi yang sepatutnya diterima oleh negeri yang diperintah pihak parti alternatif. Mereka masih lagi sukar mendapatkan wang peruntukan daripada kerajaan pusat.

Sebaliknya, kerajaan negeri cuba memberikan peruntukan ke atas wakil rakyat kerajaan pusat, namun hal itu ditolak oleh mereka dengan alasan yang bukan-bukan.

Kita tak perlu meninjau sikap para pemimpin terdahulu untuk muhasabah, cukup melalui apa sahaja contoh yang terbentang di depan mata kita. Kita tidak perlu beramal dengan isi al-Qur’an secara keseluruhan untuk menjadi pemimpin yang terbaik.

Moga-moga kita menjadi sebahagian daripada pemimpin-pemimpin yang mempunyai ciri-ciri yang disebutkan di atas dan menjauhi kepada sikap dan perilaku pemimpin yang zalim, jahat dan tidak adil ke atas orang yang dipimpinnya.Waallahualam..

Categories: Tazkirah

Isu Internet Kolej 10

wan2i1Saya tidak mahu membangkitkan sentimen perpecahan di dalam Kolej 10 yang disayangi ini tetapi saya menyedari hakikat keseluruhan Penghuni-Penghuni Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi yang ketika ini hanya menunggu masa dan saat untuk ditamatkan perkhidmatan internet..

Jika dilihat kepada komen-komen yang ditulis di dalam suatu laman blog oleh ADMIN iaitu ( http://202.185.69.150/admin/?p=20 ) ini menunjukkan bahawa para penghuni tidak bersetuju dengan tindakan untuk menamatkan Perkhidmatan Internet yang selama ini menjadi suatu ‘keistimewaan’ kepada para Penghuni di Kolej 10 ini. Memang saya akui dan menyedari bahawa terdapat komen-komen yang ‘melampau’ dengan kritikan yang ‘pedas’ terhadap Pihak Pentadbiran Kolej dan juga kedapatan komen yang juga ditujukan kepada Pihak JTK Kolej 10 dan tempiasnya juga terasa kepada MPMUM yang dipelopori oleh Pro-M.

Persoalan sekarang adalah Kebajikan Para Penghuni dan semua komen-komen itu adalah luahan hati Penghuni Kolej dan Internet ini bukan sahaja penting kepada semua bahkan di dalam proses pembelajaran pada masa kini  pun menggunakan internet seperti e-learning. Saya menyeru kepada Pihak Pentadbiran Kolej untuk mengkaji kembali keputusan Penamatan Perkhidmatan Kolej ini dan jika sekiranya Pihak Pentadbiran Kolej tetap dengan keputusan tersebut, saya memohon agar mencari jalan alternatif yang lain sebagai langkah agar Internet di Kolej 10 ini terus dapat digunakan dan menjamin kebajikan Para Penghuni terus terbela pada masa kini dan seterusnya.

Mohd Ridzuan Bin Othman


Categories: Mahasiswa, Personal

UntukMu Mujahidah Solehah…

Sebuah Pertemuan

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

mujahidahsolehahwzd51

Categories: Personal

PPSMI Perlu Dikaji Semula..

ppsmiRamai yang menyuarakan pendangan dan pendapat tentang Sains dan Matematik yang diajar di dalam Bahasa Inggeris dan menyuarakan agar Proses Pembelajaran bagi kedua-dua matapelajaran ini diajar kembali di dalam Bahasa Ibunda iaitu Bahasa Melayu. Bagi saya, saya tidak menafikan betapa pentingnya penggunaan Bahasa Inggeris itu di dalam proses pembelajaran pada masa kini bagi memangkin kecerdikan pelajar-pelajar di Malaysia setanding dengan pelajar-pelajar di negara yang maju khususnya.

Tetapi, sudah tiba masanya agar Kerajaan menyemak semula sistem dan proses ini adakah pembelajaran di dalam Bahasa Inggeris ini mampu meningkatkan kecekapan prestasi anak-anak melayu kita khususnya di dalam kedua-dua matapelajaran ini yang amat penting pada abad ini. Ramai yang mempersoalkan kewajaran Kerajaan meneruskan lagi PPSMI ini dari segi Perlembagaan Persekutuan dan akta Pendidikan tetapi bila menjadi Kerajaan sudah semestinya mengetahui dengan lebih arif tentang Peruntukan-peruntukan yang telah terangkum di dalam perlembagaan Persekutuan dan juga Akta Pendidikan Malaysia.

Sewajarnya, pihak-pihak yang tidak berpuas hati mengenai PPSMI ini membuat suatu ‘action’ di dalam perkara ini kerana dasar pembelajaran ini bukan sahaja akan meruntuhkan anak-anak bangsa kita sendiri bilamana kedapatan anak-anak bangsa melayu khususnya tidak dapat memahami dengan cekap penggunaan Bahasa Inggeris apatah lagi untuk menyelesaikan suatu permasalahan di dalam Matematik dan Sains di dalam Bahasa Inggeris. Ini ibarat ‘Sudah Jatuh Ditimpa Tangga’.

Kita tidak mempertikai dasar Kerajaan kerana di sana mungkin terdapat suatu misi dan visi daripada pihak Kerajaan untuk menaiktarafkan sistem pembelajaran di Malaysia agar setanding dengan negara maju yang lain tetapi kita perlu menyedari hakikat bahawa perlu diperkemaskan komunikasi dan pembelajaran di dalam subjek  Bahasa Inggeris terlebih dahulu sebelum menerapkan Bahasa Inggeris di dalam matapelajaran yang lain.

Bagi pihak-pihak yang ingin menyatakan perasaan tidak berpuas hati dengan sistem PPSMI ini dengan cara ppsmi2berdemonstrasi, saya menyatakan pendirian di sini agar menggunakan cara-cara dan kaedah yang ’sopan’ terlebih dahulu untuk memberikan ‘action’ terhadap isu ini. Janganlah mengikut kata hati dengan melakukan sesuatu yang diluar batas kita sendiri. Saya yakin dan percaya, memorandum bantahan telah pun dihantar kepada Menteri Pelajaran di Parlimen dan saya merasakan tindakan selepas ini adalah mengadakan dialog secara terbuka mengenai isu ini. Cara ini lebih elok jika diibaratkan dengan demonstrasi jalanan yang ingin diadakan kerana cara ini(dialog) adalah lebih profesional.

Hari ini juga (Rabu), para Ahli Parlimen telah memperdebatkan isu ini di Sidang Parlimen bagi penggal yang baru ini.Ini adalah tanggungawab mereka dalam menyelami dan membangkitkan masalah-masalah rakyat tidak kira di dalam isu politik, pendidikan dan apatah lagi dalam soal kebajikan.

Saya juga menyeru agar kepimpinan Mahasiswa di seluruh peringkat agar menyatakan pendirian masing-masing berkenaan dengan isu PPSMI ini dan melakukan ‘action’ dan reaksi anda selaku Kepimpinan Mahasiswa di seluruh negara dan jangan sesekali menyatakan sikap “tunggu dan lihat” sahaja. Sudah sampai masanya Mahasiswa perlu berani dan menyatakan pendirian berkenaan dengan isu-isu yang berlaku di dalam negara yang kita cintai ini lebih-lebih lagi berkenaan masa depan anak-anak bangsa yang juga adik-adik kita.


Categories: Isu Semasa, Mahasiswa

DiNikahi Wanita itu….

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.”

Hadith ini telah diriwayatkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim dalam kitab sahih mereka serta imam hadis yang lain.

Ada empat nilai dan ciri wanita yang dipilih untuk dijadikan pasangan jodoh bagi lelaki. Meninjau hadis ini, terpantul beberapa pertanyaan di fikiran kita. Antaranya, apakah kaum wanita tidak berhak membuat pilihan yang sama .Sedangkan al-Quran meletakkan kedudukan lelaki dan wanita itu sama. Dan, beza fizikal serta mental antara mereka itulah yang menyebabkan wujudnya beberapa perbezaan, cara syariat antara mereka. bekas_cincin

Timbul persoalan.. apakah wanita tidak memiliki hak yang sama untuk memilih pasangan mereka berdasarkan keempat-empat ciri itu? Contohnya, mereka sendiri berhak memilih lelaki yang berharta, berketurunan baik, kacak dan taat beragama. Maka, jawapannya..wanita sendiri juga berhak menentukan pilihan jodoh masing-masing kerana daripada segi hak, mereka mempunyai jiwa, perasaan dan citarasa yang sama juga seperti kaum lelaki.

Berharta

Syor supaya menikahi wanita berharta ini, jika tidak ditafsirkan dengan betul-betul akan menyebabkan orang menganggap bahawa lelaki yang tidak berharta (miskin) digalakkan menikahi wanita hartawan. Ini menyebabkan lelaki disifatkan sebagai pengikis harta! Demikian juga, jika dikatakan, bahawa wanita itu digalakkan untuk menikahi lelaki cincin-kahwin-2yang berharta, kelak wanita itu digelar sebagai perempuan yang mengejar kebendaan pula.

Sementara itu, bukankah janda-janda, balu-balu miskin yang tak terbela digalakkan untuk dinikahi untuk membela nasib mereka? Maka, di sini sudah ada percanggahan sikap dan nilai yang dianjurkan oleh Islam itu. Jadi, apakah tafsiran yang mungkin sesuai ke atas syor Rasulullah ketika menggalakkan lelaki memiliki wanita yang berharta itu?

Atau, apakah tafsiran yang sesuai berhubung galakan dan anjuran supaya wanita memilih kaum Adam yang berharta itu? Mungkin, tafsiran yang sesuai adalah baik lelaki dan wanita itu perlu mencari pasangan yang tahu mengendalikan harta, membina harta kekayaan dan bukan hanya semata-mata berharta sebelum menjalani kehidupan berumahtangga.

Keturunannya


Adapun keturunan ini pula bukanlah diperhitungkan daripada segi kasta, kebangsawanan, kedudukannya dalam masyarakat. Ia tentulah diperhitungkan daripada segi nasab turunan seseorang yang tidak bercampur dengan penzinaan.

Apa ertinya.. memilih seorang lelaki dan wanita daripada keturunan yang bangsawan tapi mengalir di dalam tubuhnya darah seorang penzina. Timbul pertanyaan lagi. Adakah jika wanita atau lelaki penzina itu telah bertaubat, maka mereka boleh dinikahi?

Maka, dalam hal ini, sekiranya benar-benar terdapat kesan-kesan taubat itu. Dan nikah itu dapat mengelakkan lelaki dan wanita penzina tadi daripada terus berzina maka boleh juga dipertimbangkan untuk menikahi mereka.

Kecantikannya


Kecantikan wanita atau kekacakan seorang pemuda bersifat subjektif. Seseorang melihat wanita yang kurang cantik, mungkin cantik dalam pandangan lelaki lain. Demikian juga seorang lelaki yang kurang kacak dalam pandangan seseorang wanita, mungkin kelihatan kacak dalam pandangan wanita lain.

Maka, memilih yang cantik itu sememangnya naluri semulajadi manusia. Islam itu adalah agama fitrah. Manusia itu, sama ada lelaki atau perempuan, memang sukakan kecantikan. Dan, hal ini tidaklah menyalahi kemanusiaan. Ada orang melihat kecantikan akhlak, tutur bicara dan sikap akhlak seseorang. Semua ini adalah daya penarik yang akan mengeratkan hubungan kedua-dua pasangan itu.

Agama


Akhirnya nilai agama itulah yang paling penting sekali dan terutama dalam pemilih calon pasangan itu. Tanpa agama, muslimahkeluarga yang dibina akan hilang pedoman.

Agama pula bukan dilihat semata-mata pada ketinggian ilmu pengajian agama di institusi pengajian tinggi agama. Seseorang yang beragama itu memadailah dilihat daripada sikap mereka yang cuba mengelakkan diri daripada terjebak ke dalam kancah jenayah.

Mereka yang terjebak dalam disa-dosa kecil tidaklah boleh dianggap sebagai orang yang tidak beragama. Ini kerana, tiada manusia yang terbebas daripada silap dan salah. Memadailah kita sebutkan di sini bahawa orang yang beragama itu adalah mereka yang berdosa dan sentiasa memperbaharui taubatnya.


Madah Untuk Wanita Solehah

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya ,
Kemanisan wanita solehah ,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu ,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu ,

Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah ,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran ,
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
Kerna ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu ,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya ,
Bersyukurlah diatas apa yang ada .
Serta berusaha demi keluarga ,bangsa dan agama.


Categories: Tazkirah

Andai Dikau Bukan Milikku..Cukuplah BagiKu Melihat Dikau Bahagia

Bukan Mudah untuk menyayangi dan menyintai seseorang..Bukan Mudah juga untuk menambat hati seseorang..Kadangkala kita sanggup berkorban ‘Demi Cinta Sejati’..Kadangkala hati akan terluka dek ‘Cinta’ yang tidak kesampaian..Begitu juga, perasaan sukar untuk melupakan bila hati sudah tertambat..Lidah kelu untuk berbicara. Hidup perlu diteruskan untuk perjuangan yang lain..Andai Dikau Bukan Milik Ku..Cukuplah BagiKu Melihat Dikau Bahagia..

Kita akan tetap menyintai dan meyanyangi seseorang itu walaupun kita tidak dapat memilikinya..Biarlah Dia memilih jalan hidupnya kerana ku sanggup berkorban untuk melihat Dia bahagia walaupun bukan bersama Ku..Untuk Mu..

“Dari Sahabat Sejati Untuk Sahabat Sejati..”

2987683505_55829257b8_o

Categories: Personal