Home > Mahasiswa > UM diambang Pilihanraya Kampus

UM diambang Pilihanraya Kampus

umlogopromef1



Proses pemilihan ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya bagi sesi kepimpinan 2008/09 bermula secara rasmi apabila penjualan borang pencalonan pilihanraya kampus bermula hari ini.

Keadaan pejabat hal ehwal pelajar dan alumni sesak seawal jam 8.30 pagi bagi menandakan bermulanya proses demokrasi tersebut.

Di pejabat hal ehwal pelajar dan alumni, kaunter pembelian borang dan pemberian buku peraturan dan tatacara pemilihan mpmum sesi 2008/2009 di labelkan fakulti, umum dan international. Terdapat juga beberapa orang jentera aspirasi yang meninjau keadaan dengan mengambil gambar mahasiswa yang membeli borang tersebut.

Pilihanraya kampus bagi Universiti Malaya bakal menyaksikan hari penamaan calon pada 14hb Januari dan pengundian pada 19hb Januari 2009 akan datang.

Penamaan Calon : 14 Januari 2009

Pengundian : 19 Januari 2009

Categories: Mahasiswa
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.
You must be logged in to post a comment.