Pilihanraya Kampus Bermula..PRO-M Menang 4 Kerusi Percuma di UKM

ukm

pro


Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) berjaya memenangi 4 kerusi kawasan fakulti tanpa bertanding.

Antara kerusi yang dimenangi tanpa bertanding ialah Fakulti Pengajian Islam (FPI) tahun 3 dan kerusi tahun 2 yang dimenangi Saudara Mahfuzan Gadafi dan Saudara Idris Yusoff kerana ketiadaan calon Aspirasi dan kesalahan mengisi borang oleh calon mereka dan juga Fakulti Kejuteraan tahun 2 dan juga tahun 3 yang juga menyaksikan pihak Aspirasi tidak menghantar calon mereka.Pengerusinya, Ahmad Farhan Yusoff berkata, pihaknya yakin bahawa kemenangan 4 kerusi percuma itu mampu menjadi satu momentum untuk perubahan besar landskap politik kampus UKM

“Kemenangan ini petanda awal bahawa kita akan menguasai PMUKM pada tahun ini dan usaha untuk melengkapkan kemenangan di 30 kerusi lain sedang dijalankan dengan agresif” .

“Walaubagaimanapun, GMUKM bimbang bahawa sistem pilihanraya kampus akan dimanipulasikan oleh pihak ‘tertentu’ untuk menutup kegagalan mereka memenangi 4 kerusi terbabit,” ujarnya.

Jelasnya, terdapat banyak kesalahan yang dilakukan oleh pihak Aspirasi ketika ini seperti mengugut mahasiswa tahun 1, menghalang calon pro mahasiswa untuk berkempen dan memainkan isu perkauman sempit.

“Kita berharap agar Naib Canselor yang mempunyai kuasa pemutus di dalam perjalanan PRK di UKM agar memastikan bahawa perjalanan PRK pada tahun ini berjalan secara adil dan demokratik serta tiada pihak yang dikecualikan daripada tindakan undang-undang sekiranya mereka melanggar peraturan”.

“Kami tidak akan berdiam diri sekiranya pihak GMUKM terus dizalimi dan manakala PRK terus menjadi satu pilihanraya yang penuh dengan penipuan dan penyelewengan sama seperti tahun-tahun sebelum ini,” tegasnya.

Justeru, Farhan berharap agar medan pilihanraya kampus pada tahun ini dijalankan secara bebas dan adil (free and fair).

Sementara itu, jurucakap GMUKM merangkap Setiausaha Kerja kepada Pengerusi GMUKM, Hishamuddin Abdullah, pula menjelaskan bahawa kemenangan 4 kerusi percuma kepada GMUKM menggambarkan bahawa pihak Aspirasi sudah tidak relevan kepada masyarakat kampus.

” Dengan GMUKM bertemakan ‘harapan baru mahasiswa’ dan bersatu berubah (united to change), ia menjadi satu  perubahan besar dalam menjayakan misi GMUKM untuk menjadi pemimpin pelajar”, ujarnya.

Kerusi umum diibaratkan sebagai kerusi Parlimen manakala kerusi fakulti diumpamakan sebagai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sarfarizmal, yang juga pelajar Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan berkata, dalam sesi lalu, pro-Aspirasi memenangi kesemua 11 kerusi Umum yang dipertandingkan serta 19 daripada 23 kerusi fakulti.

Manakala, Pro-Mahasiswa memenangi empat kerusi fakulti – masing-masing dua kerusi di Fakulti Pengajian Islam dan Fakulti Pendidikan yang merupakan kubu kuat kumpulan tersebut.

Mengenai harapan pro-Aspirasi untuk merampas kerusi di Fakulti Pendidikan kali ini, beliau berkata: “Persaingannya sangat sengit. Insya-Allah kita boleh rampas sekiranya kita lipat gandakan usaha.”

Sementara itu, calon-calon umum dan fakulti pro-Aspirasi ketika ini sedang giat berkempen dan mengedarkan masnifesto mereka ke seluruh fakulti di univerisiti tersebut.

Menurut Sarfarizmal, pro-Aspirasi yang membawa motto “Gempur Aspirasi” telah memulakan kempen di tiga fakulti di sebelah pagi tadi.

Fakulti-fakulti tersebut ialah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan serta Fakulti Sains dan Teknologi.

Sarfarizmal berkata, pihaknya menyelaraskan empat agenda utama dalam manisfesto untuk calon umum antaranya, mendesak pentadbiran mewujudkan infrastruktur kepada Orang Kurang Upaya (OKU) dan berusaha mendapatkan kadar yuran pengajian yang perpatutan.



Published in: on January 12, 2009 at 6:04 pm Leave a Comment

The URI to TrackBack this entry is: http://ridzuan1706.wordpress.com/2009/01/12/pilihanraya-kampus-bermulapro-m-menang-4-kerusi-percuma-di-ukm/trackback/

RSS feed for comments on this post.

Leave a Comment

You must be logged in to post a comment.