Archive

Archive for January, 2009

Senarai Kabinet MPMUM Diumumkan Minggu Depan

we-madMajlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaya akan ditentukan awal minggu depan, kata seorang perwakilan kerusi umum kumpulan Pro-Mahasiswa, Mohd Ridzuan Mohammad.Sementara watikah pelantikan semua 41 calon yang menang akan diserahkan pada 5 Februari, tiga hari selepas pertemuan pertama bagi membincangkan pembentukan jawatankuasa MPP.

Anggota-anggota MPP daripada kumpulan Penggerak Mahasiswa (dulu dikenali Pro-Aspirasi) dan Pro-Mahasiswa sudah dihubungi semalam untuk bertemu dengan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Datuk Dr. Azarae Idris, Isnin depan.Dalam piliharaya kampus itu minggu lalu, Penggerak Mahasiswa memenangi 20 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan, sekali gus gagal mempertahankan penguasaan mereka pada sesi lalu.

Manakala pro-Mahasiswa memenangi 19 kerusi – menyebabkan ia tidak layak membentuk kabinet MPP dengan segera – dan calon bebas memenangi dua kerusi.Susulan itu, pembentukan rasmi MPP terpaksa ditangguhkanhampir dua minggu.

Dua perwakilan bebas – Noor Azween Mohd Iqbal dan Lim Bee San – dari Fakulti Undang-undang menyokong kumpulan pro-Mahasiswa dalam pungutan suara dua hari selepas pilihanraya kampus, 19 Januari.Sebanyak 9 kerusi umum dan 32 kerusi fakulti dipertandingkan pada sesi ini.

Jurucakap Penggerak Mahasiswa, Wan Mohd Hasif Wan Mohd Ali pula berkata pemilihan yang dipertua MPP tidak bergantung kepada jumlah majoriti kerusi yang dimenangi. Sebaliknya ia dipilih melalui undian daripada 41 anggota MPP yang menang baru-baru ini.

“Pada 1997, siapa yang akan menjadi yang dipertua dipilih oleh suara majoriti (undian terbanyak), tidak kira calon itu menang kerusi umum atau fakulti,” katanya.

Tambahnya, Penggerak Mahasiswa juga mempunyai calon yang berkelayakan untuk mengisi jawatan teratas badan tertinggi pelajar itu.

“Kita ada calon YDP dan timbalannya. Oleh kerana kemenangan 21-20, keadaan menjadi sukar.Jadi kita ada permintaan. Kami hendak jawatan naib yang dipertua diisi oleh calon fakulti kami,” katanya.

Dalam pilihanraya kampus sesi lalu yang diadakan pada 2007, Pro-Mahasiswa memenangi 11 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan.

Beliau mencadangkan, tiga jawatan naib yang dipertua MPP wajar diisi oleh pemimpin pelajar  berketurunan Melayu, Cina dan India “sebagai tanda perpaduan”.Wan Mohd Hasif menambah, pihaknya tidak membuat sebarang perundingan atau pertemuan secara rasmi ataupun tertutup dengan Pro-Mahasiswa untuk membentuk jawatankuasa MPP.

Dihubungi semalam, Mohd Ridzuan pula berkata pihaknya tidak mempunyai masalah untuk meletakkan tokoh bagi yang dipertua MPP.Lagipun, katanya, calon Pro-Mahasiswa mendapat undi popular pelajar dan memenangi lapan daripada sembilan kerusi umum yang dipertandingkan.

Mohd Ridzuan turut mengesahkan pihaknya tidak mengadakan perbincangan dengan Penggerak Mahasiswa untuk membentuk kabinet campuran.-malaysiakini

Categories: Mahasiswa

Pilihanraya Kampus UM; Iktibar Pengajaran Yang Perlu Dipelajari!-Mahasiswakini

um14pro-m-copy2





Pilihanraya kampus UM baru sahaja menutup tirai tabirnya menyaksikan Pro-Mahasiswa kembali menaungi kampus setelah dikurniakan kemenangan setelah 5 tahun kecundang di tangan Pro-Aspirasi. Teriakkan ‘Student Power’, ‘Hidup Mahasiswa’, ‘We Unite For UM’, dan ‘Allahu Akbar’ menggamatkan suasana sepanjang fasa kempen dan menggegarkan DTC setelah Islam dan mahasiswa dinobatkan sebagai pemenang pada PRK kali ini.

Terdengar rintihan munajat, esakkan tangisan, untaian mutiara airmata bercucuran tanda meraikan sedikit hadiah yang diberikan Allah SWT selepas pelbagai perit jerih, suka duka, caci maki, ujian dan halangan serta tohmahan walaupun ia hanya sekelumit cuma tapi memadai dengan balasan kemenangan yang diberi.6

Pilihanraya kali ini sangat menarik dan penuh kontroversi, isu bertali arus, kebatilan sangat terserlah, kebenaran menunjuk arah. Di mulai dengan pembongkaran kes salah laku penggunaan dan penyelewengan kuasa serta rasuah yang melibatkan TNC HEPA membeli calon dan menaja jentera Pro-Aspirasi berkampung di Pulau Pangkor, kes rumah Pro-Mahasiswa di ambush polis dari IPK KL (sekitar 30 anggota, 3 buah van, 2 buah kereta peronda terlibat dalam operasi) atas tuduhan memalsukan dokumen, isu surau Akademi Islam dikhianati dengan diletakkan BABI dibaluti dengan bendera PAS, tertulis di atasnya ‘PMI’, ‘PRO-M’, ‘PAS’, dan rumah rakan tahalluf UMANY jua turut digeledah Polis kerana dituduh dan disyaki terlibat mencetuskan politik perkauman dalam kes BABI.

Dalam paling tragis apabila ada di kalangan ahli PMIUM (Rizal Azizan dan Asri Jani) yang berpaling tadah dan menjadi ‘bughah’ (penderhaka) kepada Islam dan perjuangan, bermuka-muka, bersifat talam dua muka dan menaja perpecahan sampaikan sanggup menjadi pendusta dan menggadaikan maruah bertanding mewakili Aspirasi.

cimg1482Amat dikesali bahawa mereka adalah mantan pimpinan pelajar di Akademi Pengajian Islam UM Nilam Puri, yang masing-masing pernah menjawat jawatan Presiden MPP APIUMNP dan Exco Lajnah Siasah dan Hal Ehwal Semasa (Lashes). Pada pengamatan saya, sikap ingkar pada arahan pimpinan, membelakangkan Jamaah, sangat tergopoh-gapah, melulu dan membabi buta mereka ini menyebabkan ijitihad siasi menjadi racun yang memakan diri, dan akhirnya Islam dikhianati, dan kelakuan mereka tidak ubah sebagai alat yang dipergunakan bagi memastikan kemenangan diperoleh atas nama Islam bagi pihak yang rakus, ibaratkan keldai tunggangan yang dicucuk hidung serta ditarik bagi memastikan bebanan dan matlamat sang Tuan dapat dilunaskan.

Dugaan dalam beragama

“Wahai orang-orang yang beriman, adakah kamu menyangkakan kamu benar-benar beriman walhal kamu belum diuji” (al-Ankabut;2)

Daripada Khabbab bin al-Aratti r.a berkata, “Kami mengadu kepada baginda Rasulullah SAW ketika itu baginda sedang berbaring di bawah lindungan Kaabah. Kemudian kami bertanya, ‘Adakah engkau tidak meminta pertolongan untuk kami? Adakah engkau tidak mendoakan kebaikan untuk kami? Sekiranya Agama yang dibawa olehmu benar wahai Muhammad, nescaya Allah pasti akan memenangkannya.”

Orang sebelum kamu…!

Baginda lantas bersabda, “Orang yang sebelum kamu itu ada yang ditanam hidup-hidup, ada yang digergaji dari atas kepalanya sehingga tubuhnya terbelah dua dan ada pula orang yang disisir dengan sisir besi yang mengenai daging dan tulangnya, tetapi yang demikian tidak menggoyahkan mereka daripada agamanya. Demi Allah, Allah pasti akan mengembangkan agama Islam hingga merata tempat dari Shan’a sampai hadhramaut, dan masing-masing daripada mereka tidak takut melainkan hanya kepada Allah atau takut serigala menyerang kambingnya, tetapi kalian sangat tergesa-gesa. (bukhari; 3612, Ahmad, 5/109)

Pengajaran Perang Tabuk, pelbagai alasan dicipta

Pada pagi waktu Subuh Rasulullah SAW tiba, khabar berita ketibaan Baginda menandakan datanglah kesedihan bagiku. Aku hampir berdusta untuk menceritakan apa yang sebenarnya terjadi kepada diriku kerana aku ingin mengelakkan kemurkaan Nabi SAW. Aku sudah berusaha untuk meminta pendapat seluruh keluargaku dalam mencari alasan.

Seperti biasa apabila Baginda tiba daripada satu peperangan Baginda langsung terus ke masjid lalu solat dua rakaat kemudian duduk di tengah-tengah orang ramai. Pada masa itu datanglah orang-orang yang tidak ikut perang untuk mengajukan pelbagai alasan mereka kepada bagainda Nabi dan bersumpah dihadapannya. Semuanya berjumlah lebih kurang 80 orang. Rasulullah SAW menerima alasan dan sumpah-sumpah mereka dengan jelas dan memohon ampun untuk mereka. Sedangkan hal-hal yang tersembunyi atau yang mereka rahsiakan, Baginda serahkan kepada Allah SWT.

Perilaku Ka’ab, dan tindakan Nabi

Sewaktu aku (Ka’ab) menghadap Rasulullah SAW dan mengucapkan salam, Baginda tersenyum sinis, senyum kemarahan, lalu Baginda bersabda, “Mari ke sini,” Aku pun datang mendekati dan duduk dihadapan Baginda. Baginda lantas bertanya, ‘Apa yang menyebabkan kamu tidak ikut berperang, bukankah kamu telah membeli kenderaan?”

Aku (Ka’ab) menjawab, ‘Wahai Rasulullah, demi Allah, seandainyaaku duduk di hadapan orang selain anda daripada penduduk dunia ini, nescaya aku akan mencari jalan keluar daripada kemarahanmu dengan pelbagai alasan, kerana aku cukup mahir berhujjah dan berdebat.”

“Tetapi demi Allah aku yakin seandinya aku berdusta kepadamu nanti Allah akan memurkai aku. Dan sekiranya aku menceritakan apa yang sebenarnya terjadi kepada diriku nescaya kamu sangat murka dan kecewa kepadaku, tetapi aku tetap mengharapkan kemaafan ddan keampunan daripada Allah. Demi Allah sesungguhnya aku tidak punya apapun alasan juga, dan demi Allah, sesungguhnya aku belum pernah merasa sihat dan senang seperti ini, tetapi aku tidak turut berperang bersam-sama kamu, alangkah celakanya aku.’

Rasulullah SAW bersabda, ‘Apa yang kamu katakana kepadaku ini adalahsuatu kejujuran?, pergilah kamu bertaubat sehingga Allah memutuskan perkara ini untukmu.’

Pesan Nabi jauhi mereka

Daripada Ka’ab bin Malik, beliau berkata mereka berdua (Murarah bin al-Rabi’ah al-Amri dan Hilal bin Umayyah al-Waqifi) datang menemui Nabi seraya mengatakan kepada Rasulullah SAW mereka adalah di kalangan sahabat yang soleh yang turut dalam peperangan Badar al-Kubra dan orang selalu menjadi teladan. Setelah mereka menerangkan hal kedua-dua orang itu, aku pun membatalkan niat untuk bertemu Nabi kerana terlalu rasa malu dan bersalah kerana aku tiada alasan . Sejak itu, Rasulullah SAW melarang kaum muslimin bercakap-cakap dengan kami bertiga yang tidak ikut perang Tabuk.

Maka semua orang menjauhi kami. Sikap mereka berubah terhadap kami, sehingga aku merasa seperti terasing di negeri sendiri, di mana seluruh penduduknya aku kenal selama ini. Hukuman terasa dipulaukan ini aku (Ka’ab) lalui dan alami selama 50 hari.

Kedua-dua temanku (Murarah bin al-Rabi’ah al-Amri dan Hilal bin Umayyah al-Waqifi) tetap tinggal di rumah dan menangis terus menerus. Sedangkan aku adalah yang termuda dan terkuat antara ketiganya. Aku tetap keluar dan ikut solat bersama-sama kaum muslimin serta berulang-alik ke pasar juga, akan tetapi tidak pernah seorang pun yang menyapa aku.

Bahkan pernah aku mendakati Rasulullah SAW dan memberikan salam kepada Baginda di mana waktu itu Baginda sedang duduk setelah selesai solat. Dalam hati kecilku timbul pertanyaan apakah Baginda berkenan menggerakkan bibir untuk membalas salamku atau tidak. Kemudian aku terus solat di hadapan Baginda dengan harapan menarik perhatiannya. Ketika aku sedang solat itu, Baginda memandang diriku lalu menjeling.

Allah dan Rasul lebih tahu!

Suasana dipulaukan kaum muslimin seperti itu berjalan agak lama. Pada sustu petang, aku (Ka’ab) memanjat dinding rumah Abu Qatadah, dia sepupuku dan dialah orang yang paling aku senangi. Kemudian aku mengucapkan salam kepadanya, tetapi demi Allah, dia tidak membalas salamku itu, lantas aku bertanya kepadanya, ‘Wahai Abu Qatadah, demi Allah aku ingin mendengar jawapanmu, tidak tahukah kamu bahawa aku jua mencintai Allah SWT dan RasulNya?’ Abu Qatadah diam membisu. Aku bertanya lagi, namun ia tetap batu membisu.

Aku bertanya lagi. Akhirnya dia menjawab dengan ucapan, ‘Allah dan RasulNya lebih mengetahui.’ Maka bercucuran air mataku mendengar jawapannya. Aku segera kembali ke rumahku lalu terus menunggu hingga datang ketentuan Allah pada diriku.

Belajarlah dari Al-Quran dan sirah, lalu bertindaklah dengan hikmah bijaksana.

“Janganlah kamu berasa hina (lemah) dan jangan kamu berasa duka cita dan kamu adalah lebih tinggi (mulia) jika kamu (benar-benar) beriman.” (Ali ‘Imran: 139)

“Di antara mereka orang-orang mukmin ada yang telah menepati janjinya kepada Allah, maka di antara mereka ada yang gugur syahid. Dan setengah daripada sedang menunggu (janji Allah). Dan mereka sesekali tidak akan mengubah janjinya walau sedikit jua pun”- al-Ahzab :23

Ingatlah wahai sahabat dan teman seperjuangan, perjuangan ini tidak pernah dihamparkan dengan karpet merah, penuh onak dan duri, diri kamu tidak akan sesekali dihiasi dengan intan berlian, harta kekayaan, kerana tiada yang mudah dalam berjuang, tiada mahar yang lebih mahal dagangannya untuk dijual beli melainkan kamu mendapat balasan Syurga yang abadi di sisi Allah SWT, terkorban, kalah atau menang bukan ukuran kerana syahid adalah jalan yang paling kita rindui. Jika dikurniakan kemenangan maka gunakan ruang dan peluang itu untuk beramal, banyak melakukan kebaikan dan berbakti, tapi jika diberikan sedikit ujian kekalahan, maka insafilah diri kerana kita masih gagal menarik Nusrah Ilahi, tetapi janganlah pula berputus asa kerana kita tetap punya Allah Yang Maha Kuasa!

cimg14551


SUMBER : http://mahasiswakini.com/archives/1169

Categories: Mahasiswa

Pro-M Menang Besar di UIA

uia1logo_news_pilihanraya_kampus2




Pilihanraya kampus bagi Universiti Islam Malaysia (UIA) hari menyaksikan calon pro-Mahasiswa dan calon bebas hampir menyapu bersih kesemua kerusi fakulti dan kerusi antarabangsa yang dipertandingkan. Manakala pengundian bagi dua kerusi Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu ditangguh sehingga 29 Januari depan, selepas kumpulan pro-Mahasiswa membuat bantahan terhadap seorang calon yang bertanding di kerusi berkenaan.

Menurut keputusan rasmi hari ini, pro-Mahasiswa memenangi 17 kerusi fakulti manakala calon bebas menang tiga kerusi. Pencapaian tersebut menyamai jumlah kerusi yang dimenangi pro-Mahasiswa pada sesi lalu. Calon bebas juga menyapu bersih kesemua lima kerusi antarabangsa yang dipertandingkan hari ini. Manakala calon pro-Aspirasi dan calon Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) pula masing-masing memenangi satu kerusi.

Selepas penamaan calon Isnin lalu, kumpulan pro-Mahasiswa sudah memenangi dua kerusi tanpa bertanding di Fakulti Kejuruteraan di kampus Gombak dan Fakulti Kejururawatan di kampus Kuantan. Seorang calon bebas pula menang satu kerusi tanpa bertanding di kerusi Fakulti Teknologi Maklumat dan Informasi.

Dalam pengundian hari ini, bagi kampus Gombak, pro-Mahasiswa menang sembilan kerusi manakala calon bebas, pro-Aspirasi dan PKPIM masing-masing menang satu kerusi. Bagi kampus Kuantan pula, pro-Mahasiswa memenangi lapan kerusi, dua dimenangi oleh calon bebas dan pengundian dua kerusi lagi ditangguhkan.

prom4

Categories: Mahasiswa

Perubahan Untuk Mahasiswa..Tahniah!!

um13pro-m-copy1



” Perubahan Untuk Mahasiswa “.. 5 tahun Uni Perdana ini dipimpin oleh segolongan pimpinan yang menggelarkan diri mereka Pro-Aspirasi dan kerana 5 tahun itu masa yang agak lama untuk melihat dan merungkai suatu perubahan maka pada plihanraya kampus kali ini, mahasiswa-mahasiswi dengan suara yang lantang menolak kepimpinan yang sedia ada dan memberi peluang kepada kumpulan Pro-Mahasiswa untuk memimpin Uni. Perdana ini dan sekaligus menawan kembali kerusi-kerusi umum sepertimana yang berlaku 5 tahun sebelum daripada ini. Laungan ‘Takbir’ berkumandang di Dataran Tunku Canselor Universiti Malaya dan titisan-titisan kemenangan jelas kelihatan disetiap raut wajah pendokong-pendokong Pro-Mahasiswa yang sanggup menunggu sehingga titik pengisytiharaan cimg1475kemenangan Mahasiswa.. Sukar untuk diungkapkan suasana pada ketika itu, tetapi Allah S.W.T telah memenangkan perjuangan yang suci ini. Di samping laungan TAKBIR yang mengisi di setiap ruang DTC, suara keramat dengan laungan “Hidup..Hidup..Mahasiswa” “Bangkit..Bangkit..Mahasiswa” terus mengegarkan DTC..

Hampir 5 tahun suara keramat dan Laungan Takbir menyepi di DTC tetapi kali ini, laungan itu kembali mengisi dengan kita mendambakan perjuangan ini hanya kepada Allah S.W.T..Memang sukar untuk menang dan memang mudah untuk dikalahkan kerana kekalahan yang lalu bukan kerana kita tidak mampu melakukan perubahan tetapi kekalahan yang lalu merupakan kekalahan kerana Mahasiswa tidak memiliki tajaan daripada sesiapa.. Sungguh benar, jika ingin kembali kepada Sirah Nabi s.a.w., bilamana Nabi berjuang, Nabi s.a.w tidak membawa apa-apa kewangan dan duit tetapi Nabi Muhammad s.a.w membawa suatu pegangan yang murni iaitu untuk mengajak manusia kepada agama yang suci iaitu Islam. Islam itu Agama yang tinggi..Tidak ada agama yang tinggi selain Islam.. Berjuang bukan kerana wang ringgit, bukan untuk dapat duduk kolej sem depan, bukan untuk mendapat baju percuma tetapi berjuangn untuk melakukan perubahan daripada yang batil kepada yang hak..

cimg1477Dengan semangat dan kecekalan yang hakiki maka pada tahun 2009 ini, Allah S.W.T memberikan kemenangan yang tidak disangka-sangka..Allah S.W.T memakbulkan doa-doa kami dengan limpah kurniaNya dan kami terus berjuang walaupun disekat dengan sebegitu rupa, kolej sukar ditembusi, risalah dikoyak dan banyak lagi tribulasi dan provokasi yang dicetuskan oleh pihak mereka yang kononnya ingin membawa Islam yang benar. Bila berkempen, lidah sedap berbicara..bila berkempen madah pujangga jadi taruhan..bila berkempen kuasa diguna dengan rakus..bila berkempen kawan sefakulti sudah tidak dikenali..

Saya ingin menyeru pihak Pro-Aspirasi bahawa sudahlah menggunakan kuasa yang melampaui batas kerana Mahasiswa sudah muak dengan perilaku anda.. Ingin saya tegaskan di sini bahawa apa guna kita menetapkan peraturan menutup Pintu Pagar kerana perbuatan itu menyebabkan Mahasiswa-Mahasiswi menjadi sukar untuk kemana-mana dan inilah salah satu faktor mengapa Mahasiswa-Mahasiswi menolak GERAK pada pilihanraya kali ini. Alhamdulillah, kami pendokong-pendokong Pro-Mahasiswa memanjatkan Kesyukuran dan terima kasih di atas perubahan yang dilakukan oleh seluruh Mahasiswa-Mahasiswi di Universiti Malaya ini. Ini membuktikan bahawa Mahasiswa/i sudah tidak gentar dengan ugutan ‘Buang Kolej’ apabila menyokong Pro-M..Ungkapan ‘Buang Kolej’ tidak lagi relevan pada masa kini kerana kita Mahasiswa yang bertamadun dan mempunyai keintelektualan yang tinggi. Kita tidak akan menyokong sebarang bentuk rasuah dan pengkhianatan terhadap sesama sendiri dan kita juga akan menafikan hak kemenangan kepada mereka yang mudah dan senang untuk memangku jawatan di atas wang ringgit Mahasiswa sendiri..cimg1491

Kita amat tertarik bilamana janji-janji calon-calon Pro-M yang kini telah bergelar YB untuk memotong 30% daripada elauan MPMUM jika dipilih menjadi tonggak kepimpinan UM.. Tetapi tiada sedikit pun janji pemotongan elauan daripada calon-calon GERAK dan ini yang membezakan di antara calon Pro-M dan GERAK!!

Di kesempatan ini, marilah kita hiasi kemenangan ini dengan melakukan perubahan yang besar di Universiti Malaya ini dengan memberikan segala keperluan dan 4 agenda yang dibawa oleh semua Calon Pro-M dapat direalisasikan dengan sempuran dalam memimpin UM ini. “Perubahan Untuk Semua”

“We Unite For UM”

Gambar-gambar Kenangan PRK UM 09

cimg1387

cimg1451

cimg1455

cimg1453

cimg1457

cimg1464

cimg1469

cimg1470

cimg1473

cimg1489

cimg1490







Categories: Mahasiswa

GERAK Akur Kekalahan..!!

um12logo_news_pilihanraya_kampus1




Kumpulan pro-Aspirasi gagal mempertahankan penguasaannya di Universiti Malaya apabila tewas kepada kumpulan pro-Mahasiswa dan calon bebas dalam pilihanraya kampus semalam.

Kumpulan pro-establishment itu hanya mendapat 20 kerusi daripada 41 kerusi yang dipertandingkan.

Manakala kumpulan pro-Mahasiswa memenangi 19 kerusi dan dua kerusi lagi dimenangi oleh calon bebas.

universiti malaya um campus election 200109 pro m winnersKekalahan tipis kumpulan pro-Aspirasi itu diumumkan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UM), Prof Madya Datuk Dr Azarae Idris pada jam 3.30 pagi di Dewan Tunku Canselor (DTC) di UM.

Dalam pilihanraya kampus lalu, pro-Mahasiswa memenangi 11 daripada 41 kerusi.

Dan dalam pilihanraya kampus semalam, kumpulan yang dianggap anti-establishment itu berjaya menambah lapan lagi kerusi.

Kerusi umum

Kumpulan tersebut menang lapan daripada sembilan kerusi umum dan 13 daripada 32 kerusi fakulti. Calon bebas memenangi dua kerusi fakulti.

Lapan calon pro-Mahasiswa yang menang kerusi umum ialah:

bullet button Mohamad Hafiz Ilyas (5,999)

bullet button Ahmad Syazwan Mohd Hassan. (5,886)

bullet button Mohamad Ridzuan Mohammad (5,474)

bullet button Nurul Fitrah Mohd Ariffin Marican (5,425)

bullet button Chong Yah Huei (5,041)

bullet button Shah Rizul Ayuni Zulkiply (5,000)

bullet button Low Yu Jie (4,847)

bullet button Yap Zhehn Jun (4,683)

Manakala satu lagi kerusi umum dimenangi oleh calon pro-Aspirasi.

Peratusan merosot

universiti malaya um campus election 200109 vote countingMenurut keputusan yang diumumkan semalam, Mohamad Hafiz mendapat 5,999 undi, Ahmad Syazwan (5,886), Mohamad RIdzuan (5,474), Nurul Fitrah (5,425), Chong (5,041), Shah Rizul Ayuni (5,000), Low (4,847 dan Yap mendapat 4,683 undi.

Bagi kerusi fakulti pula, calon pro-Mahasiswa menang dua kerusi Fakulti Pengajian Melayu (2), Akademi Pengajian Islam (2) dan masing-masing satu kerusi di Fakulti Perubatan, Fakulti Pergigian, Fakulti Perakaunan dan Perniagaan, Fakulti Pendidikan, Fakulti Sains, Fakulti Bahasa dan Linguistik dan Pusat Kebudayaan.

Calon bebas pula memangi dua kerusi  di Fakulti Undang-undang.

Bagaimanapun, peratusan keluar mengundi merosot kepada 69 peratus pada sesi pemilihan kali ini.

Pengerusi pro-Mahasiswa Norazali Zainuddin ketika dihubungi mengesahkan kemenangan kumpulannya itu.

universiti malaya um campus election 200109 protesting briberyMenurutnya, kemenangan tersebut tidak diijangkakan. Kali terakhir pro-Mahasiswa UM memenangi pilihanraya kampus ialah pada 2004.

Norazali menyifatkan kemenangan itu sebagai “angin perubahan” yang sedang melanda universiti itu.

“Kemenangan pro-Mahasiswa kali ini begitu simbolik. Barrack Obama masuk Rumah Putih pada 20 Januari, kita menang pada (pun) pada 20 Januari,” kata Norazali.

Prose pengiraan undi

Proses pengiraan undi di Universiti Malaya (UM) semalam panas apa kedua-dua kumpulan – pro-Mahasiswa dan Penggerak Mahasiswa – masing-masing saling melaungkan-laungkan kata-kata semangat, malam tadi.

Kira-kira 250 pelajar pro-Mahasiswa berpakaian oren berkumpul berhadapan dengan bangunan Canselori yang terletak di sebelah kiri Dewan Tunku Canselor (DTC) – tempat pengiraan undi dijalankan.

Sebelum itu, pelajar pro M berkumpul untuk mengadakan solat hajat dan Isyak berjemaah. Mereka juga tutut membawa bendera Pro-M dan melilit kepala dengan lilitan berwarna kuning tertulis ‘Pro-Mahasiswa’.

Manakala kira-kira 150 pelajar Penggerak Mahasiswa berpakaian serba hitam berkumpul di sebelah kanan dewan tersebut.

Kedua-dua kumpulan membawa kain rentang masing-masing sambil diperhatikan kira-kira 30 wartawan dan jurugambar yang berada di situ.

Kedua-dua penyokong kumpulan tersebut dipisahkan dengan jarak kira-kira 15 meter dan dikawal oleh Sukarelawan Polis UM (Suksis) kira-kira 50 orang sebelum kedua-dua menghampiri pintu masuk utama DTC kira-kira jam 10.30 malam.

Suasana panas

Kedua-dua kumpulan saling berteriakan. Pro-Mahasiswa berteriak ‘Hope and Change, Yes We Can‘, ‘Hancur, hancur, hancur rasuah’ dan ‘Student Power’ beberapa kali.

Dalam masa yang sama Penggerak Mahasiswa membalas dengan laungan ‘Fitnah, fitnah, fitnah rasuah’, ‘Hidup, hidup, hidup perpaduan’ dan ‘sayang, sayang, sayang perpaduan’ beberapa kali.

Keadaan menjadi lebih panas, apabila seorang aktivis Penggerak Mahasiswa melaungkan kata-kata berunsur provokasi terhadap pro-Mahasiswa.

Kata-kata tersebut disambut oleh penyokongnya dengan sorakan dan tiupan wisel.

Kemudian pro-Mahasiswa melaungkan ‘Gerak, Gerak, Gerak Rasuah’ sambil menunjukan duit kertas RM 10 ringgit kepada Penggerak.

Pilihanraya kampus yang berlangsung semalam mempertandingkan 41 kerusi – 9 kerusi umum dan 32 kerusi fakulti.

Sesi lalu, pro-Mahasiswa menguasai 11 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan.


Categories: Mahasiswa

‘Penggerak Mahasiswa’ Akui Kekalahan…

um11logopromef17




Kumpulan pro-Aspirasi yang kini dikenali sebagai Penggerak Mahasiswa Universiti Malaya (UM) bersedia memberi kerjasama kepada pro-Mahasiswa untuk menubuhkan ‘kabinet’ campuran dalam Majlis Perwakilan Pelajar UM (MPPUM) sesi kali ini. Jurucakapnya, Wan Mohd Hafiz Wan Mohd Ali berkata pihaknya reda dengan kegagalannya untuk mengekalkan penguasaannya dalam pilihanraya kampus kali ini. Katanya, walaupun pihaknya mendapat 20 kerusi manakala pro-Mahasiswa pula mendapat 19 kerusi, tetapi dari segi undi popular dan penguasaan kerusi umum ia memihak kepada lawan mereka.

Wan Mohd Hafiz berkata, pro-Mahasiswa memenangi lapan daripada sembilan kerusi umum di mana jumlah pengundinya jauh lebih ramai daripada pengundi di peringkat fakulti. “Walaupun kita menang banyak kerusi fakulti, tetapi di segi jumlah undi, ia lebih memihak kepada pro-Mahasiswa yang menang lebih kerusi umum,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini. Ditanya sama ada kabinet kali ini tergantung dan kuasa penentunya terletak pada dua calon bebas yang menang kerusi Fakulti Undang-undang, Wan Mohd Hafiz berkata: “Tidak kira siapa yang mereka (calon bebas) sokong, ia tidak menjejaskan penguasaan pro-Mahasiswa dalam MPPUM,” tambahnya.

Dua punca kekalahan

Hakikatnya, kata beliau, pro-Mahasiswa dilihat menguasai pilihanraya kampus kali ini berdasar jumlah undi besar yang mereka dapat, walaupun tidak mendapat cukup kerusi majoriti.

“Sudah menjadi kebiasaan bahawa jawatan presiden MPPUM akan dipegang oleh kumpulan yang mendapat undi popular yang paling tinggi. “Dan kali ini, undi popular paling tinggi diperolehi oleh pro-Mahasiswa – dengan jumlah hampir 5,000 undi. “Oleh itu, jawatan tersebut layak disandang oleh wakil dari kumpulan pro-Mahasiswa,” katanya sambil menambah peluang pihaknya ’sangat tipis’ untuk mendapat jawatan tersebut. Ditanya mengenai punca kekalahan Penggerak Mahasiswa di UM kali ini, beliau berkata, ia turut dipengaruhi oleh isu-isu panas yang berlaku dalam kampus.

Antaranya, kata Wan Mohd Hafiz ialah kes kepala babi diletak dalam surau Akademi Pengajian Islam serta laporan polis calon pro-Mahasiswa Shah Rizul Ayuni Zulkiply.

Penjenamaan semula

Ayuni sebelum ini membuat laporan polis, mendakwa dia cuba disogok supaya bertanding bagi pihak universiti dalam pilihanraya kampus. Ini ekoran Ayuni menerima sepucuk surat yang menawarkan dia bertanding kerusi umum bagi pihak universiti berkenaan. “Kekalahan ini kita telah jangka lebih awal lagi. Kita akui presiden MPPUM yang lalu agak kurang berprestasi. “Sebab itu kita tukar nama (dari pro-Aspirasi) kepada Penggerak Mahasiswa untuk tujuan penjenamaan semula. “Jika tidak mungkin kita kalah lebih teruk,” katanya.

SUMBER : http://www.malaysiakini.com/news/96849

Categories: Mahasiswa

Kertas undi: Nombor calon pro-M ditukar

um10logopromef16



Kumpulan pro-Mahasiswa Universiti Malaya (UM) kesal dengan tindakan urusetia pilihanraya kampus di universiti tersebut menukar nombor dua calon kumpulan tersebut dalam kertas pengundian dalam pemilihan hari ini, tanpa pengetahuan mereka.

universiti malaya um campus election 190109 10Seorang daripadanya adalah Shah Rizul Ayuni Zulkiply yang sebelum ini membuat laporan polis, mendakwa dia cuba disogok supaya bertanding bagi pihak universiti dalam pilihanraya kampus hari ini.

Ketika dihubungi Malaysiakini, wakil beliau, Nurfariza Zahrin berkata, dalam kertas undi, Ayuni pada asalnya merupakan calon bilangan ke-17.

Berikutan itu, katanya, mereka berkempen berdasarkan kedudukan nombor Ayuni pada kertas undi.

“Ini kerana kempen dibuat mengikut nombor undi calon kerana ia mudah diingati oleh pelajar yang akan mengundi hari ini,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Oleh itu, katanya, pertukaran nombor tersebut boleh menyebabkan pengundi yang mahu mengundi Ayuni, boleh tersalah pangkah calon.

Timbul tanda tanya

Apabila pengundian bermula pagi tadi, beberapa penyokong pro-Mahaiswa menyedari nombor bilangan Ayuni ditukar ke nombor 18 yang sebelum ini merupakan nombor bilangan calon lawan, pro-Aspirasi.

universiti malaya um campus election 190109 06Nurfariza berkata, seorang lagi calon mereka dengan nombor bilangan 16, turut dianjak satu unit ke depan.

Bagaimanapun, tambah beliau, calon itu tidak menghadapai masalah kerana ia adalah nombor asal Ayuni.

“Pertukaran ini menimbulkan tanda tanya,” kata Nurfariza.

Menurut Nurfariza lagi, nombor-nombor calon telah termaktub dalam Borang 8 – yang dikeluarkan selepas selesai penamaan calon.

Borang 8 merupakan borang rasmi yang mengesahkan calon-calon bertanding serta nombor bilangannya.

Kata Nurfariza, perkara itu juga dijamin dalam buku peraturan pilihanraya kampus yang dikeluarkan pihak universiti.

Mahu jumpa TNC

Sehubungan itu, Nurfariza berkata, kumpulan pro-Mahasiswa bercadang mengadukan perkara itu kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UM), Prof Madya Datuk Dr Azarae Idris.

universiti malaya um campus election 190109 13Pengerusi pro-Mahasiswa Norazali Zainuddin ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Beliau berkata, pihaknya cuba mengadakan pertemuan dengan Azarae sebelum jam 1 tengah hari ini.

Ditanya sejauhmana tindakan mengejut pihak universiti itu boleh menjejaskan peluang calon-calonnya, Norazali berkata, pelajar yang mengundi mengenal calon mereka berdasarkan nombornya.

“Mereka tidak dapat ingat semua nama kerana banyak kerusi yang dipertandingkan,” katanya.

Pilihanraya kampus UM hari ini mempertandingkan 41 kerusi – sembilan kerusi umum dan 32 kerusi fakulti.

Sesi lalu, Pro-Mahasiswa menguasai 11 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan di universiti berkenaan.



Categories: Mahasiswa