Archive

Archive for December, 2008

Penjelasan Mengenai Hudud

Hudud merupakan suatu ketetapan dan hukum Allah S.W.T yang telah dizahirkan di dalam Al-Quran dan telah dilaksanakan olehJunjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w sewaktu zaman Baginda s.a.w..Marilah kita merenung sejenak dan kembali kepada fitrah kita yang suci sejak dilahirkan ke muka bumi ini..Pencipta kita adalah Allah S.W.T dan kita akan kembali kepadaNya apabila sudah sampai waktu dan ketikanya, sudah menjadi kebiasaan Pencipta akan mengetahui tentang keperluan,kehendak dan seglanya yang diperlukan oleh makhluk yang diciptaNya termasuklah Hukum dan Peraturan yang perlu bagi membendung manusia ke jalan yang benar dan diredhaiNya..

Dalam penegasan ini tidak cukup untuk saya bercakap dengan pemikiran akal semata-mata tetapi marilah kita sama-sama mengkaji dan merujuk apa itu sebenarnya Hudud??

Para Fuqaha’ telah menjelaskan dengan lebih terperinci berkaitan “Hudud” iaitu sebagai pencegah sesuatu jenayah daripada dilakukan dan penyesalan yang amat sangat sesudah hukuman itu dijatuhkan atau dilaksanakan.Ini bermaksud,betapa hebatnya Hukuman Ciptaan Allah S.W.T kerana disebalik hikmatnya adalah untuk memberi manusia berasa gerun dan takut untuk melakukan segala perkara maksiat dan seumpama dengannya seperti zina,mencuri,merompak,membunuh dan sebagainya.

Ini juga beerti bahawa apabila diumumkan penguatkuasaan Hudud maka ia akan menjadi pencegah sebelum sesuatu jenayah dilakukan.Jika sebarang jenayah itu diteruskan atau masih lagi berlaku di kalangan Umat Islam yang berada di bawah pemerintahan Islam yang menegakkan dan menguatkuasakan Hukuman Hudud maka penjenayah itu tidak akan terlepas dari hukuman.Setelah penjenayah telah disabitkan kesalahan di bawah Kandungan Hukuman Hudud maka ianya akan menjadi sebesar-besar tegahan untuk meghalang dan membendung sebarang jenayah yang terdapat di atas muka bumi ini.

Jelaslah dengan penerangan ini bahawa Hukuman Hudud adalah hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T,manusia tidak berhak menolak ataupun sesekali meminda hukuman Allah ini dan jauh sekali untuk mengingkarinya dan tidak berhukum selain dari Hukuman Allah S.W.T..Jika mereka Beriman dengan Allah S.W.T,manusia adalah khalifah Allah S.W.T. di atas muka bumi yang mempunyai kewajipan untuk melaksanakan amanah Allah S.W.T itu dengan sebaik-baik mungkin untuk mendapat Kerahmatan dan Keredhaan Allah di dunia dan Akhirat.


Tetapi sejak akhir-akhir ini, banyak ’suara-suara’ sumbang yang mempertikaikan Hukum Hudud baik orang yang bergelas ‘Islam’ mahupun bukan.Kenapa semua ini berlaku?sedangkan Allah S.W.T telah memperihalkan bahawa ingin menjadikan khalifah di atas muka bumi sebagai wakilNya untuk memakmurkan alam ini. Ini jelas sebagaimana di dalam FirmanNya

Firman Allah S.W.T :

Maksudnya : Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”


Ayat di atas jelas menunjukkan kepada kita betapa pentingnya seorang khalifah di atas muka bumi ini. Khalifah beerti pemimpin, jika pemimpin di atas muka bumi tidak mengendahkan Hukum dan Peraturan yang telah ditetapkan oleh PenciptanNya sendiri maka tidak hairanlah sesama manusia pun akan berlaku kezaliman dan penindasan yang tidak akan ada jalan penyelesaiannya kecuali dengan Hukum Hudud yang boleh saya ertikan di sini sebagai ‘Penawar’ dunia dan akhirat.


Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak atau parti politik tetapi secara dasarnya, kita adalah kepunyaan Tuhan dan kita akan kembali kepadaNya dan bila tiba kita akan dipersoalkan tentang kepimpinan dan penghakiman yang kita gunapakai di atas muka bumi ini.

Categories: Isu Semasa

Memahami konsep kepimpinan

Islam memandang serius pelaksanaan hukum-hukum syariat Islam seperti yang termaktub dalam al-Quran dari sudut akidah, ibadat, hala tuju hidup sebagai golongan Muslimin, penampilan diri dengan akhlak-akhlak terpuji, mendirikan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadan, membayar zakat, mengerjakan haji, memperkasa undang-undang kehakiman Islam, melaksanakan sistem politik, ekonomi serta kewangan Islam, mewujudkan persekitaran Islam yang meraikan semua pihak agar terus berada dan berkekalan dalam melaksanakan segala tuntutan ajaran agama Islam dan banyak lagi.

Justeru, kepimpinan yang berpaksikan Islam sahaja yang mampu mempertahan, mengamal dan melaksanakan tuntutan tersebut.

Perkara ini disandarkan kepada satu kaedah Usul Fiqh yang pernah disebut oleh Imam as-Suyuti dalam kitabnya ‘Al-Asybah wa an-Nazoir’ yang berbunyi: “Tidak sempurna matlamat pembuat undang-undang Syariat (Allah) dalam meletakkan peraturan hukum Syariat-Nya bagi menjamin kebaikan manusia di dunia dan di akhirat melainkan dengan adanya kepimpinan.”

Dalam satu lagi kaedah, beliau (Imam as-Suyuti) menjelaskan: “Dengan adanya kepimpinan, maka umat akan bersatu-padu dan berusaha untuk menangkis sebarang fitnah dan perpecahan di kalangan mereka.” Iaitu kepimpinan yang menjalankan program dakwah dan jihad yang bersungguh-sungguh hingga rakyat berada dalam kehidupan yang penuh dengan semangat untuk berjuang, berbakti dan berkorban hanya untuk Islam.

PAS mendepani parti-parti politik lain dalam memimpin ummah sebagai warganegara. Kepimpinan/imamah wajib dibentuk bagi melaksanakan dua tanggungjawab besar iaitu untuk memelihara agama dan menguruskan siasah dunia.

Memelihara agama bermaksud menjaga, mengembang, mempertahan dan melaksanakan syariat agama dalam semua bidang hidup sama ada yang mengenai peribadi, keluarga, masyarakat an negara bahkan dunia secara keseluruhannya.

Sementara menguruskan siasah dunia bererti mengendalikan urusan pentadbiran, pemerintahan dan pembangunan yang melibatkan soal-soal kehidupan, pembangunan material, kemajuan dan peradaban berasaskan kepada nilai-nilai agama dan prinsip-prinsip syariat.

Dasar-dasar ini adalah dasar-dasar yang berkaitan kepimpinan negara dan ummah.

Lantaran penting dan besarnya tanggungjawab kepimpinan ini iaitu kepimpinan yang mengabungkan tanggungjawab keagamaan dan keduniaan yang tidak boleh dipisahkan maka Islam meletakkan syarat-syarat tertentu agar amanah kepimpinan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan menepati matlamatnya, kerana seorang pemimpin dalam Islam bukan sahaja bertanggungjawab kepada umat bahkan bertanggungjawab kepada Allah SWT. “Mereka yang apabila kami kukuhkan mereka di bumi mereka mendirikan sembahyang dan memberikan zakat dan mereka menyuruh berbuat yang ma’ruf dan mereka mencegah daripada berbuat yang mungkar dan kepada Allah jualah akibat daripada segala urusan.” (al Hajj : 41)

Ulama teras pembangunan negara dan ummah

Tidak syak lagi berdasarkan elemen sejarah, bahawa golongan ulama telah banyak membantu bagi menaikkan kehormatan negara, bangsa dan ummah seluruhnya, ia dapat dilihat dari sudut peranan, tugas, tanggungjawab serta sumbangan mereka yang mendepani barisan hadapan ketika membangun negara dan ummah sekali gus.

“Tidak banyak negara Islam yang dapat meletakkan para ulama’ di dalam arus perdana pembangunan negara dan memberi pengiktirapan terhadap peranan mereka.”

Jelas ungkapan di atas merupakan pandangan mantan Ketua Pengarah IKIM yang merasa dukacita kerana pihak berkuasa tidak meletakkan peranan ulama atau tidak diberi tugas sepatutnya dalam menyumbang bagi pembangunan negara, malah peranan mereka tidak diperakui penting, inilah faktor yang dikenal pasti berlakunya kepincangan dalam pentadbiran negara oleh mereka yang tidak mendapatkan pandangan ahli-ahli agama dalam kerajaan.

Justeru, terdapat program atau aktiviti yang dirancang oleh pihak tertentu menyanggah aspek agama Islam lantaran mereka menyisihkan ulama daripada berperanan sebagai penasihat mereka, maka negara tidak mendapat restu Allah dan akhirnya mengundang pelbagai bencana alam yang tidak terduga seperti banjir kilat di negeri Johor pada akhir 2006 lalu dan banyak lagi, sama-samalah kita fikirkan, selagi kita tidak kembali kepada Islam yang sebenar, selagi itulah kita akan terus dihukum oleh Allah SWT.

Negara makmur kerana pemimpin menyanjungi ulama

Allah berfirman menerusi ayat 15 surah Saba’ yang bermaksud: “Negara kamu adalah negara yang baik dan Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Pengampun.”

Untuk sampai kepada sebuah negara yang benar-benar makmur dari sudut pandangan rakyat jelata adalah apabila para pemimpin bekerjasama dengan para ulama yang merupakan pewaris Nabi-Nabi dalam segenap agenda pembangunan negara, iaitu pembangunan yang berpaksikan akidah tauhid kepada Allah, inilah harapan setiap rakyat untuk menikmati keharmonian dan kemakmuran dalam negara.

Sejarah telah membuktikan sejak negara Malaysia mencapai kemerdekaan kali ke-50 tahun yang diterajui oleh para pemimpin yang tidak berapa cenderung kepada tuntutan ajaran agama Islam sebenar, maka berlaku banyak kepincangan, mereka bukan menjadi hamba kepada rakyat, malah rakyat ditipu dan diperbodoh-bodohkan dan mereka menguasai rakyat hingga sanggup menangkap, melokap, mendera pemikiran mereka yang tidak bersetuju dengan dasar ekonomi atau pembangunan yang tidak sama sekali berpaksikan Islam.

Majlis-majlis ilmu disekat, tazkirah juga menerima nasib yang sama, penyampaian khutbah bukanlah lahir dari pandangan atau cetusan idea para khatib, mereka hanya membacanya yang terkadang-kadang teragak-agak atau gagap, pokoknya para ilmuan, ulama dan mereka yang sepatutnya dikedepankan, dihalang hingga rakyat tidak berpeluang menjadi muslim yang baik kerana tidak dibekalkan dengan ilmu-ilmu yang baik, malah tidak menjadi ummah yang berpotensi dan terbaik untuk dilahirkan kepada segenap manusia sejagat.

Marilah kita mentelaah satu kisah berkenaan dengan penghormatan para pemimpin terhadap golongan ulama, ia terjadi pada satu ketika dahuli di zaman kegemilangan pemerintahan Islam, di mana oara pemerintah dan ketua-ketua negara, masing-masing berlumba-lumba untuk memuliakan golongan ulama, sama ada mereka terdiri daripada pakar ilmu fiqh, akidah, sirah dan sebagainya. Mereka diminta ke istana khalifah adalah untuk menyemak sistem pemerintahan para pemimpin adakah selari dengan tuntutan agama Islam, setelah itu mereka diberi ganjaran hadiah sebagai mengenang jasa dan bakti mereka.

Malah terdapat juga di kalangan ulama’ yang diundang khas oleh sesebuah negara tertentu untuk melakukan tujuan yang sama seperti di atas iaitu meneliti sistem perjalanan pemerintahan yang dilaksana di negeri berkenaan.

Tindakan positif yang ditunjukkan oleh para pemerintah itu telah membuahkan hasil yang baik, terutamanya rakyat mendapat banyak faedah dari aspek keterbukaan para pemimpin mereka yang sanggup berganding bahu dengan golongan ulama’ bagi membangun negara, iaitu yang mencapai status negara baik dan Allah menyanjungi dan merahmati negara berkenaan.

Categories: Tazkirah

PAS umum calon 1 Januari

167px-tuan_guru_dato_seri_haji_abdul_hadi_awangPAS akan hanya mengumumkan calonnya untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu, pada 1 Januari depan di Stadium Negeri di Kuala Terengganu.

Pada mulanya, PAS dijangka mengumumkan nama calonnya hari ini, selepas Barisan Nasional (BN) mengumumkan semalam pemilihan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh untuk bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pada masa ini, parti itu telah menentukan calonnya itu, yang merupakan seorang profesional dan berjiwa rakyat, lapor Bernama.

“Kita sudah ada calon…dalam poket saya, Insya-Allah…tunggu 1 Januari depan (kita umumkan),” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat di Pusat Tarbiyah PAS Kuala Terengganu hari ini.

Turut hadir Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa dan Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub.

Abdul Hadi berkata calon yang akan diketengahkan oleh PAS itu merupakan seorang yang lebih layak daripada calon yang ditampilkan oleh Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata calon PAS itu adalah individu yang mempunyai ketokohan daripada pelbagai aspek dan yakin akan dapat diterima oleh pengundi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemilihan Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai calon BN.

Ditanya mengapa PAS mengambil masa yang lama untuk mengumumkan calonnya berbanding BN, Abdul Hadi berkata PAS tidak mahu terikut-ikut dengan cara BN dan tidak tergesa-gesa untuk berbuat demikian.

“Tidak lama, penamaan calon pun lambat lagi (6 Januari),” katanya dan menurutnya kelewatan pengumuman calon itu tidak akan meresahkan penyokong PAS kerana pada masa ini mereka begitu bersemangat menjalankan tanggungjawab dalam menghadapi pilihanraya kecil itu.

Abdul Hadi berkata dengan pemilihan calonnya itu, PAS yakin dapat merampas kerusi parlimen berkenaan, tambahan pula kawasan tersebut merupakan antara kubu kuat parti berkenaan.

Mengenai calon PAS sama ada penduduk setempat atau Naib Presidennya, Mohamad Sabu seperti yang dicadangkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Abdul Hadi berkata: “(Sama ada) Mat (Mohamad) Sabu, Nasharuddin atau Salahuddin…1 Januari.”

Mengenai pemilihan Wan Ahmad Farid sebagai calon BN, Abdul Hadi berkata perkara itu terserah kepada BN untuk menilai calon mereka sendiri.

“Kita tidak perlu komen (Wan Ahmad Farid sebagai calon), itu hak BN. Yang pasti, kita akan lawan (calon BN),” katanya.

Beliau juga berpuas hati dengan persiapan jentera pilihanraya PAS dan parti komponen Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihan raya kecil itu.

Dalam pilihanraya umum Mac lalu, calon BN Allahyarham Datuk Razali Ismail menewaskan Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf dengan majoriti 628 undi.

Sementara itu, Pengarah Jentera Pilihanraya Kecil PAS Terengganu, Datuk Wan Abdul Muttalib Embong berkata pihaknya akan mencadangkan kepada PAS pusat untuk mengumumkan nama calon lebih awal.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, berkata ini bagi memudahkan jentera pilihan raya membuat perancangan serta strategi dalam usaha menarik sokongan pengundi di kawasan berkenaan.

Categories: Politik

Wan Farid Calon BN P36 Kuala Terengganu

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Salleh diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari depan.

Ia diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di majlis pengumuman calon BN di Kuala Terengganu petang ini.

Najib juga merupakan pengarah pilihanraya kecil tersebut. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah menetapkan tarikh penamaan calon pada 6 Januari depan.

Wan Ahmad Farid, 46 – bekas peguam lulusan Universiti Thames Valley, London – merupakan anak jati Kuala Terengganu.

kuala terengganu by election wan farid bn candidate 031208Pada 1987, beliau menjadi peguam termasuk peguam syarie dan menjadi setiausaha Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu.

Di dalam politik, beliau menjadi ahli jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Kuala Terengganu pada 1995 sebelum menjadi Ketua Pemuda bahagian pada 1998 dan menjadi menjadi exco pemuda Umno pusat dari 1999 hingga 2004.

Pada tahun 2001, beliau dipilih menjadi timbalan ketua Umno bahagian Kuala Terengganu sebelum dilantik menjadi setiausaha politik kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri pada 31 Disember 2003 dan sekaligus beliau meninggalkan kerjaya peguamnya.

Beliau menjadi ketua Umno bahagian Kuala Terengganu apabila mengalahkan penyandang jawatan, Senator Datuk Roslan Awang Chik.

-Sumber: Malaysiakini.com

Categories: Politik

Islam Mahukan Umatnya Cemerlang…Cemerlangkah kita??

Hari ini umat Islam dianggap lemah diseluruh pelusuk dunia. Orang Islam dituduh lebih sukakan keganasan berbanding keamanan dan keharmonian. Di Malaysia sendiri, kaum Bumiputera, yang majoritinya beragama Islam masih terlalu jauh pencapaian mereka terutamanya dari segi pendidikan, sosial dan pegangan ekonomi.

Sekiranya orang Islam berpegang kepada apa yang disarankan oleh Islam itu sendiri maka tidak seorang pun daripada mereka yang gagal dalam hidupnya. Saya amat tertarik apabila membaca buku “Think and Grow Rich” tulisan Napoleon Hill yang telah dihasilkan pada tahun 1937. Dalam buku tersebut penulis secara spesifik telah mengambil contoh kegigihan atau ‘persistence’ yang ada dalam diri Rasulullah s.a.w sebagai antara penyebab kenapa Islam berkembang dan berjaya seperti hari ini. Buku ini telah dibaca dan menjadi rujukan utama hampir semua pakar motivasi ternama barat seperti Zig Ziglar, Jim Rohn, Bob Proctor, Anthony Robbins, dan lainnya. Malah penulis buku-buku motivasi di Malaysia seperti Billi Lim yang menghasilkan buku bertajuk Berani Gagal mengakui buku tersebut antara faktor yang mengubah persepsi, fikiran dan keyakinan diri beliau. Kalau mereka yang bukan Islam mengambil Nabi Muhammad s.a.w sebagai contoh maka sewajarnya kita bincangkan bagaimana kita boleh berjaya berdasarkan apa yang telah Islam anjurkan.

Allah s.w.t telah berfirman dalam surah Ar-Ra’d ayat 11 yang maksudnya “Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri”. Ayat ini telah ditujukan kepada ‘Amir bin at-Tufail dan Ar-bad bin Robiah yang telah melakukan pakatan untuk membunuh Baginda s.a.w tetapi akhirnya masing-masing mati akibat penyakit taun dan dipanah petir disiang hari sewaktu panas terik.

Ayat ini membuktikan bahawa sesiapa sahaja hanya boleh mengubah nasibnya dengan mengubah keadaan yang ada dalam diri mereka sendiri. Apakah keadaan yang ada dalam diri kita yang boleh diubah? Apakah warna kulit dan paras rupa? Pastinya tidak… Sebaliknya apa yang perlu diubah ialah sikap dan cara fikir kita. Apabila kita ubah sikap dan cara fikir bermakna kita ubah nasib kita. Sikap yang buruk seperti malas, mungkir janji, ambil mudah, tangguh kerja dan sebagainya apabila diamalkan secara berterusan akan menjadi peribadi dan akhirnya membentuk budaya sesuatu bangsa. Sesuatu bangsa yang agung dan maju mempunyai sikap yang bersungguh-sungguh, gigih, berdisiplin dan komitmen kerja yang tinggi. Mereka juga mempunyai cara fikir yang positif seperti sentiasa optimis, berfikiran terbuka, merebut peluang dan mempunyai prinsip hidup yang juga positif. Sikap yang positif ini hanya boleh terbentuk dengan adanya ilmu pengetahuan. Sebab itulah, satu bangsa yang berilmu dapat dilihat lebih positif sikap dan cara fikirnya jika dibandingkan dengan mereka yang rendah tahap pendidikannya. Malah ilmu kecemerlangan diri juga perlu dicari dan dipelajari dengan melihat dan belajar dari mereka yang telah berjaya sebelum kita. Umat Islam dahulunya adalah umat yang berjaya sehingga lahirnya tokoh-tokoh Islam yang dikagumi barat seperti Ibnu Sina dalam bidang perubatan, Ibn Khaldun dalam bidang sosial, Al-Khawarizmi, dalam bidang matematik, Al-Farabi dalam bidang falsafah, dan ramai lagi. Sikap, cara fikir, ketaqwaan dan komitmen kerja tokoh-tokoh ini perlu diselami dan dipelajari kiranya masyarakat Melayu yang beragama Islam mahu cemerlang dalam cabaran hidup hari ini.

Allah s.w.t telah berfirman yang maksudnya:

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)”.
At-Tiin 95:4

Dengan kejadian yang begitu sempurna dan sebaik ini maka mustahillah untuk orang Islam merasa rendah diri dan gagal dalam hidupnya. Malah orang Islam sepatutnya menjadi khalifah dibumi Allah ini. Menjadi pemimpin dan bukannya dipimpin. Semua masalah ini dapat diatasi dan diselesaikan sekiranya kita memahami hakikat diciptanya manusia seperti mafhum firman Allah:

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu”.
Adz-Dzaariyaat 51:56

Ayat ini jelas menyatakan bahawa semua manusia dicipta dengan satu tujuan iaitu beribadah kepada Allah. Beribadah dengan benar-benar memahami tauhid rububiyyah dan tauhid uluhiyyah. Bukan sahaja mengakui bahawa Allah yang mencipta semua makhluk termasuk kita tetapi juga hanya Dia-lah sahaja yang layak dan berhak disembah. Islam tidak menghadkan konsep ibadah ini kepada hanya ibadah-ibadah khusus seperti solat, puasa, zakat dan haji. Malah apa sahaja yang dilakukan atas niat kerana Allah, mengikut syariat Islam dan memberi manfaat kepada diri sendiri dan ummah maka perlakuan itu juga diterima sebagai ibadah dan layak menerima ganjaran pahala dari Allah s.w.t.

Satu perkara yang mesti difahami dalam menjadikan kehidupan sebagai ibadah ialah melakukannya dengan bersungguh-sungguh dan sebaik mungkin. Sebagai contoh, apabila kita mendirikan solat maka dirikanlah ia dengan bersungguh-sungguh, bertertib dan sebaik mungkin. Menjaga kesemua tigabelas rukun yang ada dan memperelokkannya dengan perkara-perkara yang sunat. Setelah itu, serahkanlah kepada Allah, InsyaAllah akan diterimaNya. Tetapi kalau solat itu didirikan sambil lewa, main-main dan ala kadar sahaja maka pastilah ia awal-awal lagi akan ditolak.

Hakikat solat ini juga mesti diamalkan dalam segenap ruang kehidupan sekiranya kita mahu kehidupan diterima sebagai satu ibadah. Sebagai contoh, kalau kita seorang pekerja maka bekerjalah dengan bersungguh-sungguh, menepati waktu, berdisiplin, meletakkan komitmen kerja yang tinggi dan mengikut peraturan yang ada. Barulah kita dilihat sebagai pekerja yang layak dinaikkan pangkat. Inilah yang dikatakan pekerja cemerlang. Kerja kita juga diterima Allah sebagai satu ibadah yang bukan sahaja mendapat ganjaran di dunia tetapi juga di akhirat. Begitu juga kalau kita seorang pelajar, belajarlah bersungguh-sungguh dengan memberikan tumpuan dalam kelas, menyiapkan tugasan pada waktunya, dan rajin mengulangkaji pelajaran. Barulah belajar itu diterima sebagai ibadah seterusnya diberkati dan mendapat rahmat dari Ilahi. Keputusan peperiksaan juga akan cemerlang kerana kita bersungguh-sungguh dan melakukannya sebaik mungkin.

Mafhum firman Allah dalam al-Quran:

“Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya”
Al-Najm 53:39

Ayat di atas menjelaskan bahawa setiap orang akan mendapat sekadar apa yang diamal dan diusahakannya. Oleh itu siapakah yang patut dipersalahkan apabila kita lihat masyarakat Melayu yang puratanya Islam gagal mencapai kecemerlangan dalam pendidikan, ekonomi dan sosial? Pastilah yang salah adalah diri kita sendiri sedangkan Islam mahukan umatnya cemerlang.

Tidak ada penyesalan dalam usaha, yang ada hanyalah redha dan syukur. Kita menyesal atas kesalahan yang kita lakukan. Kita kesal atas dosa-dosa kita sama ada kecil atau pun besar. Tetapi kita tidak boleh menyesali atas apa yang kita perolehi. Sebab menyesal apa yang diperolehi setelah berusaha itu membuktikan yang kita tidak memahami apa yang dianjurkan oleh Islam itu sendiri. Penyesalan berlaku kerana kita sendiri tahu yang kita tidak menggunakan seluruh potensi yang ada dalam diri kita. Kita sedar bahawa diri kita boleh melakukan sesuatu dengan lebih baik dan layak menerima yang lebih baik juga. Tetapi kalau kita hayati erti ibadah yang telah dibincangkan awal-awal tadi maka penyesalan tidak akan berlaku kerana kita telah lakukan yang terbaik mengikut kemampuan diri kita. Sebagai seorang Islam kita mesti jelas tentang konsep doa, tawakal, redha dan syukur. Untuk cemerlang, berusahalah sebaik mungkin, jadikannya ibadah dan kemudian barulah bertawakal. Dalam berusaha redhalah atas apa jua cabaran dan ujian. Bersyukurlah atas apa sahaja hasilnya nanti. Iringi usaha dengan memperbanyakkan doa kepada Allah.

Akhir kata, umat Islam perlu mencontohi kegigihan Nabi Muhammad s.a.w dalam berusaha memperjuangkan Islam. Apabila bapa saudara baginda Abu Talib memberitahu akan tentangan hebat yang diterima dari pemimpin Quraish maka Nabi s.a.w tetap bertegas mengatakan seandainya matahari diletakkan di tangan kanannya dan bulan diletakkan di tangan kirinya maka baginda tetap meneruskan perjuangan beliau, sehinggalah ditentukan Allah sama ada baginda berjaya atau mati dalam jalan tersebut. Begitulah teguhnya pendirian Rasulullah s.a.w. yang membawa kepada kecemerlangan dan keagungan Islam. Hanya dengan memahami Islam dalam ertikata yang sebenarnya sahajalah maka umat Islam hari ini akan cemerlang.

Categories: Tazkirah

APA YANG SAUDARA BUAT KALAU MENJADI PEMUDA INI

Seoang pemuda yang sangat tampan lagi tanpam lagi soleh telah digoda oleh seorang perempuan yahudi yang cantik, tapi dia tidak mempedulikanya. Akhirnya perempuan itu meminta pertolongan seorang perempuan tua jirannya. Suatu malam, perempuan tua tadi meminta si pemuda mencarikan kambingnya yang konon telah lari ke dalam sebuah kosong. Apabila pemuda itu masuk ke dalam rumah berkenaan telah sedia menanti perempuan Yahudi tadi dan dia segera mengunci pintu. Semalam malamlah wanita itu menggodanya tetepi ia tetep menahankan matanya sambil berdoa kepada Allah agar diteguhkan iman. Ketika hampir subuh, wanita itu berkata; “kalau engkau tidak mengikut kehendakku, aku akan menjerit dan memalukan engkau di hadapan orang ramai”.

“Sesugguhnya aku lebih malu kepada Tuhanku daripada aku malu kepada manusia,” jawabnya. Wanita Yahudi itu pun menjerit sekuat-kuatnya dan orang ramai pun datang menangkap dan memukulnya. Apabila dibawa ke hadapan Sayidina Umar, pemuda itu menceritakan hal sebenar yang menimpa dirinya. Setelah didiasat, ternyata dia tidak bersalah sebaliknya wanita Yahudi dan perempuan tua itu dihukum. Saiyidina Umar berkata : “Inilah yang disebut oleh Rasulullah kepadaku ; nanti akan ada di kalangan umatku pemuda seperti Nabi Yusuf, dari kesolehan dan ketampanannya, digoda mereka itu oleh wanita cantik, tetapi mereka menolak dan berkata : Aku takut kepada Allah.”

AL-QURAN

KEBESARANNYA dikagumi, ditakjubi, bahasanya mudah tetapi indah. Susunan ayatnya bukan SYAIR, bukan SAJAK dan bukan GURINDAM. Bukan NOVEL dan bukan CERPEN, ada CERITA membawa BERITA, bukan FALSAFAH ada falsafah, ada HUKUM ada PANDUAN, ada PERINTAH, ada TEGURAN, ada HIBURAN, ada INGATAN, dalam CERITA ada hukum, dalam hukum ada cerita, ada PERBANDINGAN, ada perumpamaan.

Didalamnya membuka segala RAHSIA………..akhiratnya, dunianya, jasmaninya, rohaninya, mukminnya, kafirnya, munafiknya, watak-watak manusia, malaikat dan jin. PERITIWANYA yang sudah jadi dan akan terjadi, RAMALANNYA berlaku, JANJINYA terjadi, ILMU di dalam ilmu, HIKMAHNYA di dalam hikmah, BAHASANYA mudah sukar ditiru, MEMBACANYA tak jemu, MENATAPNYA kekuatan jiwa, mengubat hati menajamkan mental.

PETUNJUKNYA bawa kedamaiam, keselamatan dan keharmonian, MEMBERSIHKAN segala kemungkaran, penzaliman dan penindasan, HUKUMANNYA sungguh berhikmah, MENGAMALKANNYA melahirkan tamadun dan kebudayaan,. BAHASANYA, SUSUNANNYA, isinya dikagumi oleh, AHLI BAHASA,  ditakjubi oleh PARA SASTERAWAN dianggap pelik oleh FILOSOT Dianggap SIHIR dizaman jahiliah, mencabar, CERDIK PANDAI, mereka tercabar tidak dapat mencabar.

Menceduk MUTIARANYA tidak habis-habis, tidak dapat diubah, dibuang dan ditambah, telah terbukti telah dicuba oleh musuh, dikesan juga akhirnya.Itulah PUSAKA ABADI MUKJIZAT NABI MUHAMMAD SAIYIDUL ANBIYA’WA MURSALIN WA KHATIMUN NABIYIN.

Categories: Tazkirah

MISTERI DAN MAKNA KEMATIAN

Kematian sebagai kemungkinan


Sebagai kemungkinan ‘kematian’ merupakan sesuatu yang unik dan menyimpan misteri bagi kebanyakan manusia. Akal kita hanya dapat melihatnya sebagai satu-satunya kemungkinan yang kehadirannya akan merampas semua kemungkinan yang ada.

Kaum agamawan menanggapinya dengan memanfaatkannya sebagai nasehat yang ampuh untuk memperbaiki kwalitas kehidupan penganutnya. dan menempatkannya sebagai masalah yang paling sentral di dalam ajarannya. Tak ada agama yang tidak menjanjikan kematian yang sempurna.


Kematian sebagai kenyataan


Secara substansial ‘kematian’ hanyalah merupakan sisi lain dari kehidupan. Bila sisi yang satu tiada, sisi yang lain tak akan muncul. Keberadaannya menjadi tak terpisahkan dari wujud kehidupan. Sehingga bisa dikatakan bahwa setiap makhluk hidup sejak sediakala telah mendukung kematiannya sendiri. Meskipun demikian ‘kematian’ tetap merupakan sesuatu yang ditakuti orang.

Pertanyaan yang kemudian muncul adalah: “Siapakah yang sebenarnya menyimpan misteri, kematian atau manusianya ?”

Menurut ajaran tasawuf, insanlah yang merupakan rahasia Allah (menyimpan misteri), sedang kematian hanya merupakan ‘the milestone of human life’ yang segera akan disusul oleh perjalan hidup selanjutnya (sisi rangkapannya, kematian).


Makna kematian yang lebih bermakna


Kaum Sufi memberi makna ‘kematian’ sebagai momen penobatan seseorang untuk menjadi raja yang sebenarnya. Dengan demikian ‘kematian’ menurut ajaran tasawuf bermakna sebagai saat dimana seseorang mulai melaksanakan peran ketuhanannya di muka bumi.

Kematian jasmaniah tidak dianggap sebagai kematian, karena tidak menawarkan perubahan yang bermakna bagi kehidupan. Seorang penjahat tidak akan berubah menjadi baik dengan datangnya kematian jasmaniah.

· “Dan siapa yang buta di dunia ini, ia akan buta pula di akherat, dan bahkan lebih sesat lagi jalannya.” (Q. Al-Isra’ : 72)

Tawaran makna kematian yang lebih bermakna bagi kehidupan manusia oleh mazhab ahli tasawuf akan menjadi semakin jelas dengan adanya statemen berikut ini:

“Bila kita hidup, Allah akan mati. Sebaliknya bila kita mati, Allah akan hidup.”


Menyaksikan Wajah Allah


Bagi para Sufi, apa yang disebut ‘kenyataan’ adalah medan tempat Yang Maha Nyata menyatakan diri. Ia menyatakan Diri dalam rangka memberikan pelayanan, pengembangan dan perlindungan kepada makhluk- Nya. (Robbul-’alamin) .

Kenyataan yang berwujud benda-benda, manusia dan peristiwa-peristiwa memiliki dua wajah yang berupa ‘ciptaan’ dan ‘amar’. Ketika seseorang menghadapi kenyataan dan yang tampak olehnya sisi ‘ciptaan’-nya, ia akan bersemangat untuk hidup, dengan berupaya mengungkapkan segala fasilitas yang tersimpan di dalamnya. Apabila yang tampak olehnya sisi ‘amar’-nya (amrullah), ia akan kehilangan hak untuk menyentuhnya menurut kemauan sendiri.

· “Sungguh, milik Allahlah ciptaan dan amar itu. Maha berkah Allah, Pengurus semesta alam” (Q.7:54.).

Menyaksikan ‘amar’ yang melatarbelakangi setiap ‘ciptaan’ itulah yang disebut menyaksikan Wajah Allah , yang oleh para Sufi dipandang sebagai sebuah kematian agung yang bernuansa abadi.

  • “Kemana saja engkau menghadap, disana terdapat Wajah Allah.” (Q.2:115)

Keadaan seseorang yang telah menyaksikan Wajhullah memang persis seperti keadaan orang yang telah meninggal. Ia akan tampil tanpa memertahankan martabat dan harga dirinya dan tidak pula bersandar pada apa yang telah dimilikinya dari harta, ilmu-pengetahuan, amal-perbuatan dan prestasi-prestasinya. Ia tak lagi dapat terpesona oleh apa-pun, tidak pula meminta sesuatu pun, dan bahkan tidak pernah mengadukan perihal apa pun. Akibatnya ia tak lagi jinak kepada apa dan siapa pun, karena ia telah mendapatkan Allah yang tak tertandingi oleh apa dan siapa pun..

Saat itulah seruan Allah ini dapat dipahami: “Hamba-Ku! Taatlah lepada-Ku dalam apa yang Kuperintahkan kepadamu. Jangan mengajari-Ku dengan apa Aku memperbaikimu.” (Hadits Qudsi)


Amar Allah


Bagaima kita bisa membaca Amar (Perintah) Allah yang kontekstual dengan sikon zaman (bukan amar yang telah dapat kita ketahui di dalam Kitab Suci) supaya kita bisa menanggapinya sebagaimana mestinya?

Seseorang tidak akan dapat membaca amar Tuhan atau menyaksikan Wajah-Nya sebelum ia mati. Maksud kata ‘mati’ disini adalah telah selesai dengan masalah dirinya.Yaitu seseorang yang sudah terpanggil untuk mengurusi masalah yang lebih besar, yaitu masalah ummat dan semestanya.

“Istirahatkan dirimu dari berupaya (untuk kepentingan diri). Karena apa yang telah ditegakkan oleh selain dirimu (Allah), tak perlu engkau bersusah-payah menegakkannya untukmu” kata Ahmad bin ‘Athoillah As-Sakandari.dalam Hikamnya yang masyhur.

· “Wahai jiwa yang telah tenang (yang telah istirahat dari memikirkan diri sendiri). Kembalilah kalian kepada-Ku dengan rela dan direlai. Dan masuklah dalam golongan hamba-Ku (yang siap menunaikan urusan Allah di wilayah kemanajerannya) dan masuklah ke dalam surga-Ku” (Q.89:27-28).

Di dalam Al-Qur’an golongan tersebut disebut golongan Mutawakkilin.

· “Dan siapa yang berserah diri kepada Allah, maka Allah cukup baginya. Sesungguhnya Allah akan menyampaikan urusan-Nya.” (Q.65:3)

Adapun menunaikan amar Allah berbeda dengan melakukan sesuatu yang bermotif kepentingan diri atau nilai-nilai pada umumnya. Sifat amrullah itu maf’ula (pasti terlaksana) dan tidak harus lurus dengan logika atau visi moral yang berlaku. Kisah perjalanan hidup N. Ibrahim As dan keluarganya , dan kisah N. Musa As dengan Hidlir menggambarkan hal tersebut.

Selain itu, di balik ‘kenyataan faktual’ seorang yang melaksanakan amar Allah kita dapatkan ‘kenyataan konseptual’ yang bermakna bagi kehidupan. Perilaku Nabi Ibrahim dan isterinya Hajar di dalam menghayati perintah Tuhan menjadi sebuah konsep untuk membuka hijab bashiroh kita terhadap amar Allah.(ibadah Hajji). Pengalaman aneh-aneh selama menunaikan ibadah Hajji bukanlah dari gangguan Jin, melainkan ajakan berkenalan dari Tuan Rumah lewat amar-amar-Nya yang harus direspon dengan taubat (merobah cara hidup sebagaimana yang dikehendaki –Nya)

Itulah misteri besar yang tersimpan di dalam diri seorang hamba yang telah menemukan kematiannya.

“Hamba-Ku! Taatlah kepada-Ku, sehingga Kujadikan di dalam diri-Mu sifat robbaniyah. Bila kau katakan pada sesuau ‘jadi’, maka akan menjadi” (Hadits Qudsi). Dengan idiom Qur’an perintah itu menjadi:

  • “Dan sembahlah Tuhanmu, hingga datang kepadamu keyakinan!” (Q.15:99)


Imanensi Rahimiyah Allah

Ketika seseorang sudah tidak lagi jinak kepada apa dan siapa pun, sifatnya akan berubah menjadi penyantun dan penuh kasih sayang kepada sesamanya. Revolusi dirinya telah selesai, kini saatnya untuk memulai peran ‘robbaniyahnya’ di muka bumi.

Saat itu dirinya sudah bukan dirinya lagi, melainkan orang Tuhan (ahlullah) yang dipandu dan dilindungi oleh-Nya dimana dan kapan saja.ia berada.

Di dalam melaksanakan amar-Nya ia tidak lagi mengharap apa pun, selain ridla-Nya. Ridla Allah di dalam Al-Qur’an selalu disimbolkan dengan surga. Padahal surga tidak akan dapat dimasuki selain oleh ‘Rahim’, yaitu orang yang bersifat penyantun dan penuh kasih-sayang di dalam mengembangkan semesta kehidupan./ ‘La yadkhulul jannata illa rahim’ (Al-Hadits )

Maka tidak salah apabila seorang pelacur bersaksi di depan seekor anjing yang kehausan, seraya menyerahkan air-minum yang didapatkannya dengan susah- payah di tengah padang pasir. Dan tidak salah pula ketika ia melangkahkan kakinya menuju pintu gerbang surga.

Ia hanya bisa menghampiri seekor anjing dengan perolehannya yang paling berarti hari itu. Habis, di depan matanya sudah tak ada lagi kemulyaan yang bisa ditemukan .

Dan ia benar. Segala kemulyaan memang sirna, ketika Yang Maha Mulya telah datang kepadanya. Sungguh!

Ternyata seorang pelacur pun mampu bersyahadat di depan Robbul-‘alamin dengan kerahimannya terhadap seekor anjing. Selanjutnya tinggal bagaimana ia memelihara dan mengembangkan sifat mulia yang telah ditawarkan Allah (Sang Pemilik sifat-sifat mulia) kepadanya.

Demikianlah setiap individu memiliki caranya sendiri di dalam bermusyahadah dengan Robbul-‘alamin, sesuai dengan peran rububiyah yang diamanatkan Allah kepadanya.Ratu Bilkis yang lumpuh di depan kehebatan Sulaiman AS. mengucapkan “aslamtu ma’a sulaimana lillahi robbil-‘alamin”; para Penyihir Fir’aun yang terpesona dengan mu’jizat Musa As. mengucapkan “amanna birobbil ‘alamin”; Fir’aun ketika ditelan laut merah juga bersaksi “amantu birobbi musa wa harun” ; dan Saridin di depan Sunan Kudus dengan menjatuhkan diri dari atas pohon kelapa sehingga membuat beliau marah berat kepadanya.

“Kuminta engkau mengucapkan syahadatain, bukan mendemonstrasikan kesaktian” kata Sunan.

“Sumpah, saya tidak pernah belajar ilmu kesaktian. Hanya lidahku malu mengucapkan kalimat itu, karena tidak fasih. Biarlah daging, tulang dan kulitku yang bersaksi di depan Kanjeng Sunan. Silahkan memeriksanya, adakah luka-luka, balur atau kerusakan disana?” Saridin (Sirruddin) berhasil menjadi seorang Sufi yang merakyat dengan pengabdiannya yang optimal di jaman Sultan Agung Mataram.

Sayang Fir’aun tidak memiliki kesempatan untuk mengabdikan perolehannya, karena maut segera menjemputnya. Maka rebutlah kematian sedini mungkin, sebelum ajal tiba.

Categories: Tazkirah