Archive

Archive for November, 2008

Untukmu Wanita yg sebenar…

Banyak dugaan dan cabaran semasa cuti ku ini..Dengan pelbagai masalah yang masih tidak dapat perkembangan yang menyenangkan hati ditambah pula dengan kelebatan hujan yang menyimbah bumi Terengganu sejak 2-3 hari yang lepas..Membuatkan diriku tidak dapat bergerak kemana-mana. Inilah musim tengkujuh yang melanda..

Ditambah pula dengan sedikit masalah rakan baikku tetapi Alhamdulillah…Semuanya sudah berakhir dengan baik. Dalam kesempatan sedikit masa yang ada ini, ku hadiahkan kepada rakanku bagaimana untuk menilai seorang wanita yang betul-betul menjadi idaman hati setipa insan yang bergelar lelaki..

Hanya untukmu sahbatku…

1_468307506l

2987683505_55829257b8_o

3041129834_5fe946d55f

Categories: Personal

Al-Fatihah Buat Dato’ Razali Ismail-Ahli Parlimen Kuala Terengganu & Timbalan Menteri Pelajaran

ktganuTimbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail meninggal dunia secara mengejut ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki (IAB) di sini petang ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, Allahyarham tiba-tiba rebah ketika bermain badminton bersama beberapa kakitangan IAB di pusat rekreasi institut tersebut.

Razali, 59, yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berada di institut itu bagi menghadiri mesyuarat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dan mengambil kesempatan bermain badminton di luar acara rasminya itu.

Jenazah Allahyarham dihantar ke Hospital Bentong (HB) untuk pemeriksaan dan bedah siasat kira-kira pukul 9.30 malam ini.

Bersama mengiringi jenazah ialah isterinya, Datin Noraini Lob Yusoff, 51, dan dua daripada lima anak Allahyarham, Asrul Shah, 27 dan Muhammad Nurazli, 30.

Tiga anaknya yang lain ialah Khairul Amar, 23, Khairul Anuar, 21, dan Khairul Ariff Razali, 15.

Turut berada di IAB membantu menguruskan jenazah ialah Men teri Pelajaran, Datuk Seri Hisham muddin Tun Hussein serta para pegawai Kementerian Pelajaran dan IAB.

Setiausaha Kerajaan Negeri Te rengganu, Datuk Mokhtar Nong turut berada di samping jenazah di IAB dan HB.

Hishammuddin dalam reaksi nya sangat sedih dengan pemergi an mengejut Allahyarham.

“Pemergian beliau kehilangan besar kepada saya, Kementerian Pelajaran serta negara,” katanya.

Selepas urusan bedah siasat di HB malam ini, jenazah Allahyar ham akan dibawa ke rumahnya di Batu Burok, Terengganu untuk di kebumikan.

Difahamkan, permainan bad minton adalah sukan kegemaran Allahyarham selain beliau juga memegang tali pinggang hitam da lam seni mempertahankan diri ju do.

Razali pernah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) se lama 10 hari, tiga bulan lalu.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-12, beliau mewakili Barisan Nasional (BN) memperoleh 32,562 undi mengalahkan Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu (31,562) dan calon bebas seorang wanita berusia 89 tahun, Maimun Yusof (685).

Razali sebelum ini merupakan Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PT PTN).

-Utusan Online

Categories: Berita

Caj 1% PTPTN mulai Jan

logo_ptptnCaj satu peratus terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mula dilaksanakana pada 1 Jan tahun depan dan bukan 1 Jun tahun ini seperti yang diumumkan sebelumnya.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin berkata tarikh penguatkuasaan itu ditunda kerana beberapa perkara yang perlu diteliti dan diselesaikan oleh perbadanan itu termasuk proses dokumentasi.

“Kita telah menyatakan ia (caj) bermula 1 Jun tahun ini tetapi memandangkan ada beberapa perkara yang perlu diteliti dari segi dokumentasi, penerimaan dan sebagainya, maka pelaksanaan itu ialah pada 1 Jan depan,” katanya, lapor Bernama.

Ogos lepas, kerajaan mengumumkan pengurangan caj PTPTN kepada satu peratus bagi semua pelajar universiti berkuatkuasa Jun tahun ini.

Sebelum ini, caj perkhidmatan PTPTN yang dikenakan terhadap penuntut peringkat siswazah ialah sebanyak tiga peratus, manakala pasca siswazah pula lima peratus.

Khaled memaklumkan demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara PTPTN dan Maybank sebagai ejen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) hari ini.

Perjanjian itu membolehkan pemegang akaun Maybank menabung ke dalam PTPTN melalui lima saluran perbankan Maybank iaitu mesin ATM, mesin deposit tunai, Maybank2u.com, perbankan telefon Kawanku dan perkhidmatan kaunter.

-Malaysiakini

Categories: Mahasiswa

Selamat Berjuang Rakan-rakan SPAS

Coretan ini saya tujukan khas kepada semua rakan-rakan Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam (Alam Sekitar)

Sudah selesai 1 semester kita bersama.. Gelak tawa.. Suai kenal.. Riang ria.. sama-sama kita rasai..Telah selesai 4 bulan kita bersama-sama di dalam perjuangan..Terasa di hati begitu sekejap, tapi di sem hadapan kita sudah melangkah ke semester 2 bagi pengkhususan kita ini..

Banyak kenangan..Banyak pengalaman yang kita tempuhi bersama..Detik demi detik kita rasakan..Assigment demi assigment kita lakukan bersama..Penuh ranjau dan berduri, tetapi hati tidak pernah merasa marah dan tertekan..Semuanya kita redha meradhai sesema sendiri.. ALangkah indahnya nikmah perjuangan yang kita lalui ini dengan hati yang suci..

Tidak banyak yang ingin saya perkatakan di dalam coretan ini, tetapi sekadar melepaskan apa yang terbuku di dalam hati untuk kita sama-sama menikmati keindahan ‘perjuangan’ dan ‘persahabtan’.. Mungkin sepanjang kita mengenali selama ini, ada benda yang tidak kita sukai..ada yang terasa hati..tetapi saya menghiburkan anda semua sahabat-sahabatku dengan coretan yang penuh bermakna ini..

Saya mendoakan agar kita semua mendapat kejayaan yang cemerlang di dalam final exam yang telah kita hadapi baru-baru ini..Bercutilah dengan tenang dan aman walaupun di mana kita berada, kita masih lagi di bumi yang sama..kita masih lagi berpijak di bumi yang bertuah ini dan kita telah ditakdirkan berada dalam suatu perjuangan murni di SPAS ini.. SPAS adalah bidang kita… SPAS adalah matlamat kita masa hadapan.. Allah telah takdirkan kita bersama di dalam bidang ini dan moga-moga Allah juga telah menetapkan kejayaan kita di dalam bidang ini..

Saya tidak mahu menulis terlalu panjang..terima kasih kepada semua sahabat-sahabat (Zul,Zai,Anis,Shishi,Husna,Pija,Salihan,Shazlin,Farhana,Salehan,Wawa,Shuhada’) dan sahabat-sahabat yang lain dari Fakulti Sains..Moga kita berjumpa lagi di sem depan InsyaAllah…

ERTI SEBUAH PERSAHABATAN

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri…..
Tetapi…Dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana….
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuran
Seorang sahabat,begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.

Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…..?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa…..tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita.
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah….?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita…..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat…
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat…..

Sebagai kekuatan
Jadilah kita sahabatnya itu….
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan.
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan..
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…..
Kita tidak tahu….
Tetapi….jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita
akan tahu…..

22012008443

Shazlin

Shazlin

wawa

wawa

Anis

Anis

Salehan

Salehan

Kenangan Bersama di Tasik Kundang-Sahabat Fak Sains

Kenangan Bersama di Tasik Kundang-Sahabat Fak Sains

Shuhada',Shishi,Wawa,Anis

Dari kiri: Shuhada

Categories: Personal

Alhamdulillah…Exam dah habis

Detik 5.00 ptg tadi…maka berakhirlah kertas peperiksaan terakhir bagi sesi semester 1 08/09 ini.. Letih, penat dan usaha yang dilakukan selama sem ini amat diharap berbaloi dengan result yang akan diperolehi nanti. Moga-moga kejayaan bersama ku pada semester ini..

Lusa (khamis).. saya akan bertolak pulang ke rumah..cuti panjang jugak sem ini..lebih kurang sebulan lebih..tak tau la nak btpe cuti sem ini.. malas nak kerja lagi.. walau pape pun, dah balik rumah nanti baru nak buat preparation apa yang nak buat cuti ini..

Mungkin, blog saya ini akan lambat di update…maklumlah, kat rumah xda internet.. Sebelum mengundurkan diri, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung blog saya ini.. Moga-moga paparan yang saya coretkan di dalam blog ini dapat menjadi iktibar buat kita semua..


Categories: Personal

Terus berdoa, sekalipun zahirnya seperti tidak dimakbul – Dato’ Haron Din

SOALAN: Berdoa kepada Allah untuk memohon sesuatu adalah digalakkan, dan yang paling makbul doanya adalah yang paling hampir kepada Allah. Kita telah banyak berdoa, termasuk orang-orang yang soleh di kalangan kita, tetapi semacam tidak dimakbulkan, mengapa berlaku demikian, pernahkah doa Rasulullah s.a.w., tidak dimakbulkan Allah SWT.


JAWAPAN: Doa adalah senjata bagi orang mukmin. Mereka yang enggan berdoa kepada Allah, adalah orang yang bongkak.

Al-Quran memaparkan banyak ayat, antaranya firman Allah (mafhumnya): “Berdoalah kepada-Ku, Aku (Allah) akan memperkenankan doa permohonan kamu…” (Surah al-Ghafir, ayat 60)

Firman Allah (mafhumnya): “Apabila hamba-Ku bertanyamu tentang Aku hai Muhammad, maka jawablah Aku (Allah) amat hampir dengan mereka, Aku memenuhi doa yang memohon kepada-Ku. Maka mereka hendaklah memenuhi perintah-Ku dan mereka beriman kepada-Ku agar mereka sentiasa mendapat petunjuk. (Surah al-Baqarah, ayat 186)

Dalam as-Sunnah, terdapat banyak hadis-hadis fi’li (perbuatan) dan hadis-hadis qauli (percakapan) yang jelas baginda Rasulullah s.a.w., berdoa ke hadrat Allah SWT.

Berdoa sememangnya dituntut, itu tugas kita sebagai hamba Allah. Sama ada terima atau tidak, ianya adalah urusan Allah SWT.

Terserahlah kepada Allah dan memohonlah apa sahaja dengan penuh yakin bahawa Allah akan mengkabulkan doa kita. Nescaya Allah akan memenuhinya sama ada cepat atau lambat.

Nabi Allah Ibrahim a.s. sebagai contoh, telah berdoa ke hadrat Allah agar hati-hati manusia tertarik untuk mengunjungi Makkah beramai-ramai, pada waktu Makkah masih menjadi sebuah lembah yang gersang.

Baginda berharap umat manusia datang beramai-ramai menunaikan haji dan membuat umrah, dan dipohonkan rezeki mereka melimpah ruah.

Doa itu dilafazkan ribuan tahun dahulu ketika baginda mendatangi Makkah bersama anak dan isterinya.

Alhamdulillah, Allah SWT memakbulkan doa baginda selepas zaman Nabi Muhammad s.a.w., malah sehingga hari ini semakin jelas doa Nabi Ibrahim a.s., seolah-olah baru dimakbulkan.

Cuba bayangkan, doa Nabi Ibrahim yang disebut sebagai ‘khalilullah’ – kekasih Allah – sahabat setia Allah, berdoa ke hadrat Allah, ribuan tahun kemudiannya baru jelas dimakbulkan.

Apabila kita sering berdoa, jangan sesekali membuat kesimpulan bahawa doa kita tidak akan dimakbulkan.

Mungkin Allah telah makbulkan doa itu, mungkin dalam bentuk diberikan yang lebih baik daripada apa yang kita pinta.

Kadang-kadang doa kita dimakbulkan cepat, kadang-kadang lambat. Ertinya, apa yang dipohon, tidak semestinya diberi atau ditolak.

Ia adalah suatu ujian kepada kesabaran seseorang hamba. Sama ada Allah berikan sesuatu yang lebih baik, atau Allah berikan ganjaran sewajarnya pada hari akhirat kelak dalam bentuk pahala yang banyak.

Antara sebab-sebab nyata Allah tidak makbulkan doa, seperti yang difirmankan Allah dalam ayat 186, Surah al-Baqarah tadi, iaitu orang-orang yang keimanannya kepada Allah itu, masih berada pada tahap yang boleh dipersoalkan dan kemaksiatan yang dilakukan. 0459

Ada hadis Nabi s.a.w. yang menyebut tentang doa yang tidak dimakbulkan, antaranya (mafhum): “Makan minumlah kamu dengan yang halal, nescaya doamu akan dimakbulkan.”

Pada suatu ketika ada seorang yang keadaannya begitu terdesak, mengangkat tangan setinggi-tinggi yang boleh, dan berdoa ke hadrat Allah SWT, memohon kepada Allah, tatkala Nabi s.a.w. melihatnya, lalu baginda bermadah kepada para sahabat, mafhumnya: “Lihat orang itu, makan minumnya haram, pakai memakainya haram, bagaimana mungkin Allah menerima doanya.”

Sememangnya semakin hampir seseorang hamba kepada Allah, semakin suci bersih jiwa dan amalannya, maka semakin mudah Allah memakbulkan doanya.

Seperti yang disebut dalam sebuah hadis qudsi, mafhumnya: “Apabila hambu-Ku mendampingi daku, dengan amalan-amalan yang banyak, khususnya amalan-amalan sunat, maka Aku menyukainya, maka apabila Aku menyukainya, akan-Ku tunaikan doanya (hajat).”

Walau hampir dan akrabnya seseorang insan kepada Allah SWT, tidaklah menjadi syarat utama untuk Allah memakbulkan doanya.

Ini kerana, hanya Allah sahaja yang mengetahui kemaslahatan hamba-hamba-Nya. Allah amat mengetahui apa yang hendak diberi dan apa yang tidak perlu diberikan.

Harus kita sedari bahawa dalam kehidupan kita, selain daripada Allah memberi apa yang kita minta, banyak juga kebaikan, rezeki dan sebagainya Allah berikan kepada kita walaupun tidak kita diminta.

Amat sedikit yang tidak diberi, itu pun ada kemaslahatannya.

Mengenai soalan saudara, pernahkah doa Rasulullah sendiri ditolak Allah, jawapannya, ya. Memang doa Nabi s.a.w. pernah ditolak. Kadangkala doa baginda pun ditolak.

Ketika Nabi Muhammad s.a.w., pada zaman awal kebangkitan baginda sebagai Rasul, menghadapi banyak tekanan daripada kaum Quraisy dan anggota keluarganya tidak mahu memeluk Islam.

Malah baginda pernah disakiti sehingga berdoa ke hadrat Allah (mafhumnya): “Ya Allah! Berilah petunjuk kepada kaumku, mereka ini tidak mengetahui.”

Doa Nabi ini tidak ditunaikan sepenuhnya. Bukan orang lain, kalangan anggota keluarga, bapa saudaranya, seperti Abu Lahab meskipun didakwah bertubi-tubi, namun mereka lebih bertegas mempertahankan kekufuran mereka.

Malah sampai kepada peringkat menantu Nabi s.a.w sendiri, ada yang tidak beriman, atau lambat beriman.

Apa yang nyata, kaum kerabat Nabi, yang didoa dan diusahakan untuk mereka beriman, akhirnya mati dalam keadaan kufur.

Dalam Kitab Sahih Muslim, hadis 2889 disebut (mafhumnya): “Suatu hari Rasulullah s.a.w. singgah di masjid Bani Muawiyah, ditunaikan solat sunat dua rakaat bersama sahabat, selepasnya baginda berdoa panjang dengan doa yang panjang. Selepas berdoa baginda berpaling ke arah sahabat dan bersabda, “Saya berdoa kepada Allah, tiga perkara, Allah tunaikan dua sahaja dan menolak yang satu lagi. Saya memohon agar umat Muhammad tidak dibinasakan dengan kelaparan, Allah tunaikan. Saya memohon agar jangan mereka dibinasakan dengan banjir yang menenggelamkan mereka, Allah tunaikan. Namun apabila saya berdoa agar jangan mereka bergaduh dan berperang sesama sendiri, Allah tidak tunaikan.”

Bagaimanapun kebanyakan doa-doa Nabi s.a.w. dimakbulkan Allah SWT. Doa yang tidak dimakbulkan itu memang ada kemaslahatannya.

Oleh itu berdoalah ke hadrat Allah SWT, kerana ia adalah ibadah. Ibadah dilakukan bukan semata-mata untuk keperluan keduniaan.

Jika kita ikhlas beribadah, insya-Allah Allah akan memberikan ganjaran yang sebaiknya di hari kemudian.

Solat, puasa, zakat, haji, berjihad dan ibadah-ibadah, kita lakukan kerana berhajatkan keredaan Allah atau pahala yang dijanjikan kepada kita pada hari akhirat.

1061

Categories: Tazkirah

Selamat Bercuti…

Assalamualaikum…


Pada sahabat-sahabat seperujuangan yg dah mula merasai kehangatan cuti semester…Selamat bercuti saya ucapkan..Jadikanlah cuti ini sebagai meda untuk menggapai hidup sebagai seorang insan yang berguna.. untuk adik-adik junior..Selamat bercuti juga abg ucapkan..Kita telah lalui satu sem baru yang akan melabuhkan tirainya.. Moga-moga dipanjangkan umur untuk bersama-sama berjuang di lapangan masing-masing pada sem yang baru nanti… Harap juga, kita semua mendapat kejayaan yang cemerlang di dalam Peperiksaan yang telah kita lalui ini..InsyaAllah..

perjuangan2



Categories: Personal