Archive

Archive for October, 2008

Sejauhmanakah Mahasiswa ‘Berkuasa’..Bhg 1

Coretan ini saya simpulkan dengan meneliti suasana Politik Kampus pada masa kini dan sejauhmanakah Mahasiswa itu mempunyai hak dan kuasa dalam mengatakan Kebenaran dan menyuarakan pandangan dan pendapat selaras dengan undang-undang Negara yang diperuntukkan kepada bukan sahaja Mahasiswa tetapi kepada semua rakyat Malaysia. Pilihanraya Kampus mungkin bagai sesetengah Universiti telah melabuhkan tirainya..Tetapi bagi sebahagian Universiti di Lembah Kelang dan kawasan-kawasan lain, masih belum menemui titik noktahnya. Semua sedia maklum bahawa proses Pilihanraya Kampus pada kali ini tidak diadakan secara serentak di seluruh Universiti di Malaysia ini. Ini ekoran keputusan Pihak KPT yang mengkhendaki begitu..

Apa pun keputusan KPT, saya tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut, tetapi persoalan yang saya ingin timbulkan di sini, kemanakah hala tuju Mahasiswa selepas ini..?? Bagi mereka yang tidak pernah terlibat dengan aktiviti berbentuk Persatuan yang ‘mengheret’ kepada Proses Demokrasi di Universiti, mereka tidak banyak mengetahui proses-proses yang berlaku. Mereka hanya mendabik dada dengan perihal kepentingan sendiri tanpa memikirkan perjuangan atau kebajikan yang perlu diberikan penekanan sebagai manifestasi yang berkesan untuk melahirkan bukan sahaja Mahasiswa yang unggul di dalam akademik bahkan cemerlang di dalam persatuan yang melonjakkan suatu ‘benefit’ kepada diri Mahasiswa itu sendiri sesudah ia keluar dari Menara Gading ini.

Sedar atau tidak sedar, ramai Mahasiswa yang suka tunggu dan lihat sahaja. Tidak pernah memikirkan apa ‘Kuasa’ yang ada pada diri Mahasiswa itu baga menjaga kepentingan dan kebajikan diri sendiri. Ada pula Mahasiswa yang suka mengkritik dengan ‘membabi-buta’ tanpa fakta yang benar dan selaras dengan keintelektualan yang ada pada diri sendiri. Kedapatan juga Mahasiswa yang suka ‘ikut telunjuk’ bagaikan kerbau dicucuk hidung..Inilah fenomena yang berlaku pada hari ini, sehinggakan terdapat segelintir Mahasiswa yang ‘lemas’ dalam kemelut ini dan keluar beramai-ramai mengadakan Demonstrasi di peringkat Universiti sendiri mahupun berarak ke Parlimen dan sebagainya. Saya tidak mahu mengulas dasar yang dilakukan oleh Mahasiswa yang sering mengadakan Demonstrasi ini, mungkin mereka merasakan diri mereka tidak diberikan ruang yang secukpnya untuk menyuarakan pendapat tetapi di sana terdapat ’segelintir’ Mahasiswa yang suka mencari ‘isu’ agar sesuatu yang kecil diperbesar-besarkan untuk mendapat ‘populariti’ murahan!!!

Saya secara peribadi mengatakan bahawa, bagi mereka yang inginkan populariti murahan sehinggakan melaung-laung di dalam Surau tanpa menjaga adab tertib di dalam surau amatlah tidak wajar kerana kita masih mempunyai tempat yang sesuai untuk menyatakan pendirian kita sebagai Mahasiswa yang bebas dan berpendidikan tinggi. Mahasiswa mesti akur dengan sebarang peraturan yang telah ditetapkan dengan ‘waras’ dan baik kerana di dalam Islam sendiri pun menetapkan peraturan-peraturan tertentu yang mesti diambil peduli oleh setiap manusia yang beragama Islama. Tetapi bezanya adalah peraturan di dunia adalah ciptaan manusia tetapi bagi saya, perlu juga diperhalusi dengan sebaik mungkin agar perkara-perkara yang melampaui batas tidak diselitkan pada masa-masa akan datang.

Demonstarasi ataupun Speaker Corner wajar dianjurkan?? terpulang pada setiap individu Mahasiswa untuk menyatakan pendapat kerana anda mempunyai pemikiran tersendiri dalam menghuraikan sesuatu isu yang berkaitan dengan masalah Mahasiswa.

Biasalah, di dalam setiap kumpulan, organisasi, atau pun negara tak dapat tidak, mempunyai pencadang atau pembangkang. Ini lumrah di semua tempat, bahkan di zaman Rasulullah s.a.w sendiri pun Baginda s.a.w merupakan ‘Ketua Pembangkang’ sewaktu Islam belum lagi berkembang di Kota Mekah dan pemimpin yang memerintah Kota Mekah ketika itu adalah Abu Jahal, Abu Lahab dan konco-konconya yang menjadi pemerintah sementara. Kalau zaman Rasulullah s.a.w sudah mempunyai organisasi sebegitu walaupun tidak diistilah sebagai ‘Pembangkang’ atau ‘Pemerintah’, pokok asalnya semua itu sudah terdapat di Zaman Nabi s.a.w.. Kalau kita meneliti pada hari ini pun begitu, di setiap tempat mesti terdapat segolongan yang menyokong dan sebahagian yang lain membangkang. Apa yang ingin saya tekankan di sini adalah, kita mesti menilai kredibiliti orang yang membangkang bukan sebagai ‘musuh’ tetapi sebagai ‘rakan’ yang akan memperbetulkan salah silap..

Manusia sering leka dengan tindak tanduk sendiri sehinggakan manusia tidak sedar adakah yang dilakukannya benar atau salah. Jadi,perlunya peranan pembangkang dalam memberikan pendapat dan hujah mereka dan terpulang kepada yang memerintah untuk menerimapakai ataupun menolak. Begitu juga jika kita mengambil perspektif ini di dalam Universiti, terdapat pencadang dan pembangkang dan masing-masing mempunyai ideologi dan pemikiran masing-masing dan adakalanya pendapatnya berbeza dan ada juga yang sama. Ini perkara yang perlu dinilai dengan sebaiknya, bukan menjadikan yang membangkang itu sebagai ‘musuh’ yang gerun dan seram.

Jika dahulu, Mahasiswa sering berdemonstrasi dan sehingga sekarang perkara ini berlaku dengan alasan untuk menyuarakan pendapat. Berilah sedikit peluang dan ruang untuk Mahasiswa menlontarkan pandangan dan pendapat dan jangalah disekat atau diganggu gugat jika apa yang ingin dilontarkan itu baik untuk kepentingan Mahasiswa seluruhnya.

Categories: Mahasiswa

Selamat Menempuh Peperiksaan Akhir Semester

Assalamualaikum w.b.t & Salam Perjuangan..

Saya ingin merakamkan Ucapan Salam Perjuangan kepada semua rakan-rakan yang sedang bertungkus-lumus mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi Peperiksaan Akhir Semester nanti..Bagi rakan-rakan yang sedang dalam suasana ‘Peperiksaan’ sekarang, diucapkan Selamat Menjawab khususnya sahabat-sahabat di UIA,UiTM,UTM,UM dan di Universiti lain dan saya doakan agar kalian diberikan kelapangan hati dan seterusnya dapat menjawab soalan-soalan itu nanti..

Marilah kita sama-sama berdoa Kehadrat Allah S.W.T mudah-mudahan diberikan Kejayaan untuk kita pada semester ini.

“All The Best”‘

“Selamat Maju Jaya”

Categories: Personal

Solat Hajat Perdana Sempena Peperiksaan Akhir Semester

Assalamualaikum w.b.t.

Saya ingin menjemput kepada seluruh Muslimin dan Muslimat yang beragama Islam khususnya kepada Penghuni-penghuni Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi untuk bersama-sama menunaikan Solat Hajat Perdana sempena Peperiksaan Akhir Semester 1 ,08/09 ini.. Majlis seperti berikut;

Marilah kita memohon kepada Allah S.W.T dengan Limpah KurniaNya..Memberikan kita kefahaman Para Nabi, Hafazan Para Rasul dan Ilham Para Malaikat..MOga-moga kita dapat kejayaan yang cemerlang di dalam Peperiksaan ini yang memberi kita keberkatan dunia dan akhirat..

Categories: Mahasiswa, Personal

Bismillah Enam..

Saiyidina Jibrail telah menceritakan khasiat-khasiat dan faedah-faedah doa ini kepada Rasulullah s.a.w. seperti berikut:

Barangsiapa membacanya dengan hati yang ikhlas dan yakin penuh kepada Allah s.w.t., Insya’Allah mujarab dengan izin Allah di antaranya:

1. Makbul segala hajat dan cita-cita.

2 Luas rezekinya.

3. Jika di tiup pada perempuan, nescaya kasih ia kepada kita.

4. Menang di dalam peperangan.

5. Penerang hati.

6. Di jauhkan daripada segala penyakit.

7. Di baca 70 kali tiap-tiap hari, aman daripada ancaman raja-raja dan pembesar- pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.

8. Di baca pada tempat yang suci, boleh melihat malaikat, jin dan syaitan-syaitan.

9. Di baca pada malam Jumaat 20 kali, boleh melihat orang di dalam kubur.

10. Aman daripada binatang-binatang buas.

11. Air laut menjadi tawar.

12. Terlepas daripada terkena bunuh jika di baca pada tubuh badannya.

13. Jika di tulis dijadikan azimat atau di baca pada sawah, aman daripada tikus dan ancaman musuh yang lain.

14. Terselamat daripada merbahaya seteru dan musuh.

15. Terselamat daripada terkena karam di laut.

16. Jika di baca pada minyak malam jumaat tiga kali, boleh memudahkan perempuan beranak manakala di minumnya.

17. Jika di baca doa ini pada apa-apa benda kemudian di rendamkan ke dalam air selama 3 (tiga) hari atau 7 (tujuh) hari, Insya’Allah segera mendapatnya.

18. Orang yang pekak jika dibaca pada telinga kanannya tujuh hari, insya’Allah mendengar ia.

19. Orang yang gila atau mereka yang di rasuk oleh iblis apabila di baca di telinga tiga kali Insya’Allah larilah iblisnya.

20. Boleh menawarkan segala jenis bisa.

21. Terkeluar daripada penjara apabila di baca bersungguh-sungguh.

(Di petik dari “Kitab Peti Rahsia” susunan Haji Nik Mahmud bin Ismail, Datuk Perdana Menteri Paduka Raja ; cetakan 1946)

Categories: Tazkirah

Happy Deepavali…

Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Perayaan Deepavali kepada seluruh teman-teman yang beragama hindu di seluruh pelosok tanah air dan juga kepada semua rakyat malaysia yang menyambutnya.

Mudah-mudahan perayaan Pesta Cahaya yang diraikan pada hari ini akan dapat mengeratkan lagi ikatan muhibah sesama rakyat Malaysia, seterusnya memupuk persefahaman yang lebih harmoni.

Buat semua, diucapkan Deepavali Nal Valthukhal!

Categories: Personal

“Stdy Week” Bermula…

Selamat Menempuh Minggu Ulangkaji @ ‘Stdy Week’ kepada semua rakan-rakan seperjuangan khususnya di Universiti Malaya dan rakan-rakan dan sahabat-sahabat yang lain di Universiti-universiti di seluruh Tanah Air Malaysia..

Tekadkan Usaha..

Teguhkan Keyakinan..

Teruskan Semangat..

InsyaAllah..Kejayaan dlm Genggaman..


Categories: Personal

Syabas Mahasiswa/i UPSI & UNIMAS..

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada semua Para Mahsiswa/i khususnya penuntut di UPSI & UNIMAS yang telah menjalankan tanggungjawab yang besar selaku seorang Mahasiswa/i penuntut di Menara Gading kera na telah menunaikan kewajipan mengundi di dalam Pilihanraya Kampus yang telah diadakan. Proses yang berjalan dengan lancar dalam suasana yang baik dan muhibbah sebagai bukti penerusan Sistem Demokrasi di dalam Pilihanraya Kampus di negara yang kita cintai ini. Pihak calon dan wakil calon telah bertungkus-lumus dalam berganding usaha memastikan segala perjalanan Pilihanraya Kampus di Universiti ini lancar dan sesuai dengan situasi ‘Tsunami’ perubahan yang melanda di negara kita.


Menang dan Kalah adalah adat pertandingan.. Bagi yang menang tidak perlu bersorak gembira kerana ANDA mempunyai tanggungjawab yang besar dalam memastikan kepentingan Universiti dijaga, Kebajikan Mahasiswa/i diutamakan dan Keunggulan Sahsiah dan Keperibadian menjana keintelektualan Mahasiswa di negara bertuah ini.. Bagi yang kalah, tidak perlu menangis dan merintih kesedihan kerana ambillah pengajaran dan hikmah disebalik kekalahan ini untuk memuhasabah dan merenung sejenak di atas segala kekurangan yang ada sehinggakan Mahasiswa/i ‘menolak’ di dalam Pilihanraya Kampus tersebut. Perjuangan Belum Selesai.. Yang menang mestilah memanfaatkan mandat yang diterima oleh Mahasiswa/i sebagai suatu tanggungjawab dan amanah yang besar untuk dipikul dan perlu memastikan segala janji-janji yang ‘ditabur’ sewaktu berkempen haruslah dilaksanakan dengan sebaik mungkin.. Janganlah kiranya, menjadi seperti mengabaikan kewajipan sendiri setelah ‘berkuasa’..


Sedar atau tidak sedar, perubahan demi perubahan telah berlaku di dalam negara ini..Tetapi setiap dari kita perlu menyedari bahawa perubahan yang kita pilih itu perlulah difikirkan sebaik mungkin agar jangan menjadi seperti..’Yang dikejar tak dapat..Yang dikendong berciciran’.. Setiap undi daripada Mahsiswa/i adalah hak anda selaku penuntut di Universiti, tidak ada seorang pun di dunia ini mempunyai kuasa untuk mengarahkan anda untuk memilih calon-calon tertentu, anda sahajalah yang layak memilih calon pemimpin yang anda rasakan mampu untuk menjaga kebajikan Mahasiswa/i di menara gading..Inilah Sistem Demokrasi yang dicanang-canang selama ini.


Syabas sekali lagi saya ucapkan kepada seluruh Mahasiswa/i UPSI,UNIMAS,UDM,UMK dan Universiti-universiti yang telah melaksanakan Pilihanraya Kampus pada tahun ini. Bagi yang belum lagi menjalani situasi Pilihanraya Kampus pada tahun ini, harap bersabar dan jangan ‘berdukacita’..InsyaAllah..Tarikh dan Masa akan sampai jua..Wsalam..

Categories: Mahasiswa