Archive

Archive for September, 2008

Tepati janji dan persoalaannya dalam Islam

Islam telah mengajar penganutnya agar sentiasa memperlihatkan kematangan dalam segenap tindak-tanduk, ini termasuk cara penampilan diri, cara bermuamalah, berpendidikan, berkeluarga, berpolitik, berekonomi, berjiran, bersahabat, tidak kurang juga pengamalan kepada akhlak-akhlak terpuji seperti menepati janji.

Ini kerana orang yang memungkiri janji termasuk dalam katogeri manusia yang dilabelkan sebagai talam dua muka, tindakan itu dilarang keras oleh baginda Rasulullah s.a.w., justeru mereka yang terbabit dalam kategori ini jelas disebut sebagai golongan munafik, wal ‘iyazu billah.

Ia sebagaimana sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: Empat ciri jika seorang Muslim itu memilikinya, maka dia menjadi seorang munafik tegar melainkan selepas itu dia meninggalkannya: “Jika diberikan sesuatu amanah dia cabulinya, jika dia bercakap dia berdusta, jika dia berjanji dia memungkirinya dan jika dia bertelingkah dia celupar.”

Jelas daripada apa yang ditegaskan Nabi melalui hadis tersebut di atas, membayangkan kepada kita betapa memungkiri janji adalah satu perbuatan negatif yang melayakkan seseorang Muslim itu digelar munafik, apa yang membimbangkan kita ialah golongan munafik ditempatkan Allah di bawah sekali dalam api neraka, tempat yang paling dekat dengan api yang membakar.

Sesungguhnya apabila seseorang Muslim itu mampu menunaikan sesuatu janji terhadap saudara Muslimnya yang lain, maka sebenarnya dia telah melakukan satu tuntutan agama yang amat besar dalam hidupnya, malah dia berhak mendapat naungan daripada Allah dalam segenap aktiviti kehidupan hariannya sebagai Muslim yang baik.

Bagi membuktikan kesahihan kenyataan di atas, berikut disebut satu kisah benar berhubung nilai seseorang Muslim yang berusaha untuk menunaikan janjinya seperti yang disebut oleh Syeikh Taha Abdullah al-’Afifi dalam kitabnya ‘Wasiat-wasiat Rasulullah’:

Terdapat seorang lelaki beriman pada zaman silam yang amat memerlukan wang untuk berbelanja dan mahu meminjam sejumlah wang daripada orang lain, namun si pemiutang tidak dapat membawa seorang saksi dalam urusan peminjaman wang. Walau bagaimanapun pemberi hutang itu reda dan sedia untuk memberikan sejumlah wang yang diminta dan berkata bahawa cukuplah Allah sebagai saksi.

Dengan niat yang baik kerana Allah, pemiutang berjanji pada dirinya sendiri akan membayar hutang-hutangnya bila ada wang yang mencukupi untuk berbuat demikian, niat baiknya itu dibantu Allah dan memperkasa dirinya untuk sedia membayar.

Dengan niat baik untuk membayar, maka Allah SWT memudahkan urusannya berbuat demikian, satu hari dia bertekad untuk bertemu dengan pemberi hutang bagi melunaskan segala hutangnya, tiba-tiba takdir Allah mengatasi segala-segalanya, jambatan yang menghubungkan dua kampung dan memisahkan antara pemiutang dan pemberi hutang roboh akibat banjir besar, kerana takut jika dia (pemiutang) tidak menunaikan janji, maka dia telah meletakkan sejumlah wang yang dipinjam dahulu dalam sebatang kayu berlubang dan tertulis padanya daripada pemiutang kepada pemberi hutang, kayu itu pun dihanyutkan ke dalam sungai dan dia terus berdoa semoga hutang-hutang yang dilunaskannya diselamatkan Allah.

Kehendak Allah mengatasi segala-segalanya apabila pemberi hutang yang jarang turun ke sungai tiba-tiba muncul di situ dan mendapati ada sebatang kayu yang dihanyutkan tertulis namanya daripada pemiutang, beliau bersyukur kepada Allah atas pertolongan-Nya.

Walau bagaimanapun pemiutang masih dibelenggu keadaan sugul sama ada hutangnya sampai ataupun tidak, setelah jambatan itu dibaiki, pemberi hutang terus mencari pemiutang di kampung bersebelahan bagi mengkhabarkan berita baik itu, masing-masing gembira dan bersyukur kepada Allah kerana niat baik untuk menunaikan janji dikabulkan Allah.

Daripada kisah benar di atas, dapatlah disimpulkan bahawa menepati janji itu boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian:

1-Menunaikan janji terhadap Allah

Ia lebih kepada janji seorang muslim itu untuk melaksanakan segala hukum Allah dalam al-Quran seperti hukum-hukum hudud, qisas, mendirikan solat, puasa, zakat, haji agar tidak dilabelkan Allah sebagai orang munafik.

2- Menunaikan janji terhadap Rasulullah

Iaitu berjanji untuk mengikut segala tunjuk ajar baginda, menghidupkan sunnah-sunnahnya bagi meraih tempat terbaik di sisi Nabi pada hari kiamat.

3- Menunaikan janji terhadap kedua ibu bapa

Untuk menjadi anak-anak yang solih semasa kehidupan keduanya ataupun selepas kematian mereka.

4- Menunaikan janji sesame manusia

Menepati waktu ketika berjanji dengan tidak melewatkan masa, kerana kelewatan masa akan menjejas kredibilitinya begitu juga dalam perkara berhutang, hendklah dia berniat untuk melunaskannya dan niatnya itu akan ditunaikan Allah.

5- Menunaikan janji pada diri sendiri

Berjanji untuk menjadi seorang hamba Allah yang baik, bukan sahaja sebagai seorang Islam, malah berusaha untuk meningkatkan diri untuk menjadi insan yang beriman dan seterusnya bertakwa kepada Allah dalam tingkah lakunya, ibadatnya, seluruh hidupnya, matinya adalah hanya untuk Allah SWT sahaja.

Antara janji pemimpin Umno dan Pakatan Rakyat menurut perspektif Islam

Dalam kesempatan ini, penulis tidak bercadang untuk mengheret semua pembaca dalam kancah politik yang tidak berkesudahan masalah dan ironinya.

Tetapi apa yang penulis mahu sebut dalam perbincangan ini, ialah mengajak semua pembaca untuk berfikir sejenak beberapa perkara yang berlaku sejak akhir-akhir ini, sekurang-kurangnya ia dapat diselesaikan apabila dihubungkan dengan persoalan agama

Terdapat laporan di dada-dada akhbar atau siaran berita televisyen yang menyebut mengenai kenyataan pemimpin-pemimpin Umno yang menyalak bagaikan anak kehilangan ibu dan ayah, khususnya serangan bertubi-tubi mereka terhadap pemimpin Pakatan Rakyat yang didakwa kononnya tidak menepati janji pada pilihan raya.

Mungkin serangan kenyataan itu ada kebenarannya yang perlu dilihat sebagai satu teguran positif atau ancaman peribadi.

Tetapi ia perlu juga dilihat pada sudut yang lain, apakah teguran itu benar-benar ikhlas ataupun ia agenda politik tersembunyi, yang menegur sudah puluhan tahun menjawat jawatan penting dalam kerajaan dan banyak sungguh apa yang dijanjikan masih tidak tertunai malah menambahkan lagi kesusahan terhapa rakyat.

Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Abdul Razak seperti dilaporkan Berita Harian 26 Februari 2008, iaitu dua hari selepas penamaan calon ada menafikan bahawa kenaikan harga barangan tidak akan berlaku selepas pilihan raya, tetapi kenyataannya benar-benar meleset, sekarang ini harga tepung, beras dan keperluan asas lain sudahpun dinaikkan dengan pelbagai alas an yang direka cipta.

Itu dari sudut membebankan rakyat sebagai pengguna, belum lagi dilihat pada perkara-perkara yang tidak ditunaikan, sebagai wakil-wakil rakyat yang dipilih pada pilihan raya mereka tidak hadir ke parlimen untuk mengikuti perbahasan yang membeitkan isu rakyat hingga ditegur oleh Perdana Menteri dan akan diambil tindakan jika mengulangi perbuatan.

Apa yang penting untuk dimuhasabah, janganlah pemimpin-pemimpin Umno dan BN yang berpuluh-puluh memerintah mencari kelemahan pihak lain di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat yang hanya baru mentadir tidak sampai pun dua bulan sudah diselongkar kelemahan mereka.

Sedangkan banyak kebajikan lain yang telah dipersembahkan ke peringkat rakyat, terdapat di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat yang menyerahkan seluruh elaunnya untuk rakyat, ada yang hanya memperuntukkan separuh sahaja yang mesti dilihat sebagai satu yang positif berbanding pemimpin BN yang tidak berbuat demikian malah terlibat dalam kancah rasuah, menggelapkan wang tertentu dan banyak lagi.

Persoalan tidak menepati atau memungkiri janji tidak hanya berkaitan dengan golongan pemerintah yang sudah lama memerintah, malah ia juga termasuk para pemerintah yang baru ditabalkan sebagai krtua sesebuah negeri, yang pasti apabila agama diletakkan paling tinggi dalam segenap urusan pentadbiran, dan rakyat secara tidak langsung terpimpin ke arah satu kehidupan yang berasaskan kebaikan mutlak.

Apapun bila setiap tindakan yang kita buat disandarkan kepada agama, pasti ia akan dipancari dengan roh Islam termasuklah dalam isu menepati janji sesama manusia.

Categories: Tazkirah

Alhamdulillah…Selesai Sudah Ceramah IHRAM’08

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…,

Selesai sudah semua program di bawah kendalian IHRAM ‘08 apabila telah selesai program terakhir iaitu Ceramah IHRAM’08 ( NUzul Al-Quran ) yang mana telah diadakan pada hari semalam ( Rabu, 17 September 2008 ).. Penceramah Jemputan yang dibawakan khas ialah Dr. Mohd Roslan dari Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.. Majlis ceramah bermula sebaik sahaja selesai Solat Sunat Terawaih dan Witir.. Ucapan terima kasih diucapkan kepada Penyelia Penasihat Balai Islam atas kesudian hadir pada majlis ini..

Banyak input-input yang menarik dan baru dapat diketahui dan didengar daripada penceramah dan ini InsyaAllah sebagai suatu wadah baru bagi setiap Mahasiswa/i di UM ini khususnya untuk memangkinkan suatu keintelektualan yang unggul dan berkesan.. Dengan terlaksananya program Ceramah IHRAM’08 itu, maka tugas-tugas AJK-AJK IHRAM’08 akan berakhir.. Malam Penutupan sahaja yang ditunggu-tunggu bagi secara rasminya Program ini ditutup yang InsyaAllah akan diadakan pada hari selasa ini ( 23 September 2008 )..

Moga-moga apa yang disampaikan oleh penceramah dapat dijadikan iktibar di dalam sanubari kita sebagai seorang muslim..

Sekian.. Terima Kasih

Categories: Mahasiswa

KKD IHRAM DILULUSKAN…Terima Kasih

Ucapan Terima Kasih atas pertolongan semua pihak baik daripada Pihak Kolej dan juga Pimpinan Kolej terutamanya Presiden Kolej atas kerjasama yang baik dan bersama-sama menolong dalam mencari jalan penyelesaian dan akhirnya KKD IHRAM diluluskan.. Saya selaku Pengarah Program IHRAM ‘08 mengucapkan setinggi-tinggi jutaan terima kasih atas kerjasama yang erat ini.. Di kesempatan ini juga, marilah kita menyemai dalam diri untuk saling tolong-menolong sesama sendiri agar kejayaan terus kita rangkul bersama… Apa pun dugaan di Bulan Ramadhan ini kita sama-sama atasi dan ingatlah Allah S.W.T yang memberikan rezeki dan nikmat kurniaaNya yang tidak berbelah bagi..

Ucapan terima kasih juga kepada Pengerusi Balai Islam yang bersabar dengan kerenah saya dan seterusnya semua AJK-AJK IHRAM ‘08 yang sanggup meluangkan masa, duit dan tenaga dalam menjayakan program kali ini..Sekian..

Pengarah IHRAM 2008

Categories: Mahasiswa

Ceramah IHRAM ‘08 di KKTAZ Rabu ini…

Ceramah IHRAM '08

Ceramah IHRAM

Categories: Mahasiswa

Perutusan 16 September 2008…

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..,

Dalam keadaan Ketidakstabilan politik tanah air, saya tergerak untuk memberikan sedikit Perutusan Sempena 16 September 2008 iaitu Hari Lahir Malaysia.. Ingin ditekankan di sini bahawa, setiap apa yang saya lontarkan melalui tulisan-tulisan saya di dalam blog ini adalah hanya daripada pandangan peribadi saya semata-mata dan orang lain ( pembaca ) boleh menilai sendiri tulisan saya dan sudah barang tentu, anda juga mempunyai pandangan tersendiri.. Blog adalah suatu wadah bagi saya berkongsi pandangan dan teguran tetapi bukanlah untuk menghentam sesiapa..Jangan bersangka buruk dengan BLOG kerana blog Pilihanraya ke 13 merubah ‘Peta Malaysia’ dan Kerajaan Malaysia juga tidak menyekat penggunaan blog oleh sesiapa pun dan saya yakin & percaya Allah S.W.T juga tidak menghalang untuk mengatakan kebenaran.. Jika ada sebarang ‘penipuan’ @ ‘fitnah’ di dalam penulisan saya ini, saya akan tanggung atas dosa saya..Harap Maklum..

Saudara sekalian…

Tanggal 16 September 2008 merupakan tarikh yang bersejarah tetapi seringkali dilupakan oleh Masyarakat Malaysia umumnya..16 September merupakan tarikh Penubuhan Malaysia ataupun boleh diistilahkan sebagai ‘Birthday Malaysia’.. Di sini ingin saya tekankan bahawa, Penubuhan Malaysia yang merdeka memberi seribu erti yang bermakna untuk kemakmuran dan kesejahteraan Rakyat Malaysia keseluruhannya.. Malaysia yang ada pada hari ini perlulah diubah kepada keadaan yang lebih baik dari segi politik, ekonomi, sosial dan sebagainya.. Kemerdekaan yang dikecapi pada 31 0gos 2008 merupakan kemerdekaan yang ke-51 Malaysia.. Jadikanlah kemerdekaan itu sebagai titik permulaan yang penuh keertian untuk mendidik jiwa kita menjadi seorang yang bebas dan merdeka..

Oleh itu, marilah kita menyambut 16 Mei 2008 ini dengan penuh kesyukuran kehadrat Allah S.W.T dan kita panjatkan kesyukuran yang sesungguhnya agar Malaysia yang ada pada hari ini lebih maju, bebas dan bermakna..


Categories: Isu Semasa

Penat…Tapi Menggembirakan..-IHRAM ‘08 dlm Kenangan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera…

Firstly, ingin diucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua penghuni-penghuni Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi yang sudi meluangkan masa bagi memeriahkan suasana “Gotong-Royong Memasak Bubur Lambuk” pada Hari Ahad (14 September 2008) dan tidak dilupakan kepada semua AJK-AJK IHRAM’08 yang bertungkus-lumus sejak malam sebelumnya lagi bagi membuat persiapan untuk majlis ini..Ucapan Terima Kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada pak cik kafe yang antaranya ialah Pak Cik Abu, Pak Cik Zul & Pak Cik Aziz kerana tanpa mereka bertiga, kami rasakan program ini tidak dapat berjalan dengan lancar..

Huuuhhhh…Penat..Tapi Menggembirakan.. Itulah yang dapat diperkatakan mengenai Majlis Gotong-Royong Memasak Bubur Lambuk semalam, kepenatan yang dirasai sedikitpun tidak dapat mematahkan semangat kami bagi melangsaikan 1 periuk dan 2 kawah bubur lambuk..Maklumlah..bulan puase..letih tapi nak minum x boleh..Tp ape pn, semangat dan keikhlasan yang ditunjukkan oleh mereka yang hadir akan saya kenang dan ingati selalu selagi hayat dikandung badan..

Sahabat-sahabat…,

Majlis Gotong-Royong ini memang meriah dengan suasana gelak ketawa dan lawak santai yang dipelopori oleh Pak Cik Abu dan Pak Cik Zul membuatkan kami tidak kering gusi dengan tawa.. Ini sedikit membuatkan kami terhibur sehinggakan tidak merasakan keletihan dan lapar.. Beginilah suasana yang kami inginkan agar ‘keletihan’ kami sebelum ini, ‘kerisauan’ kami dengan kekangan kewangan yang sebegitu rupa, sedikit sebanyak meningkatkan semangat kami untuk berbakti dan meneruskan IHRAM ‘08 ini yang InsyaAllah akan berakhir pada 23 September 2008 ini..

Dalam menyiapkan bubur lambuk yang dalam niat kami, semua penghuni kolej dapat merasai walaupun sedikit..Alhamdulillah..Majlis ini berjaya dengan baiknya..Bagi mereka yang tidak turut serta dalam majlis ini, suatu kerugian pada diri mereka sendiri kerana selepas ini tidak akan ada lagi program sebegini dan tidak akan ada lagi pertanyaan-pertanyaan dari mana dapat kanves ini?? Dari mana dapat semua bahan-bahan ini..??.. Carilah sendiri sepertimana kami pun mencari dengan tangan dan kudrat kami..

Saya yakin dan percaya kehadiran mereka yang prihatin semata-mata untuk menolong pihak kami adalah ikhlas kerana Allah Taala..Kami tidak dapat memberikan apa-apa sumbangan kepada anda tetapi kami yakin dan percaya Allah telah menjanjikan kenikmatanNya kepada anda semua..

Akhir sekali, saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih sekali lagi di atas segala pengorbanan daripada segi tenaga, masa dan duit kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Majlis Gotong-Royong Memasaka Bubur Lambuk ini.. Ada Ubi Ada Batas, Ada Masa Bolehla Di Balas…

Kalau Ada Sumur Di Ladang,

Boleh Kami Menumpang Mandi,

Kalau Ada Umur Yang Panjang,

Boleh Kami Berjumpa Lagi..

Sekian…Terima Kasih

Categories: Mahasiswa

Bersama-sama ‘Gotong-Royong Memasak Bubur Lambuk’

Categories: Mahasiswa