DEBAT- Anwar Vs Shabery
Debat yang berlangsung semalam membuktikan sedikit ‘ketelusan’ di peringkat Kerajaan dalam memberikan peluang kepada pihak pembangkang ( Pakatan Rakyat ) di dalam arena politik di Malaysia. Setelah 50 tahun Malaysia merdeka, baru sekarang Parti Pembangkang diberikan hak yang sama rata oleh pihak Kerajaan dalam menyuarakan pandangan atau pemikiran mereka kepada rakyat Malaysia secara langsung di dalam televisyen yang dahulunya dipelopori oleh pihak Kerajaan. SYABAS dan TAHNIAh diucapkan..!!!
Secara ringkasnya, perdebatan semalam bukanlah untuk bergaduh atau menyerang ‘peribadi’ seseorang tetapi adalah bermotifkan kepentingan rakyat umumnya. Jika pentas perdebatan ini hanya digunakan untuk menyerang peribadi pemimpin, amat malanglah sikap sebegini hadir oleh pemimpin yang dipilih oleh rakyat dan disanjung tinggi oleh rakyat Malaysia.
Jika kita perhatikan sejarah arena politik di Malaysia sewaktu zaman Tun Dr. Mahathir lagi, para pemimpin Parti Pembangkang dinafikan hak mereka untuk ‘keluar’ di media elektronik, walaupun diserang oleh pihak Kerajaan (BN/UMNO), pemimpin parti pembangkang hanya sekadar menjawab isu-isu tersebut di pentas ceramah mereka sahaja. Alangkah malangnya lagi bilamana isu-isu yang dijawab oleh pemimpin pembangkang tidak didengar oleh seluruh rakyat Malaysia.
Kedapatan juga pemimpin pembangknag yang ‘keluar’ ke media elektronik tetapi bukannya mengulas tetapi sekadar ditanyang mukanya..tetapi ulasan hanya oleh pembaca berita. Sedar atau tidak fenomena ini sudah lama berlangsung di Malaysia ini sehinggalah berlakunya perubahan yang besar di dalam Pilihanraya yang lalu sehingga menyebabkan Pihak Kerajaan sedikit ‘keterbukaan’ dalam media cetak dan elektronik.
Tetapi apa pun yang dilaksanakan mestilah bermotifkan untuk kepentingan rakyat Malaysia umumnya..Janganlah untuk mempopularitikan diri sendiri di depan mata rakyat tetapi haruslah memberikan peranan yang baik dan aktif dalam masa kegawatan ekonomi dunia dan inflasi yang tidak ketentuan ini
Mekanisme yang kita tawarkan ternyata bukanlah satu yang mustahil sebenarnya:
1. Untuk menurunkan harga petrol sebanyak 50 sen kita hanya memerlukan tambahan RM5 bilion sahaja keatas subsidi yang telahpun diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini.
2. Kita mempunyai maklumat bahawa Tenaga Nasional Berhad (TNB) mempunyai “excess capacity” yang melebihi 1000 MW. Ini adalah bekalan simpanan yang tidak digunakan. Ia boleh kita turunkan dan akan menjimatkan kos kepada TNB dan juga mengurangkan penggunaan bahan bakar untuk menjana elektrik. Penjimatan kos TNB ini memungkinkan kita menyemak kembali tarif elektrik. Pengurangan penggunaan bahan bakar pula membolehkan kita menyalurkan subsidi bahan bakar yang diperuntukkan untuk syarikat penjana kuasa bebas (IPP) bagi menjana tenaga elektrik kepada subsidi minyak untuk rakyat jelata.
3. Pembanterasan korupsi dan rasuah juga memastikan tiada lagi ketirisan berlaku. (Morgan Stanley menunjukkan RM330 bilion (USD90 bilion) telah lesap kerana amalan rasuah yang berleluasa.
Pendirian Pakatan Rakyat adalah jelas iaitu sebuah kerajaan yang bertanggungjawab adalah sebuah kerajaan yang cuba sedaya upaya untuk meringankan beban rakyat seluruhnya. Negara kita berhadapan dengan kadar inflasi yang tinggi akibat kenaikan harga minyak secara mendadak. Ini menyebabkan pertumbuhan ekonomi merencat sekaligus menyusahkan rakyat kerana harga barang seperti gula, tepung, minyak masak dan beras naik.
Antara gambar-gambar menarik sidang DEBAT;


























Recent Comments