Home > Isu Semasa > Warkah Untuk Mahasiswa..

Warkah Untuk Mahasiswa..

Pemimpin tidak lahir di bilik kuliah
tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas
kancah, muncul di tengah-tengah
pengumpulan masalah, menonjol di
kalangan rakan seangkatan lalu diterima
dan didukung oleh umat.� � Bapak Natsir

sahabat-sahabatku sekalian;

Tanggal 8 Mac lalu menyaksikan satu
�backdrop� baru telah menghiasi landskap
komposisi pemerintahan negara yang mana
terheret bersama dalam klimaks
�backdrop� baru ini adalah kelangsungan
aktivis muda dalam kancah politik tanah
air yang masih bergelar mahasiswa-mahasiswi.

Penglibatan mereka sekaligus
memperlihatkan satu ’self projections’
dalam menyediakan diri sebagai apa yang
dikenali sebagai �waiting goverment
agenda� buat masa hadapan.

Tanggal 8 mac yang lalu juga memberikan
suatu anugerah buat semua mahasiswa dan
siswi dalam proses membentuk zaman
peralihan yang bersifat �revolusi idea�
bagi membentuk peranan kemahasiswaan
yang lebih berani, matang, proaktif dan
bertenaga serta berkeupayaan dalam
pengajian dan segenap ruang sistem
kehidupan serta kenegaraan (yang
sifatnya rasa bertuhan).

�Suaka politik� yang terhasil dari kesan
keputusan rakyat secara terang lagi
terbuka memberikan suatu penampan baru
buat siswa-siswi menggarap
manifestasi-manifestasi yang bersifat
realiti dalam segenap sudut kehidupan
rakyat. Lihat saja apa yang berlaku di
Turki setelah 86 tahun berada dalam
kesamaran hidup dengan tidak rasa
bertuhan yang kini telah perolehi sinar
baru yang boleh saja menyingkap kembali
kegemilangan pemerintahan Islam selama
623 tahun lalu yang telah bertapak
dibumi tersebut.

Sepertimana yang dinyatakan oleh Pak
Natsir dalam pembuka bicara di atas,
sebenarnya apa tersirat dalam
kata-katanya adalah bukan bermakna
setiap siswa atau siswi perlu
mengorbankan pengajiannya tetapi apa
yang cuba dizahirkan disini adalah
kematangan sebagai seorang siswa bukan
sahaja terlangkup dalam dewan kuliah
semata namun ianya mesti dinatijahkan di
peringkat dalam dan juga luar kampus.

Ini kerana sejarah telah menzahirkan
ramai tokoh kenegaraan lahir dari pentas
politik kampus yang berlatarkan warna
kecermelangan menyampaikan suara siswa
serta membela, menuntut dan
mempertahankan pelbagai isu dalam dan
luar negara seiring dengan kecemerlangan
akedemik.

sahabat-sahabatku sekalian;

Mood perubahan yang melanda dalam
landskap politik tanah air dan juga
penglibatan siswa dalam mencorakkan
landskap politik negara membuatkan saya
semakin optimis bahawa penampilan
kepimpinan pelajar semesti melalui
proses perubahan yang radikal seperti
penglibatan dalam kancah politik perdana
bermula dengan menggerakkan seluruh
peranan kepimpinan pelajar di peringkat
kampus dengan memperjuangkan pelbagai
isu berkaitan hak-hak pelajar,
mengetengahkan pelbagai program yang
membawa aspirasi pelajar selari dengan
tuntutan agama, menampilkan seberapa
ramai bakat-bakat baru dalam kepimpinan
melalui cubaan proses bersuara secara
terbuka, sepertimana dilakukan oleh
pelajar-pelajar di Amerika di mana
mereka disediakan satu pentas kecil
untuk menyuarakan dan berhujah pelbagai
isu bermula dari isu kependidikan
sehingga ke isu kenegaraan dalam bentuk
menyuarakan hak-hak rakyat.

Para pemimpin mahasiswa-siswi sekalian,
bagi mendokong menifestasi
memperjuangkan hak-hak rakyat melalui
suara mahasiswa maka perubahan di atas
mesti diteruskan dengan mewujudkan
�engagement� bersama kepimpinan rakyat
agar kita tidak mudah melatah dan kekok
apabila berhadapan dengan realiti
sebenar dalam kancah perjuangan rakyat
apabila berhadapan dengan pelbagai
karenah manusia di luar sana.

Ya! Ia bukan suatu yang mudah tetapi
amat penting bagi membentuk �life
practical� supaya dapat meleburkan sikap
dan sifat egoistik, futur, prejudis dan
pelbagai bentuk pantang larang yang
hanya merugikan kita.

Perubahan ini penting lebih-lebih lagi
diwaktu landskap politik tanah air masih
lagi dilanda badai tsunami diharapkan
seluruh mahasiswa-siswi menjadikan
anjakan dalam kepimpinan suatu bentuk
perubahan positif sebagai mega-reform
bagi menepis segala jenis tanggapan
negatif yang dihambur kepada mahasiswa kini.

Manakala bagi gerakan Islam dalam
gerakan pelajar jadikan apa yang berlaku
pada 8 Mac yang lalu mesti dinatijahkan
segera warna latar yang baru bagi
membina ‘benchmark’ baru untuk kesan 4
atau 5 tahun dari sekarang bagi suatu
pelan jangka pendek dan benchmark untuk
10 tahun dari sekarang untuk pelan
jangka panjang bagi melahirkan
insan-insan berkualiti, berilmu,
bertaqwa, beramal dan berani.

sahabat-sahabatku sekalian;

Saya bawakan pandangan seorang ilmuan
Barat mengenai gerakan Islam. renungilah.

�Sesungguhnya gerakan Islam kebiasaannya
berkembang dengan begitu pantas yang
boleh mengejutkan manusia. Ia boleh
meletus tiba-tiba sebelum para
pemerhatinya mengenal pasti tanda-tanda
amarannya yang menyebabkan ia sukar
dikaji.� � Prof. Gibb

Dan berdasarkan pandangan tersebut
dibawakan di sini petikan maksud dari
kitab suci al-Quran sebagai renungan:

�Wahai orang-orang yang beriman, kalau
kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah
membela kamu (untuk mencapai kemenangan)
dan meneguhkan tapak pendirian kamu.�
(Surah Muhammad: 7)

Categories: Isu Semasa
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.
You must be logged in to post a comment.