MPMUM Menteri…JIK/JTK ADUN???

Assalamualaikum dan Salam Perobahan buat Mahasiswa Universiti Malaya…

Masih teringat kata pepatah seorang bekas presiden kolej kediaman “MPMUM ni Menteri, dan JTK ni macam ADUN, kalau menteri nak masuk kawasan ADUN, eloknya minta kebenaran dahulu, baru katanya ada adab”-Ayuni

Bila membaca artikel di UM-today dan tulisan saudari Ayuni berkenaan dengan MPMUM ini ibarat Menteri dan JIK/JTK pula ibarat ADUN yang memerintah di peringkat Kolej Kediaman. Hati saya sedikit tergelak dengan ungkapan sebegini yang mana, saya mempunyai sedikit pengalaman bilamana berada di Kolej Kediaman Ke-10 2 tahun yang lepas dan boleh dikatakan saya cukup aktif dalam kegiatan atau program Anjuran Balai Islam dan pernah memegang jawatan di dalam Balai Islam Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi.

Bila bercakap soal Menteri dan ADUN ini saya ingin rungkaikan apa maksud Menteri dan ADUN yang sebenarnya dari kacamata politik kerana organisasi yang ditubuhkan ini adalah cebisan kecil dari politik dan pemilihan MPMUM juga melalui politik iaitu pilihanraya. Bezanya yang pertama adalah, JIK dan JTK bukan dipilih melalui pilihanraya Kolej Kediaman dan mereka ini dipilih melalui Pengetua Kolej Kediaman. Itu suatu perkara yang perlu dileyakkan di dalam otak dan akal fikiran Presiden-presiden Kolej Kediaman sekarang dan pertubuhan atau organisasi yang mengelarkan diri mereka Sekretariat Presiden Kolej Kediaman (SPKUM).

Menteri MPMUM yang memerintah di peringkat Pusat iaitu Universiti Malaya dan ADUN yang memerintah di peringkat Negeri iaitu JTK dan JIK beserta dengan barisan Pengerusi Kelab di dalam Kolej Kediaman dan Menteri Besar adalah Presiden Kolej. Ini adalah carta organisasi yang tepat bagi sesebuah organisasi di peringkat pemerintahan. Tetapi persoalannya ialah, apa akan jadi bilamana Menteri yang memerintah di peringkat Pusat tidak sekupu dengan ADUN yang memerintah di peringkat Kolej Kediaman???

Saya membaca lagi tulisan beliau yang berbunyi begini ;

Saya tidak mahu ulangi kesilapan yang pernah berlaku dahulu apabila pihak MPMUM turun padang untuk bertanyakan isu kebajikan mengenai pelajar yang dibuang kolej kediaman, dan dikatakan tidak mengikut saluran yang betul ( tidak berbincang dengan JTK/JIK ) terlebih dahulu.

Inilah yang akan berlaku bila Menteri yang memerintah tidak sedondong pemikiran dan ideologi dengan ADUN yang memerintah di peringkat Kolej Kediaman. Akan berlaku seperation of power yang melibatkan kuasa 2 puak yang memerintah. Kumpulan di peringkat Menteri seboleh daya ingin menyelesaikan permasalahan di peringkat Kolej Kediaman kerana memang bidang kuasa mereka memantau kebajikan dan permasalahn Mahasiswa UM tetapi pemantauan yang mereka cuba laksanakan ini dihalang oleh ADUN yang memerintah di Kolej Kediaman.

Terus terang saya mengatakan bahawa persepadanan pemerintahan yang dilaksanakan di UM pada masa kini tidak sempurna dan menyebabkan masalah dan kebajikan mahasiswa terpinggir dan terus tidak diambil perhatian oleh pihak yang memerintah. Apa akan jadi dengan kebajikan mahasiswa jika masalah ini berlarutan dan berpanjangan?? Sekarang ini timbul isu cadangan penutupan Dewan Makan di Kolej Kediaman dengan beralasankan faktor kelemahan pentadbiran dan isu ini cukup menyengat hati mahasiswa jika cadangan ini dikuatkuasakan nanti.

Pihak Menteri cuba ingin menyelesaikan masalah ini dengan bidang kuasa mereka manakala pihak ADUN juga ingin menjadi pahlawan samurai di peringkat Kolej Kediaman bagi menyelesaikan isu dan masalah ini tanpa melibatkan pihak Menteri. Kesungguhan Saudari Ayuni untuk berkerjasama dalam menangani isu ini perlu diberi perhatian oleh pihak ADUN kerana kuasa mereka hanya terbatas dalam ruang lingkup Kolej Kediaman dan sepatutnya jika masalah sebegini tidak dilayan oleh Pihak Pentadbiran Kolej Kediaman maka sudah semestinya Menteri di peringkat Pusat akan membawa isu ini keperingkat NC sebagai kuasa tertinggi di UM ini.

Susah kah untuk bekerjasama bagi menangani isu dan masalah mahasiswa?? Masing-masing mempunyai ego dan tidak mahu mengalah untuk bekerjasama dalam satu pasukan walaupun jersi yang berbeza. Ketepikan skop ketidaksamaan di dalam kancah politik kampus dan sepatutnya menjalinkan persepakatan yang jitu dan berhemat untuk kebaikan mahasiswa bukan menjadi hero jalanan yang akan diangkat nama dan meraih pangkat dan sokongan. Skop inilah yang akan memundurkan kredibiliti kepimpinan dan seterusnya yang terus-terusan menjadi mangsa ialah Mahasiswa!!!

mpmumSPKUM

Categories: Mahasiswa, Personal

Bingkisan Motivasi Diri 7 : Manusia sama dengan Haiwan???

surah jumaa'ah ayt 5

Assalamualaikum w.b.t.,

Salam Motivasi Diri buat semua…

Bila berbicara tentang manusia ini teringta saya kepada suatu ayat seperti mana ayat di atas dari Surah al-Juma’ah ayat 5..Rupa-rupanya terdapat ayat yang terang membandingkan manusia ini dengan haiwan dan bukan sahaja ayat ini bahkan banyak lagi ayat-ayat yang membandingkan perilaku manusia dengan sifat haiwan. Betulkah perilaku kita ini seakan-akan sam dengan haiwan? Dan haiwan yang macam mana yang dimaksudkan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran??

Ayat di dalam Surah Al-Jumaah ditujukan khas terhadap Orang Yahudi yang telah diturunkan Kitab Taurat kepada mereka untuk mereka beramal dengannya tetapi mereka ingkar dan sombong tanpa melaksanakan isi kandungan Kitab Taurat dan menafikan kendungannya. Oleh sebab itu, Allah S.W.T di dalam ayat tadi meLABELkan tindakan Yahudi tadi dengan KELDAI yang memikul bebanan kitab-kitab yang banyak dibelakangnya.

Yahudi diumpakan dengan KELDAI dan juga manusia lain kerana sifat keldai yang tidak tahu apa-apa tentang manfaat buku dan kitab apatah lagi untuk mengikut isi kandungannya. Allah S.W.T telah menyamakan perbuatan orang Yahudi seumapama dengan KELDAI dengan begitu hina dan dina sekali. Tetapi, hakikat yang perlu dikatakan secara jelas dan terang bahawa, gologan Yahudi lebih hina daripada haiwan seperti KELDAI ini bahkan lebih teruk lagi. Keldai atau haiwan lain tidak diberikan akal fikiran untuk berfikir dan membezakan antara yang baik dan buruk tetapi Allah S.W.T tetap memberikan kurniaan yang paling mulia kepada orang Yahudi iaitu nikmat Akal untuk mereka berfikir tentang Allah S.W.T dan menjalankan segala perintahNya yang terknadung di dalam Kitab Taurat tetapi mereka mendustakan ayat-ayat Allah S.W.T dan menafikan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.

Terdapat juga ayat yang lain untuk melabelkan mereka ini lebih teruk lagi sepertimana di dalam Surah Al-A’raf ayat 179 yang bermaksud :

Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

YAHUDI SAHAJAKAH SEPERTI KELDAI??

Rentetan tadi adalah perumpamaan yang jelas dinyatakan oleh Allah S.W.T kepada manusia yang bergelar bangsa Yahudi. Kita seringkali mengutuk dan menanamkan sifat benci dan marah terhadap bangsa Yahudi kerana menindas dan menzalimi saudara-saudara kita di Palestin, tetapi sedarkah kita dalam kita ‘berdendam’ dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Yahudi itu, tetapi di dalam diri kita terselit suatu sifat seperti KELDAI yang ada otak tetapi tidak bol eh berfikir!!!

apartheid_in_palestine

Allah S.W.T terus-terus mengatakan dengan jelas bahawa bangsa Yahudi ini bukan saudara atau kawan kita yang boleh kita berbincang dan berkawan rapat. Mereka adalah musuh kita!! Tetapi apa yang ingin saya nyatakan di sini adalah bukan Bangsa Yahudi sahaja yang menjadi taruhan bahkan perilaku, perangai dan perbuatan juga sesekali tidak boleh menyerupai bangsa Yahudi dan bangsa-bangsa lain yang mempunyai perilaku bertentangan dengan ajaran Islam.

Kita boleh melihat pada masa kini bahawa lemahnya semangat dan roh Islam di dalam diri manusia terutamanya yang bergelar Orang Islam khususnya saya kaitkan di Malaysia ini. Remaja-remaja Islam mulai lupa dengan ajaran Islam dan bertambah lalai dengan perangai dan sikap golongan-golongan Kafir yang meruntuhkan akidah dan tiang agama Remaja Islam. Mana mungkin, golongan Yahudi mampu untuk memesongkan akidah Umat Islam secara direct tetapi mereka mampu memesongkan akidah pemuda-pemuda, remaja-remaja Islam dengan buaian dunia yang indah dan menyeronokkan.

Sahabat-sahabat sekalian, kita menyaksikan belia-belia dan remaja Islam yang rosak dan terjerumus ke lembah maksiat yang menjadi-jadi. Kes sosial yang semakin menjadi-jadi menyebabkan saya terfikir siapakah yang bersalah sebenarnya di dalam permasalahan yang berlaku kini?? Adakah Ibu Bapa penyebab utama di dalam permasalahan anak-anak atau diri sendiri yang menjadi faktor utama di dalam kemerosotan cara hidup dan perangai ramaja Islam masa kini??


ANAK LUAR NIKAH


Kes pembuangan bayi dan anak luar nikah yang menjadi idola remaja Islam yang ketagihan nafsu seks yang rakus mengakibatkan ramai yang menempah tiket-tiket neraka di akhirat nanti. Hai manusia, sanggupkah kamu membunuh darah daging sendiri dengan mengugurkan anak yang dikandung disebabkan kerakusan nafsu kamu yang tidak bertempat?? Fikirkanlah wahai remaja-remaja di luar sana bahawa anak yang tidak berdosa menjadi mangsa disebabkan perbuatan kamu untuk memuaskan nafsu serakah yang tidak bertempat itu!!!

buang bayi

Kejahatan Manusia

Saudara-saudari di luar sana, bagaimana hati anda bila melihat gambar di atas?? Adakah hati kita sedang memaki hamun orang yang melakukan perbuatan terkutuk ini ataupun hati kita masih lagi mengatakan ‘biasa’ sahaja kerana banyak lagi perbuatan seumpamana ini berlaku tetapi tidak dilaporkan ataupun anda pernah melakukan perbuatan sebegini??

Bagaimana hebatnya manusia diciptakan oleh Allah S.W.T dengan akal yang baik, diletakkan di dalam rahim ibu selama 9 bulan dan keluar bak rahmat untuk keluarga tetapi, anak yang dahulunya lahir daripada perut ibu yang mengandungkannya tetapi anak itu jugalah yang sekarang ini mengandung tetapi membuang bayi dan darh daging sendiri di tepi jalan!!

Orang akan marah bila saya mengatakan mereka itu tidak BERTAMADUN!!! Melakukan perbuatan Puak-puak JAHILLIAH dahulu kala dengan menanam bayi hidup-hidup.. Mari kita befikir sama-sama, adakah sama kita dengan golongan JAHILLIAH dahulu dengan kita sekarang? Mereka dahulu juga membuang dan menanam bayi dan kita kini pun membuang dan menanam bayi juga..!!! Apa beza kita dengan mereka? Mungkin terdetik dalam hati kita bahawa bezanya dahulu zaman kuno sekarang zaman moden..

Persetankan zaman dan ketamadunan jikamana diri kita ini masih lagi di dalam belenggu JAHILLIAH yang tegar dan melakukan perbuatan-perbuatan JAHILLIAH yang mengundang persamaan dengan golongan dahulu. Zaman mungkin akan berubah dan bertukar tetapi akhir zaman akan datang dengan perbuatan yang sama dengan ZAMAN JAHILLIAH dahulu kala itu..Mari sama-sama kita berfikir dan merenung diri sendiri sejauh mana keupayaan akal kita dalam membendung dan mengikis sifat-sifat Mazmumah yang ada di dalam diri kita ini.

DAyus Manusia bersifat Haiwan

Dayus Manusia Bersifat Haiwan!!!

Salam Motivasi Diri dari saya..Fikir-fikirkan..Motivasikan Diri..Majukan Ilmu


Categories: Motivasi, Personal

Bingkisan Motivasi Diri 6

Salam Motivasi Diri buat semua…

Dengan keterbatasan waktu yang ada pada minggu-minggu stdy week ini, tetepi saya tetap komited dan melapangkan waktu dan masa untuk bersama-sama dengan Alang dan Abg Li di dalam Program Motivasi yang pada kali ini diadakan di Kem Ulu Yam, Selangor. Kem ini diadakan selama 3 hari 2 malam dan peserta-peserta yang menghadiri kem ini ialah belia-belia negeri Melaka yang dipilih khas oleh pihak KEMAS negeri Melaka.

Kem yang happening dan syok giler dengan adik-adik Melaka ini mmg best la di samping banyak pengalaman yang saya dan mereka dapat sepanjang program ini. Antara program yang digarap untuk adik-adik Melaka ini ialah ;

  • Ketuhanan
  • Jungle Tracking
  • Flying Fox
  • Xplorasi Iman
  • Memburu Cinta Agung
  • Putera & Puteri SOleh dan banyak lagi….

Orang-orang Melaka memang best la…Walaupun kem ini selama 3 hari 2 malam, terpaksa duduk di dalam hutan dengan tiada line untuk sms or kol, mereka tetap mengatakan kem ini adalah paling best yang pernah mereka sertai..Syabas dan tahniah kepada seluruh barisan FC yang bertungkus lumus menjayakan program ini dengan telatah dan sikap adik-adik Melaka kita ini..Buat semua adik-adik, abg harapkan anda semua mengambil pengajaran yang anda dapat di dalam kem yang kita anjurkan ini buat masa depan adik-adik semua..Perobahan itu penting demi Kemajuan dan Kejayaan diri sendiri.

Salam Motivasi Diri dari saya..Fikir-fikirkan..Motivasikan Diri..Majukan Ilmu

Gambar-gambar Kenangan dgn adik2 Melaka :

urutan ksh sygsyok tgh urut2 kwn2

sesi relaxsasi

wajah ceria sblm daki bukit

standby jungle tracking

pengembaraan bermula

kenangan bersama adik2Hidayah,Kak arni n adik peserta

pgg belon ke dik??pengembaraan diteruskan lg

3 org FC ni...heheCIMG4284

Categories: Motivasi, Personal

Program Motivasi Musim Cuti Sekolah

kempi

Cuti sekolah datang lagi… Apa nak buat? Ke mana nak pergi?
Jom sertai Kem Perkasa I

Perkasakan iman, intelek dan imej anak-anak kita.
Rasai kelainannya… Bersama trainer dan fasilitator berpengalaman. Merealisasikan impian anda melahirkan generasi Soleh dan Solehah.

Maklumat Kem Perkasa

Sek. Rendah

Tarikh : 23 – 25 Nov 2009
Tempat : Nur Laman Bestari Ulu Yam

Tarikh : 6 – 8 Dec 2009
Tempat : Nur Bukit Unggul Eco-Resort Sepang

Sek. Menengah

Tarikh : 1 – 3 Dec 2009
Tempat : Nur Laman Bestari Ulu Yam

Tarikh : 11 – 13 Dec 2009
Tempat : Nur Bukit Unggul Eco-Resort Sepang

1) Sila confirmkan penyertan anda dengan menghantar sms di 019 6230019 (Alang-Naemi) atau 0193383907 (En.Ghazali).
2) Anda boleh bank in yuran pendaftaran di akaun kami atau anda boleh terus membayar yuran pada hari kem tersebut.
3) Sila bawa borang dan resit pembayaran pada hari kem tersebut.

Categories: Motivasi, Personal

Salam Imtihan Buat Semua…

Ridzuan_Exam

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Perjuangan…

Di kesempatan kita menghadapi liku-liku di dalam arus perjuangan untuk menghadapi Peperiksaan Semester bagi sesi kali ini, saya ingin mengucapkan Salam Imtihan dan Salam Kejayaan buat sahabat-sahabat yang berada di Universiti Malaya, UIA, UKM, UPM, UUM, dan di Universiti dan pusat-pusat pendidikan yang lain, moga-moga kita akan mendapat kejayaan yang besar di dalam Peperiksaan kali ini. Kita memohon juga agar dibukakan dan dilembutkan  hati kita untuk menerima ilmu dari Allah S.W.T..

Jadikan Imtihan pada kali ini sebagai wadah perjuangan kita di dunia ini sebagai way untuk kita berjaya di dunia dan akhirat..InsyaAllah..Saya mendoakan kita semua akan berjaya di dalam lapangan masing-masing.

Orang yang cemerlang sentiasa mencari Emas dalam diri, Allah menciptakan manusia dengan sempurna tapi kebanyakan orang tidak sedar akan kehebatan dirinya. Dengan mengenal diri secara mendalam, kita dapat menerobos sempadan diri….

Mohd Ridzuan Bin Othman

Mahasiswa Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Tahun 3

Sarjana Muda Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam (Alam Sekitar)

http://ridzuan1706.wordpress.com

Categories: Personal

Antara “Kerajaan Perpaduan” & Konflik Pemimpin PAS

Pimpinan PAS

PAS dan Pakatan Rakyat

Kekecohan masalah Pimpinan PAS semakin menuju kemuncaknya apabila Tok Guru Nik Aziz sudah tidak berdaya untuk melihat kepincangan yang berlaku di dalam Parti Islam Semalaysia (PAS) ini yang merupakan Parti Islam terbesar dan paling berpengaruh di Malaysia ini. Keupayaan PAS di dalam memenangi hati masyarakat Islam di Malaysia ini dapat dilihat di dalam kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat di dalam Pilihanraya ke-12 yang lepas. Paling membanggakan juga, kemenangan PAS yang berjaya mengekalkan 19 tahun pemerintahan di Kelantan dan Tok Guru Nik Aziz sebagai role model dan idola rakyat Kelantan.

PAS pernah bertampuk di Terengganu selama 4 tahun dan kejayaan demi kejayaan telah dapat dilaksanakan walaupun pada ketika itu kekuatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim belum lagi muncul dalam jiwa rakyat Malaysia dan PAS mengukir jalan dan liku-liku politik yang tersendiri di dalam menawan hati rakyat Malaysia untuk menyokong dan mendokong perjuangan PAS. Kini nyata bahawa PAS bertampuk kukuh di Malaysia dan digeruni oleh Pimpinan UMNO dan BN tetapi tidak didasarkan melalui perbuatan mereka. Kredibiliti dan pengaruh Tok Guru Nik Aziz dilihat sebagai Kekuatan dan faktor kemenangan PAS di semua tempat di samping Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang.

Mengungkap sejarah kemenangan PAS amat pedih dan liku-liku yang ditempuhi para Pemimpin PAS amat sukar dan pada ketika dahulu juga PAS perlu bertempur dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim iaitu orang no. 2 dalam UMNO dan BN kektika itu dan ini sejarah yang akan diingati selama-lamanya. Akibat kesungguhan Pemimpin PAS dengan perjuangan untuk menegakkan Islam, maka dapat dilihat hari ini bahawa Allah telah memberikan kejayaan yang besar dan UMNO perlu menilai semua ini di dalam skop dan kacamata Islam bukan politik semata-mata.

PAS pernah menyertai Barisan Alternatif pada masa dahulu dengan kerjasama DAP dan PKR sehinggakan PAS sanggup berdampingan dengan DAP walaupun ideologi perjuangan yang tidak seiras ketika itu sehinggakan bubarnya BA dan pabila kembalinya Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke kancah politik tanahair dan beliau kembali menyatukan PAS bersama DAP maka, tertubuhlah Pakatan Rakyat (PR).

KONFLIK KERAJAAN PERPADUAN

KERAJAAN PERPADUAN

Cetusan idea Kerajaan Perpaduan bermula pada Muktamar PAS yang lepas oleh Presiden PAS sendiri, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang. Bermula di saat itulah, kerajaan perpaduan dijaja dan dijadikan isu yang besar di kalangan Pemimpin PAS, penyokong dan pendokong dan perkara ini tidak disenangi oleh Mursyidur Am PAS, Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kerajaan Perpaduan yang dicanang-canangkan ialah pergabungan di antara PAS dan UMNO termasuklah BN untuk membentuk sebuah Kerajaan Malaysia yang digelarkan sebagai Kerajaan Perpaduan. Isu ini timbul melalui pemerhatian kacamata politik apabila PAS sudah tidak mempunyai harapan untuk membentuk ‘kerajaan’ bersama PKR dan DAP kerana isu-isu yang melibatkan konflik dalaman PKR dan persetentangan perjuangan dengan DAP.

Tetapi, perkara ini langsung tidak disenangi oleh Tok Guru Nik Aziz sehinggakan berlakunya perselisihan pendapat di antara Tok Guru dengan Presiden PAS termasuklah juga Setiausaha Agung PAS yang merupakan orang kanan dan paling kuat menyokong kerajaan perpaduan Presiden PAS. Tetapi, isu ini mulai reda dan senyap seketika sehinggakan dimainkan kembali dan menjadi antara kekalahan PAS di Bagan Pinang. Selaku Mursyidur AM PAS, Tok Guru Nik Aziz meluahkan kerisauan Beliau tentang isu ini di dalam blog beliau dan mencadangakn agar Presiden PAS mengadakan EGM Khas bagi membaiki beberapa kerat “Pemimpin Bermasalah” di dalam PAS.

PEMIMPIN BERMASALAH ???

pemimpin bermasalah

Tok Guru Nik Aziz melontarkan kebimbangan dan kerisauan beliau berkenaan dengan isu-isu yang timbul ini lebih-lebih lagi berkenaan dengan Kerajaan Perpaduan yang dimainkan oleh beberapa kerat pimpinan PAS. Antara nama-nama yang dilabelkan oleh Tok Guru Nik Aziz sebagai pemimpin bermasalah antaranya ialah Presiden PAS sendiri, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat ISa, Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor selaku EXCO Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Dr. Hassan Ali.

Teguran atau pendangan Tok Guru untuk mengadakan EGM Khas PAS ekoran daripada cetusan-cetusan 4 pimpinan ini yang lebih cenderung untuk merealisasikan Kerajaan Perpaduan. Inilah yang menjadi masalah di dalam PAS bilamana ketetapan Muktamar PAS yang lepas agar Kerajaan Perpaduan ini bukan menjadi modala atau suatu perjuangan di dalam PAS. Dato’ Mustafa Ali juga pernah dipanggil oleh Tok Guru Nik Aziz dan begitu juga Timbalan Presiden PAS, Ust. Nasharudin Mat Isa ekoran keceluparan kedua-dua pemimpin ini mengeluarkan statement tanpa merujuk kepada Pimpinan Tertinggi PAS.

20729850

EGM KEPADA SEMINAR POLITIK

Mesyuarat Khas yang diadakan di Pejabat PAS semalam memutuskan bahawa tidak akan ada EGM Khas PAS tetapi bagi menyelesaikan beberapa isu yang berbangkit, PAS memutuskan untuk mengadakan Seminar Politik. Keputusan mesyuarat khas yang turut dihadiri oleh Tok Guru Nik Aziz itu juga memutuskan untuk mengheret PAS Selangor kepada Jawatankuasa Disiplin PAS atas beberapa isu yang dikeluarkan sewenang-wenangnya oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor berkenaan dengan Isu Penjualan Arak dan tegurannya terhadap jawatankuasa khas DUN Selangor yang menjalankan siasatan awam kes penggunaan dana.

mratkhas-pas

Tetapi yang jelas di dalam keputusan Mesyuarat Khas PAS ini memperlihatkan sedikit kepincangan di dalam Pimpinan PAS yang boleh dinilai sendiri oleh Ahli-ahli PAS untuk pemilihan pada Muktamar akan datang. Walaupun gesaan Tok Guru Nik Aziz untuk mengadakan EGM Khas bagi memberikan ruang dan peluang kepada Ahli Parti bagi memilih semula kepimpinan Tertinggi PAS tidak kesampaian tetapi itu bukan motif utama lontaran dan kritikan Tok Guru terhadap beberapa kerat Pimpinan PAS ini tetatp secara dasarnya untuk menyelesaikan masalah PAS supaya tidak berlarutan.

ADAKAH PAS AKAN BERPECAH?

Sejarah membuktikan bahawa perjuangan di kalangan Pemimpin dan ahli PAS adalah suatu perjuangan yang murni dan suci dan tonggak perjuangan PAS adalah untuk melihat Islam ditegakkan di bumi Malaysia ini walaupun berdepan dengan seribu macam dugaan dan halangan. PAS mempunyai seorang Pemimpin yang paling disayangi oleh Rakyat Kelantan dan disegani oleh segenap Rakyat Malaysia iaitu Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ini juga diakui oleh Kepimpinan UMNO itu sendiri. Kekuatan, kelembutan dan darah Ulama’ yang mengalir di dalam tubuh Tok Guru memberikan suatu mukjizat kepada PAS untuk terus bertapak dan memerintah Kelantan Darul Naim dan juga di mana-mana pilihanraya Umum mahupun Kecil, gambar-gambar Tok Guru sering terpampang sebagai idola rakyat.

PAS pernah mengalami detik gentir di dalam kancah politik tanahair ketika bergabung dengan UMNO sebagai Parti Perikatan suatu ketika dahulu bahkan kerana kesilapan bergabung dengan UMNO jugalah menyebabkan PAS kehilangan kuasa pemerintahan. Ini sejarah yang terus tersemat di jiwa Tok Guru Nik Aziz dan kerana sejarah hitam ini jugalah, Tok Guru sangat anti dengan percubaan-percubaan untuk menyatukan atau bergabung dengan UMNO. Mungkin Pimpinan Muda PAS pada masa kini tidak pernah merasai sedemikian rupa tetapi tubuh badan Tok Guru pernah merasai pahit mahun ditendang dalam Parti Perikatan.

Tetapi, apa yang paling menakjubkan di dalam PAS ini ialah walaupun berlaku pelbagai masalah dalaman mahupun luaran yang melibatkan Pimpinan PAS, sejarah langsung tidak pernah melihat perpecahan yang berlaku di dalam PAS. Tidak ada Pimpinan PAS yang meletak jawatan kerana tidak berpuas hati dengan beberapa kerat pimpinan yang lain sepertimana yang pernah berlaku di dalam UMNO (dahulu) dan PKR (sekarang ini). Tun Dr. Mahathir Mohammad yang merupakan Ahli Seumur Hidup UMNO sanggup meninggalkan UMNO kerana tidak berpuas hati dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan mendung politik PKR sekarang ini menyebabkan seorang demi seorang ADUN PKR meninggalkan parti PKR dan mengisytiharkan sebagai BEBAS.

Segala masalah yang berlaku di dalam PAS akan diselesaikan dengan baik diakhir setiap mesyuarat semacam tidak ada apa-apa masalah lagi yang melanda badai PAS. Inilah yang dikatakan Sistem Syura yang dilaksanakan oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w pada ketika dahulu dan digarap oleh Kepimpinan PAS. Permasalahan dan salah tanggapan yang pernah berlaku di antara Tok Guru Nik Aziz dengan Timbalan Presiden PAS, Ust. Nasharudin Mat Isa juga diselesaikan dalam suatu mesyuarat yang baik dan harmoni. Dan ini tidak mampu ditiru dan dicorak oleh parti-parti politik yang lain di Malaysia ini.

Semangat PAS

Apa-apa pun yang berlaku, PAS perlu istikhomah di dalam perjuagan..Aggaplah sebarang masalah sebagai kemuncup di dalam perjuangan dan badai yang akan mematangkan dan mecorakkan perubahan di dalam PAS sehingga dapat memerintah MAlaysia suatu masa nanti. InsyaAllah….

PAS..Dulu, Kini & Selamanya…

Categories: Personal, Politik

Jom JOIN Brotherhood of Muslim Camp 2009

banner bro mc

PENYERTAAN ADALAH TERBUKA KEPADA SEMUA (LELAKI & PEREMPUAN) TERMASUKLAH KEPADA PELAJAR SELURUH UNIVERSITI DI MALAYSIA


PENGUMUMAN TERBARU!!!!

KINI ANDA BOLEH MENGISI BORANG PENYERTAAN SECARA ONLINE.
JADILAH SALAH SEORANG DARIPADA 400 PESERTA KAMI.:) TERIMA KASIH


Kempen bro MC telah bermula.Fakulti dan Kolej adalah sasaran kami.Nantikan kami mengetuk setiap pintu kegelisahan ANDA.Berminat tapi tiada masa untuk sms kepada kami?Pendaftaran boleh dilakukan terus disana.Masih banyak kekosongan untuk ANDA isi!Jangan tunggu lagi!Daftar sekarang!


Brotherhood of Muslim Camp 2009
Tarikh : 22 November 2009 – 24 November 2009
Tempat :Kem Sri Raudah,Gombak
Setiap penyertaan disertakan dengan sijil

http://bromc09.blogspot.com/


Categories: Mahasiswa